Sunday, 11 May 2014

Sang Pencinta Ilmu

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera....

Lamanya tak update belog. Maaf semua! Sebab setiap hujung minggu pun penuh dengan program. Bila nak update je lepas habis program, mesti dah letih, dan katil tu nampak lagi empuk dari meja dan laptop. Hurm. Jadi, banyak sangat program kat sini yang tak sempat nak tulis untuk simpan sebagai kenangan masa depan dan kongsi dengan semua. 

Sekarang nak tulis yang simple je, sebab dah malam ahad. Esok pula ada kelas, selasa ada presentation untuk kelas bahasa Russia. Jadi, entri ini nak kenalkan groupmates perempuan saya di sini selama lima tahun pengajian. Adila Ismail dan Karen Lim. Lagi satu, Irene dari Cameroon, Africa. 

Adila Ismail. 
Victory day of Russia - 9 May 2014

Kalau sesiapa yang selalu baca belog ni, mesti kenal dah dengan Adila. Mana pergi je kat Russia ni, selalu pergi dengan Adila. Pergi travel Itali hari tu pun dengan dia. Seorang yang ceria dan kuat dalaman dan luaran. Kental jugak sebenarnya. Suka makan! Tapi berat tak naik-naik pun. Jeles part ni. Teman yang setia. Taste kami pada barang-barang memang sama. Jadi, kalau pergi shopping, memang seronok!

Pandai! Serius. Jenis yang cepat ingat apa yang cikgu ajar kat kelas. Kalau saya ni, kena baca sendiri baru nak ingat. Suka tolong orang lain dan tidak sellfish. Oke. Cukup dulu untuk entri ni. Kalau nak tulis semua, memang tak cukup satu belog. 

Karen Lim Mei Er
Family day - 10 May 2014
p/s: Marshmellow bakar time bbq sangat sedap. Sumpah! Bila dia melt in the mouth, rasa dunia berhenti kejap. Eh poyo. Haha. 

Sarawakian. Happy go lucky! Gembira je selalu walau apa pun terjadi. Jarang tengok Karen sedih. Baik hati dan tidak suka kecewakan orang. Seyes. Suka sangat pergi gym untuk jaga berat badan. Saya sendiri pun pergi gym tak sekerap Karen. Selalu kena buli dengan groupmates lain, termasuk saya tapi kadang-kadang je saya buli Karen. 

Strong. Boleh hadapi semua jenis mental breakdown, dan tetap tunjuk muka gembira. Jiwa kental. Suka shopping jugak! Hari tu ingat nak teman je Karen shopping, akhirnya dua-dua beli kasut baru berkotak-kotak. Haha. 

Akhir sekali, sebab musim peperiksaan yang bakal tiba, kena mula belajar dengan tekun. Fokus. Dan gunakan sepenuh masa sebelum terlambat. Jadi, nak letak satu puisi buat semua pelajar yang nak dekat exam. Jom kejar ilmu! 

Sang Pencinta Ilmu
Tema: Masyarakat Berpengetahuan Menginspirasikan Kemungkinan

Rapuh.
Ku lihat mereka rapuh. 
Tatkala ilmu yang diberi dilontar jauh,
Berkecai berderai di lantai fantasi.
Kerna sangkakan mereka maha mengetahui. 

Sayu. 
Sadis melihat si pengemis dahagakan ilmu.
Namun keadilan tiada disampingnya. 
Dan dia terus gagah untuk berdiri,
Di bumi yang penuh rakus.

Aku lihat,
Gerombolan manusia yang tidak adil. 
Tatkala si fakir tanpa sekuis nasi, 
Dipandang enteng dek masyarakat. 
Namun si Prada dan Gucci yang miskin ilmu,
Gah terpampang di pentas dunia. 

Ayuh!
Bukan kata-kata kosong aku bicara,
Tapi seruan buat pemerhati alam. 
Kau, kau dan kau, 
Penduduk galaksi Bima Sakti.

Ilmu itu kekuasaan. 
Dengannya kau merdeka  dari alpa.
Terbang  bebas di angkasa lepas,
Merentas jauh antara lautan,
Mendaki tinggi di puncak Himalaya.

Laju.
Pantaskan lagi langkahmu!
Kerna ilmu itu butuh dikejar,
Jika kekayaan di dada menjadi matlamat,
Andai sukses yang kau impikan.

Ini bukan kisah sang penglipur lara, 
Tidak pula bicara dongengan.

Ini hikayat sang pencinta ilmu, 
Mendambakan alam penuh coretan pengetahuan. 
Namun, cukupkah ilmu tanpa amal?

Thursday, 1 May 2014

Women's Day Celebration

Private cottage, Nizhny Novgorod.
8 March 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Seronoknya! Cuti dah hari ni. Mesti semua tengah blogwalking dan update post hari ni sebab hari ni seluruh dunia pun cuti. Kalau kat akademi kami, dapat cuti khamis dan jumaat. Campur sabtu ahad, jadi empat hari cuti. Kena manfaatkan betul-betul, sebab lepas ni, takde cuti sangat dah. 

Oh ya, ingat tak, hari tu pernah cerita tentang sambutan hari wanita secara besar-besaran di Russia. Kalau women's day je, bunga ros mesti mahal dan laku habis. Wanita kat sini sangat rasa dihargai kalau dapat bunga. Kami yang tinggal kat Russia ni pun dah terikut culture mereka yang suka memberi bunga sebagai hadiah. Lepas tu, penuh dinding dengan bunga-bunga kering yang diterbalikkan. 
^_^

Jadi, untuk sambutan hari wanita lepas, ia merupakan sesuatu yang sangat special dan lain dari lain. Kami sewa private cottage yang agak jauh dari tempat tinggal, dan bermalaman di sana. Serius. Cantik sangat rumah tu. Rasa macam nak bina rumah macam tu. Design dia sangat simple but nice. Tak banyak perabot pun, tapi memang sedap mata memandang. 

View waktu pagi. Waktu nak pulang ke hostel semula...

Penuh dengan cermin. Dapat tengok view dekat luar dengan mudah. Of course, orang akan tengok kita dekat dalam dengan mudah juga. Jadi, kena pakai proper attire yang menutup aurat walau kat dalam rumah. Tapi untuk tingkat bawah, ada pagar legap yang keliling rumah, jadi, tak nampak apa-apa dari luar. 

Lagi, dalam rumah ni ada siapkan sauna dan pool table. Apa lagi, tak tido malam la jawabnya. Masa orang lain tengah tidur malam, kita boleh selang-seli sauna dan main pool. Kesian orang lain tidur malam tak lena. Heee. Jom tengok 

Nak bilik macam ni plis! View sangat cantik. 
Bangun pagi mesti terus ceria.

Lagi satu bilik. Besar sangat rumah ni, ada banyak bilik tak terkira...

Ini pula bilik tengah. Attic-style room. 

Aktiviti yang diadakan sangat menarik tak terkata. Feminine and ladies-like. Iye la, hari wanita kan. Tak lupa juga pada snow ball fight waktu pagi-pagi. Yey! Team kami menang untuk game baling salji. Strategi banyak sangat. Oh ya, hari wanita ni bulan Mac. Waktu salji lagi, sekarang dah musim bunga, tapi bunga belum naik lagi. Suhuh dah sedap-sedap macam aircond kat Malaysia. 

Respect sangat dengan AJK yang dapat buat program ni sebab mereka bincang dalam masa seminggu sahaja. Program pula dekat luar dan susah nak handle. Good job girls! Makanan pun mereka siapkan. BBQ dari petang lagi. Sedap!

The foods. Yummy!

Us. Selfie. 

Activity in the morning. I miss the snow. 

Akhir kata, memang antara memori indah yang tercipta. Esok ada sambutan family day pula, insyaAllah. Semua sibuk dengan persiapan. Weather, please be nice. After all, we planned, but Allah is the best Planner. Selamat bercuti semua! Manfaatkan cuti anda dengan yang tersayang oke. 

That's all for now
Thank you for readin'
^_^