Sunday, 31 May 2015

Shopping Raya dengan Shopback Malaysia

Park Swiss
Sesi Fotografi selepas hari kedua raya!

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Rindunya! Waktu daun-daun luruh jatuh ke lantai bumi. Musim luruh lepas. Ala-ala Autumn in My Heart. Satu kenangan yang akan menjadi memori selamanya. Di bumi asing ini jugalah ketemu dengan rakan-rakan yang menjadi keluarga sendiri di sini. Persahabatan yang cukup indah. Semanis gula-gula kapas. 

Pada waktu yang sama adalah sambutan hari raya. Sambutan sangat meriah kerana hari raya jatuh pada hari Sabtu. Bermaksud semua orang mendapat cuti. Kalau beberapa tahun lepas, jatuh pada hari minggu, jadi kami terpaksa ke kelas. Raya di kelas? Kenangan juga sebenarnya tu. 

Kurang sebulan lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut bulan Ramadhan dan diikuti dengan sambutan Hari Raya yang amat dinanti-nantikan. Lazimnya juga pelbagai persediaan awal akan dibuat sempena untuk menyambut perayaan ini seperti baju raya, kasut raya dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, segalanya serba baru!

Well, membeli-belah memang suatu perkara yang menyeronokkan tetapi juga menyebabkan anda mengeluarkan sejumlah wang yang besar. Oleh yang demikian, ramai pembeli kini lebih gemar berbelanja secara online kerana ia dapat memberikan penjimatan kepada para pembeli daripada segi pengeluaran wang ringgit untuk membayar petrol, parking dan tol. 

  
Apa yang lebih menarik sekarang, kini terdapat satu lagi alternatif untuk anda berbelanja secara online dan mendapat pulangan yang berganda. Di mana? Di Shopback Malaysia! Untuk anda yang belum pernah mendengar mengenai Shopback.my (kelik-kelik), ia merupakan platform yang turut membariskan beberapa nama besar yang lain di bawak satu website. 


Berbalik dengan persiapan raya seperti yang kita bincangkan sebelum ini, kini melalui Shopback Malaysia, anda boleh membeli segala persiapan raya anda dengan mudah dan tentu sekali dengan penjimatan yang luar biasa. Ini kerana, Shopack turut memberikan ganjaran cashback kepada anda atas setiap pembelian yang dibuat. Nak tahu lebih lanjut? 


Apa kata anda mendaftar dengan Shopback Malaysia sekarang juga dan rasai sendiri pengalaman membeli-belah secara online yang hebat bersama Shopback Malaysia! Jangan lupa lihat promosi dan tawaran Lazada (kelik-kelik) untuk memiliki segala kelengkapan Raya anda.

That's all for now
Thank you for readin'
^_^

Monday, 25 May 2015

Spring is finally here!

Tulisan kat belakang tu - Nizhny Novgorod.
21st May 2015

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Fuh. Akhirnya, gambar dengan bunga tulip bebanyak ada pun! Susahnya nak cari port cantik nak tangkap gambar. Kalau kat Netherlands tu, memang banyak sangat tulip. Tapi tak semua negara kat Europe ni banyak tulip macam kat sana. Ada tempat-tempat tertentu je banyak tulip. Macam Kremblim (kubu pertahanan) yang mencari tarikan pelancong utama, barulah banyak. 

Pejam celik, tinggal dua minggu sebelum peperiksaan. Cuak! Serius. Tapi belum ada push yang kuat untuk belajar serajinnya. Ya Allah, tolonglah rajinkan diri ini dan semua batchmates. Rasa rindu dan sayang nak tinggalkan bumi tempat membesar ni, tapi rasa takut nak exam already suppress the feeling a bit. 

Team beli tiket pegi St Petersburg. 

So in love with the flowers. SubhanAllah for this moments.

Bila fikir balik, lepas ni kena balik Msia sampai bila-bila. Tiada cuti musim panas. Tinggal tanggungjawab dan kerja. Kerja, kerja dan kerja. Masa depan yang belum pasti kadang-kala menyebabkan kaki ini susah mahu menapak ke hadapan. Uncertainty. I dont really like it. 

Tapi, dalam ketidaktahuan itulah yang akan menimbulkan pelbagai kejutan. Kejutan yang tidak disangka-sangka. Banyak benda boleh terjadi. So, just wait and see what's gonna happen. Embrace the moments. Can't wait!


That's all for now. 
Thank you for readin'
^_^

Wednesday, 13 May 2015

Flow by Nurita Harith

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Sedar tak sedar, tinggal sebulan sebelum kita menghadapi bulan Ramadhan penuh barakah. Bulan yang ditunggu-tunggu, kerana pada bulan inilah banyak amal kita akan digandakan pahalanya. Terutamanya pada malam lailatul qadar. Semoga kita semua disempatkan untuk berjumpa dengannya, insyaAllah. 

Maksudnya, kalau ikut kira-kira, tinggal lagi dua bulan sebelum syawal menjelang. Ehem. Semua dah beli baju raya ke belum? Especially for oversea students yang balik beberapa hari sebelum raya, wanita berkerjaya, ibu-ibu yang sibuk dirumah. Kebanyakan tidak punyai masa untuk pergi shopping baju raya. Selalunya beli online je sebab mudah dan tak perlu bergerak pun!

Hanya scroll ipad, tab, or laptop, membuat pilihan dan klik beli. Mudahnya dunia di hujung jari! Tak perlu bersesak-sesak di shopping mall, atau last-minute shopping pun. Jadi, di sini, saya nak perkenalkan koleksi Flow by Nurita Harith. Koleksi baju raya 2015 yang menawan untuk setiap wanita di luar sana. 

(kelik sini)

Jika anda merupakan penggemar fesyen yang tegar, pastinya anda mengenali Nurita Harith – pereka fesyen bertubuh kecil tetapi dengan bakat yang besar dan setaraf dengan pereka-pereka fesyen tersohor tanah air yang lain. Dikenali sebagai Ratu Draping, busana beliau sering menghiasi majalah-majalah fesyen serta disarungkan oleh selebriti-selebriti cantik tanah air. 

Sempena Syawal 2015, Nurita dengan bangganya membawakan koleksi pakaian Muslimah iaitu Flow by Nurita Harith yang menampilkan koleksi baju kurung moden yang cukup elegan dan simple. Mengetengahkan penggunaan fabrik berona pastels, Nurita amat berhati-hati dalam memastikan setiap koleksi yang dihasilkan mempunyai kelainan yang tersediri. 

 

Berita baik untuk anda yang menggemari sentuhan elegan Nurita Harith dan mungkin ingin bergaya di pagi Syawal dengan memakai sepasang baju kurung moden Nurita Harith, anda boleh membuat pembelian secara online ZALORA Malaysia sekarang juga. ZALORA menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma dan pulangan semula juga secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian. 


 Selamat membeli belah!
*P/s: Cuma nak beritahu, pre-order by Nurita Harith dah tamat buat masa sekarang.
Boleh tunggu untuk next pre-order atau lihat koleksi Nurita Harith yang lain
^_^

Tuesday, 12 May 2015

GOST?

10th May 2015
Family day at Swiss Park

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Seronoknya la baring-baring atas rumput sambil tak fikir tentang peperiksaan yang bakal mendatang. Tambah pula sekarang musim bunga, cuaca pun sedap-sedap je. Mesti pelik, kenapa la student oversea ni boleh je baring atas rumput, atas daun la, atas bunga la. Sebenarnya, rumput dan tanah kat sini kering. Tak lembap macam lepas hujan kat Msia. Jadi, sesuai je kalau nak baring ke, guling ke, duduk ke. Selamat, selagi takde najis di mana-mana. 

Tepat hari ni, maksudnya tinggal sebulan tepat sebelum bermula exam Gost! Pe benda Gost tu? Ghost = Hantu ke? Idok ler jawapannyer. Cuma cikgu-cikgu serupa hantu ade la kot. Haha. Takde-takde. Gurau je. 

Gost Exam - Government standard examination. Peperiksaan terakhir sebelum pulang ke Malaysia. Lepas tu boleh balik Msia for good, insyaAllah kalau tiada aral melintang. Banyak lagi cabaran mendatang bila balik Msia nnti. Takpe, kita selesaikan satu persatu. Rezeki tu ada je dekat mana-mana. 

Oke. Nak tidur. Esok kelas selepas cuti dengan lamanya. 
Selamat malam dunia.
^_^