Saturday, 20 June 2015

Picnic Before Ramadhan

17 Jun 2015
Park Shevstari, Nizhny Novgorod.

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Alhamdulillah. Waktu menulis ni, baru je habis peperiksaan surgery, kertas ke-4 daripada lima peperiksaan akhir di sini! Tak sangka, tinggal lima hari sebelum graduasi. Yup, graduasi setelah penat lelah enam tahun mengharungi pelbagai pancaroba di bumi soviet. Selepas ni, semuanya hanya tinggal kenangan. Kenangan terindah insyaAllah. 

Makin hari, makin rajin nak berblogging. Mungkin sebab satu hari nanti akan merindui saat ini. Jadi, kena catat setiap detik, sambil boleh share pengalaman dengan kawan-kawan blog yang lain. Minggu depan adalah minggu yang bakal hectic dan penuh dengan emosi. Peperiksaan akhir, graduasi, dan trip ke St, Petersburg bakal bermula. Semoga segalanya berjalan lancar. 

Best groups ever! Maybe will become best friend till forever. 
^_^

Its my doughnut! Heee. Sebenarnya, sangat tak reti buat donut yang ada lubang kat tengah tu. Jadi, buat yang super simple. 

Sebelum itu, nak bercerita tentang piknik yang sempat kami buat sebelum bermula Ramadhan. Walaupun weather forecast pagi nak pergi tu katakan hujan di tengahari, tapi sebab nak pergi jugak, kami, group L & M tetap nak buat kat luar jugak. Piknik terakhirlah katanya sebelum masuk ramadhan. Kalau bulan ramadhan, tak boleh nak piknik dah sebab berbuka jam 9.00 malam. 

Owh ya, agenda utama adalah untuk sambut hari jadi kawan-kawan yang lahir bulan jun - Ariff Azali, Adrian Jude, dan saya. Sehari selepas peperiksaan Internal Medicine hari tu. Menu semua fikir selepas exam. Sebelum exam memang tiada masa langsung nak fikir tentang menu. Jadi, kebanyakan orang buat desserts. Super manis. Semua cepat sangat jadi kenyang. 

 Special thanks to Farahin for the Tiramisu cake! Sedap sangat. 
Owh, lupa sangat nak ambil gambar guna kamera sendiri. Ni pun dari Daus. 

 Picnic by the park. Tengok, siap bawak periuk ke park. Hehe.

Lagi, sepatutnya nak buat piknik dekat tepi sungai Volga, tapi sebab hari nak hujan, jadi buat dekat park depan hostel. Dan akhirnya, memang keputusan yang bijak pun, sebab tengah-tengah piknik, hujan pun turun. Perkara pertama kena buat, payungkan makanan. Hehe. Ye lah, kalau basah makanan, nak makan ape dah lepas tu kan? 

Nasib baik hujan renyai-renyai je, jadi kami sambung la piknik sampai jam 2 petang. Pemandangan dengan kawasan Park ni sangat cantik dan menenangkan! Tetiba rasa macam dekat Cameroon Highlands bila mula-mula sampai. Cantik juga kalau sempat buat photoshoot. Tapi sempat tangkap beberapa gambar sahaja. Tak larat nak turun bawah lagi lepas makan.

 As usual, gambar Adila Ismail mesti ada dalam blog ni. Heeee. 

Di kesempatan ini juga, saya nak ucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan kepada semua muslim di luar sana. Semoga ramadhan ini menjadi ramadhan terbaik buat semua. Dan semoga kita sempat ambil keberkatan yang melimpah ruah di bulan ini. Kalau nak lagi molek, masing-masing boleh tetapkan apa yang nak dicapai Ramadhan kali ini, dan jadikan 30-days-habit-changing-month. 

Kalau tak nak yang susah-susah, ambil perkara simple sahaja, seperti senyum setiap kali jumpa orang, tolong ibu bapa sediakan makanan di dapur, sedekah kepada yang memerlukan, kurangkan marah, dan banyak lagi perkara. Kalau tak nak banyak, satu pun cukup asal berterusan. 
^_^

Iftar bersama groupmates lagi. Dah dua hari berbuka puasa bersama. 
Nasibla dapat semua ahli group yang clingy macam kami semua.

Post surgery exam today. Dengan doktok-doktor pakar yang hebat. 

That's all for now
Thank you for reading
-Schajar Mcflurry-

3 comments:

  1. Selamat berpuasaaa babe! Ade lagi 10 jam ni sebelum berbuka kat sini lol

    ReplyDelete
  2. mst sedih kan dah nak tamat pengajian.. lps nie akan ada alam pekerjaan pula.. all the best.. selamat berpuasa yer..

    ReplyDelete
  3. May Allah ease everything. Mesti rasa bittersweet sangat dah nak graduate ni.

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^