Sunday, 22 June 2014

Travelogue: From Hong Kong with Love...

Avenue of Stars, Hong Kong.
21 June 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Pertama sekali, Alhamdulillah untuk semester yang lepas. Peperiksaan semua dah tamat. Banyak sangat pengajaran dan pengalaman yang Allah nak tunjuk untuk Exam kali ni. Betapa tinggi nilai tawakal pada Allah tu, memang tak dapat diungkap dalam kata-kata. 

Sekarang, cuti semester dua bulan bermula! Memandangkan tahun ni kami mengambil Flight Cathay Pacific, makanya, bercutilah kami di Hong Kong. Destinasi transit untuk empat hari tiga malam. Lama kan? Semalam baru hari pertama. Hari ni hari kedua. Curi-curi masa sarapan pagi sebelum pergi ke Ngong Ping 360 dan Disneylands. 

Will update my blog soon, insyaAllah. 
As for now, just wanna feel the moment.
^_^

Thursday, 12 June 2014

Last week of semester...

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Maaf lama sangat tak update. Tapi kadang-kadang kita kena prioritize benda yang lebih penting kan dalam hidup. Yup. Sekarang tengah hadapi peperiksaan semester. Jadi, persediaan dalam sebulan diperlukan untuk hadapinya. Jadi, dalam sebulan juga la tak sempat nak coret kata-kata dalam blog ni. 

Sabar ye. Lagi beberapa hari sahaja lagi. Bertahan! Keep being strong, walaupun rasa macam nak nangis je setiap masa. Satu subjek Infectious dah selesai, alhamdulillah. Tinggal satu lagi pada 16th atau 17th June ini. Minta tolong semua doakan ye. Paper ni banyak sangat material kena baca. 

Sumpah rasa dah jadi macam skeleton ni je...
Gulp.

P/s: Infectious paper was epic and drama and full of sadness. Rasa sangat inferior dan tak pandai sangat sampai sekarang. Oh God, please keep me strong. 

Lagi satu, rasa nak balik malaysia sangat-sangat. Homesick to the max! Flight ticket on 20th June. Can't wait!