Saturday, 4 July 2015

Sneak Peak of G-day

Graduation day
Nizhny Novgorod State Medical Academy
25th June 2015

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Alhamdulillah. Baru sempat berehat sebentar selepas habis satu minggu yang memang penuh. Peperiksaan akhir Obstetrics & Gynaecology, hari graduasi, dan trip bersama groupmates ke St. Petersburg, Russia. Sekarang hanya tinggal tepat 10 hari sebelum pulang terus ke Malaysia. Masa untuk balik ke realiti hidup yang selama ini dapat dielakkan. 

Okay. Kali ni update pendek dan kebanyakan gambar sahaja kerana nak sayang pada setiap detik di bumi ini. 10 hari bermaksud dalam 240 jam sahaja. Tipulah kalau kata tak sayang bumi soviet ni. Tempat membesar dari remaja kepada dewasa. Jumpa kawan-kawan yang amat memberi kesan pada hidup. 


Graduasi Class of 2015! 
Bertempat di Opera Theatre, Nizhny Novgorod. Teater yang agak cantik untuk majlis ni. Rezeki kami dapat graduasi di sana, kerana untuk batch sebelum ini bergraduasi di Teatre Kukol, yang agak biasa-biasa sahaja. Dapatlah ibu bapa merasa memasuki teatre ballet terkenal di sini. 

Oh ya, untuk graduasi kali ini, kebanyakan ibu bapa dan saudara pelajar kat sini tak hadirkan diri, termasuk diri ini sendiri, Mereka tak jadi datang kerana bulan ramdhan. Agak lama untuk berpuasa 19 jam di sini. Jadi, kami bergraduasi sesama kawan-kawan. Mula-mula tu ingat kuat la sangat, tapi bila tengok semua orang dengan keluarga, sebak jugak la rasa. Emosi pulak di hari graduasi sendiri. 

Right before entering the hall to start the ceremony. 

Alhamdulillah, received my Diplom from the Rector of the Academy!

 Official photo from our academy website.

Waktu nak naik untuk terima diplom itu sendiri, keadaan sangat kelam kabut. Nak beratur lah, nak tangkap gambar la. Oh ya, dekat Russia memang panggil Degree - Diplom. Jadi, untuk pelajar yang takde ahli keluarga yang datang, semua kelam kabut minta tolong kawan ambilkan gambar. Bila balik, berharap sangat ada gambar dari kamera kawan-kawan.

Nasib baik ramai batchmates profesional photographer. Semua gambar dari blogpost kali ni dari kamera mereka. Dah siap edit semua dah. Terima kasih tak terhingga! Lepas semua pelajar terima diplom, ada anugerah khas Russian language untuk beberapa pelajar. Semua pelajar tidak tahu tentang perkara ni. 

Thanks Bash untuk gambar ni! Really appreaciate it. 

Selepas semua orang ambil diplom masing-masing. 

Cemburu juga pada mulanya melihat pelajar-pelajar lain naik atas pentas untuk anugerah khas ni. Tiba-tiba nama Adila dipanggil, terkejut jugak. Kami dah la selalu bersama, mesti lepas ni kena panggil juga. Alhamdulillah. Rezeki naik atas pentas dua kali. Tak sangka. jadi kena lintas ramai orang yang duduk sebelah dengan pantas sampai terpijak kaki mereka dengan kasut tinggi. Sorri! Heeee.

Anugerah untuk persembahan terbaik sewaktu tahun kelima Russian Language Presentation - Myopia. Waktu ni memang tak tahu siapa yang ambil gambar, tapi Adila ngan saya berharap sangat ada orang ambil gambar. Bukan apa, untuk tunjuk pada keluarga yang ada di rumah. Sebab mereka tidak dapat hadir, jadi, perlu sangat gambar untuk beri pada keluarga.
^_^

 Spot me! Senang je, warna tudung terang sangat.

 Paling penting - baling topi graduasi. Lepas tu masing-masing cari topi kat belakang. 

 Gambar seluruh batchmates. 
Semoga kami semua dapat berkhidmat menjadi doktor yang cemerlang di masa hadapan.

That's all for now.
Thank you for readin'
Dr. Siti Hajar, M.D.
^_^

13 comments:

  1. wahhh, alhamdulillah, tahniah dr. hajar! :D kat uni sy, masa penyampaian sijil tu semua, students takde jubah n topi punnn. tapi boleh sewa lepas majlis utk ambik gambar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke. Kami kat russia patutnya takde jubah and topi pun, tapi sebab student overseas faculty request, buat jugak ada :)

      Delete
  2. Alhamdulillah im proud knowing u Dr Hajar :) semoga terus barakah amin

    ReplyDelete
  3. yeay! officially a doctorrrrrr noww

    ReplyDelete
  4. Bestnya hajar, trus dapat official gambar! hehe kami kat sini tak dapat lagiiiii :/ Congrates btw!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx syeera. Tapi tengok volgo dapat dah.

      Delete
  5. kak hajar, tahniah dah jadi doktor!! wuwuuu

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^