Wednesday, 13 May 2015

Flow by Nurita Harith

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Sedar tak sedar, tinggal sebulan sebelum kita menghadapi bulan Ramadhan penuh barakah. Bulan yang ditunggu-tunggu, kerana pada bulan inilah banyak amal kita akan digandakan pahalanya. Terutamanya pada malam lailatul qadar. Semoga kita semua disempatkan untuk berjumpa dengannya, insyaAllah. 

Maksudnya, kalau ikut kira-kira, tinggal lagi dua bulan sebelum syawal menjelang. Ehem. Semua dah beli baju raya ke belum? Especially for oversea students yang balik beberapa hari sebelum raya, wanita berkerjaya, ibu-ibu yang sibuk dirumah. Kebanyakan tidak punyai masa untuk pergi shopping baju raya. Selalunya beli online je sebab mudah dan tak perlu bergerak pun!

Hanya scroll ipad, tab, or laptop, membuat pilihan dan klik beli. Mudahnya dunia di hujung jari! Tak perlu bersesak-sesak di shopping mall, atau last-minute shopping pun. Jadi, di sini, saya nak perkenalkan koleksi Flow by Nurita Harith. Koleksi baju raya 2015 yang menawan untuk setiap wanita di luar sana. 

(kelik sini)

Jika anda merupakan penggemar fesyen yang tegar, pastinya anda mengenali Nurita Harith – pereka fesyen bertubuh kecil tetapi dengan bakat yang besar dan setaraf dengan pereka-pereka fesyen tersohor tanah air yang lain. Dikenali sebagai Ratu Draping, busana beliau sering menghiasi majalah-majalah fesyen serta disarungkan oleh selebriti-selebriti cantik tanah air. 

Sempena Syawal 2015, Nurita dengan bangganya membawakan koleksi pakaian Muslimah iaitu Flow by Nurita Harith yang menampilkan koleksi baju kurung moden yang cukup elegan dan simple. Mengetengahkan penggunaan fabrik berona pastels, Nurita amat berhati-hati dalam memastikan setiap koleksi yang dihasilkan mempunyai kelainan yang tersediri. 

 

Berita baik untuk anda yang menggemari sentuhan elegan Nurita Harith dan mungkin ingin bergaya di pagi Syawal dengan memakai sepasang baju kurung moden Nurita Harith, anda boleh membuat pembelian secara online ZALORA Malaysia sekarang juga. ZALORA menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma dan pulangan semula juga secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian. 


 Selamat membeli belah!
*P/s: Cuma nak beritahu, pre-order by Nurita Harith dah tamat buat masa sekarang.
Boleh tunggu untuk next pre-order atau lihat koleksi Nurita Harith yang lain
^_^

7 comments:

  1. Sy pun belum beli baju raya lagi. Now tengah usha kat beberapa butik. Usha je dulu...sebab ada butik yg blom release koleksi raya dorg lagi. InshaAllah start je bulan puasa nanti abru mula beli..

    btw jom singgah blog sy :)

    ReplyDelete
  2. menarik ni,nanti saya nak beli baju raya :-)

    ReplyDelete
  3. baju cantik2 tp klu ade saiz besar oke sgt.. klu saiz slim cm gambar tu alamatnye cuci mata je la.. hehe

    ReplyDelete
  4. salam sis... memang cantik2 koleksi nya.. dah start cari2 baju utk raya..:)

    ReplyDelete
  5. Saya takde baju raya tahun ni :)

    ReplyDelete
  6. cantik cantik koleksi Nurita Harith :-)

    ReplyDelete
  7. kita xbalik msia lagi this year...dah 2 tahun lah beraya sendri2...sedihnya....heheheheh baju raya repeat aje mana yang ada :D

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^