Sunday, 7 December 2014

Road to Sarmova Lake

A walk to Sarmova lake in a beautiful day.
25 September 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Beware! Post ini adalah sepatutnya berbulan-bulan dahulu lamanya, tetapi baru nak dinaikkan hari ni sebab baru punyai masa untuk menaip. Untuk pengetahuan semua, pemandangan di bumi Rusia sekarang bukanlah seperti ini lagi. Sekarang dah masuk musim sejuk, jadi dah penuh dengan salji. Nanti ada masa akan update satu persatu, insyaAllah. 

Kini, bicara tentang perjalanan ke sebuah tasik yang terletak di bahagian Nizhny bawah. Kami, pelajar NNSMA tinggal di Medical Street, Nizhny atas. Perjalanan ke tasik ini mengambil masa dalam satu jam. Waktu ini adalah setelah kami dua group baru habis kelas surgery di Vodnaya Hospital. 

Walking through the second walking street in Nizhny.

Bila kelas dah habis dan dapat zachut terlalu awal, iaitu sekitar jam 10.00 pagi, dah alang-alang bersiap untuk ke kelas, kami pun bercadang terus untuk pergi ke Tasik Sarmova. Sebelum sampai ke stesen bas, perlu lalui Walking Street kedua di bumi Nizhny. Jarang sebenarnya untuk berjalan di kawasan ini kerana agak jauh dan tidak punyai banyak kedai berbanding yang di Gorkovo. 

Di hujung Walking Street ini, ada mercu tanda yang Nizhny Novgorod yang penting. Kalau dekat Amsterdam ada - 'I Am Amsterdam', inilah yang ada di Nizhny, ditulis dalam tulisan Rusia. Нижний Новгород.

Bersama groupmates yang telah hadapi susah senang selama 5 tahun setengah. They're the best!
P/s: Tulisan di belakang - Nizhny Novgorod.

And this is the girls, minus Irene. Irene balik rumah dah, tak ikut pegi tasik.

Setelah sampai di kawasan Sarmova, perlu berjalan ke tasik. Pemandangan ketika itu, subhanallah, cantik sangat! Tengok gambar kat atas. Pokok sewaktu musim luruh sangat berwarna-warni. Daun-daun bersedia untuk menggugurkan diri di muka bumi pada waktu yang berbeza. Menghasilkan pemandangan yang punyai tona warna dari hijau, jingga, kuning, dan coklat. Daun maple kering bertaburan di lantai. 

Overall, yang cantik adalah pemandangan sepanjang ke tasik dan kenangan untuk pergi ke sana dengan rakan-rakan seperjuangan. Kenangan untuk sentiasa disimpan dalam kotak memori. Bila dah sampai ke tasik, daun banyak hijau lagi. Belum musim luruh sepenuhnya lagi. 

The greenly leaves. Autumn haven't reach here yet...

Us.
A road to remember...

That's all for now.
Thank you for reading.
^_^

Nota hari ini: Its a great day. Alhamdulillah, for all the blessings today. Everything went well. Also, thank you to my readers! Sangat! Sebab walau tak update waktu cuti hari tu, masih ada yang masih membaca belog picisan ini hari ini. 

Nota hari esok: Women ice hockey maybe?

[Giveaway] Hello from Canada

Hello from Canada
[Kelik gambar untuk ke giveaway]

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Kali ni nak join Giveaway dari adik Farah yang sedang melanjutkan pelajaran di bumi Kanada. 
Meh support dan join Giveaway ni sama-sama.
^_^

Soalan: Apakah URL blog Doodles of Life?

Wish me luck!

Thursday, 4 December 2014

Maya Ohana 1.0

27 November 2014
Fantastika Food Court

By @atiqahmohamed "27112014
Karena dirimu begitu berharga 
Nilah useghoh minion saye".

Maya Ohana: My Family.
Usrah: Keluarga. .

Ada waktu, kita jatuh.
Terduduk. Terpaku sebentar di lantai bumi. 
Lantas, kita bangun sendiri. 
Atau dihulur tangan tanda bantuan. 
Mengorak langkah ke hari esok. .

Takkan selamanya kita jatuh. 
Takkan selamanya kita berdiri.
Kerna kita hidup di atas roda. 
Tiada wisel meniup tanda henti. .

Gembiralah usrati.
Yang dicatit hanyalah usaha,
bukan dudukmu atau bangunmu. 
Andai kalian ikhlas. .
#MayaOhana #usrahnino

Salam jumaat penuh barakah
P/s: Jangan lupa baca al-kahfi hari ni.
^_^