Sunday, 20 April 2014

A Walk to the Frozen Lake

15th April 2014
A walk to the lake...

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Esok cuti lagi! Hooray. Tapi list of things-to-do memang dah siap panjang lebar. Update belog ni pun masuk dalam salah satu list. Lepas ni dah sibuk sikit. Cycle pun dah berat dan hujung minggu semua ada program. Buat masa sekarang, jom update belog kejap.

Hari pertama cycle oncology (semua tentang kanser dan tumor), kami dapat balik awal. Tak semena-mena, buat keputusan untuk pergi ke tasik terletak tak berapa jauh dari kelas oncology kami. Sebenarnya, jauh la jugak. Takde bas pula nak pergi sana, jawapannya, berjalan kaki lah kami ke sana.

Tasik ni, orang kata, waktu musim panas nanti cantik. Boleh mandi semua. Selama lima tahun kat sini, ni kali pertama pergi tasik ni. Tak ingat la pula nama tasik. Haih. Waktu kami pergi ni, sekarang menunggu musim bunga. Russia pula lambat sikit nak summer, jawapannya, lapisan atas tasik ni masih beku lagi. Nipis je. Tunggu masa je nak cair. 

Lets the pictures tell the story...

On the way. Pokok semua tak tumbuh daun lagi. 
Post-winter scenery. 

The frozen lake. 
Bahagian tepi tasik dah cair sikit. Bahagian tengah, masih beku lagi. 

Ambik feel kejap bila dah sampai tepi tasik. Udara bersih sket. 

Group 531 L & M. 
DJ azam.fm kata macam group saiz baju. Heh. 

I'd been there. Done that. 

Bila dah habis musim sejuk, tengok balik wishlist tahun ni, ada beberapa yang tak penuh lagi. Harap-harap tahun akhir, tahun depan dapat buat. Nak main ski dan nak jalan atas tasik atau sungai yang beku. Teringin sangat. Tahun depan, insyaAllah. 

That's all for now.
Thank you for readin'
^_^

Monday, 14 April 2014

Lunch Date

Lunch Date at British Pub
4th April 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...


Pertama sekali, alhamdulillah, baru habis exam Psychiatry pagi tadi. Mesti semua orang ingat budak medik ni, exam, exam dan exam je keje. Tapi tak macam tu pun sebenarnya. Kalau waktu exam tu, memang kena fokus dan serius. Bila waktu main, kita main puas-puas. Kalau serius setiap masa pun stress jugak kan?

Lepas exam tadi, semua perasaan yang stress dan depress hilang sekelip mata. Rasa lega dan beban untuk exam cycle dah habis. Tinggal peperiksaan akhir semester nanti bulan enam. Buat masa sekarang, jom relaks kejap ye. 

Kedua, mesti ada yang tertanya-tanya. British Pub? Pub la kiranya? Takde la. Waktu petang, dia restoran biasa je yang fancy dan nicely decorated. Tapi memang tak dapat lari dari restoran atau kedai makan yang jual alkohol. Semua kedai dekat sini pun jual alkohol. Satu fakta - Harga alkohol yang murah-murah kat sini sama dengan harga air mineral. Ada yang lagi murah jugak tau. 

Jumaat lepas, teringin sangat nak makan luar. Lama sangat rasanya tak makan luar sejak berdiet ni. Sekarang bila dah berbulan tak diet, nak sangat makan luar. Tambah, hari jumaat lepas kelas. Kosong sangat jadual. Jadi, ajak la teman setia, Adila Ismail, untuk pergi makan restoran yang belum pernah cuba. Cuba la makan kat British Pub ni dekat Walking street. 

Adila Ismail. 
Groupmate dan teman setia pergi cuba restoran baru. 

Macam biasa, pergi waktu business lunch. Dapat makan set yang murah sikit dari yang biasa. Bukan. Murah banyak! Kalau nak makan luar, selalu pergi antara jam 12 hingga 4 petang sebab semua restoran ada business lunch harga dalam RM20-RM40. Kalau tak, nak banding dengan harga satu pinggan spagetti carbonara kat luar - RM30. Oke. Sila tunggu bisnes lunch. 

Orang kata, paling best kat sini yang boleh makan - Fish and Chip. Satu pinggan 375 Ruble (RM37.50). Tapi waktu ni kami cuba bisnes lunch. Harga untuk set bisnes lunch 275 Ruble (RM27.50). Apa yang kami makan?
  • Appetizer salad (Beetroot or apple salad)
  • Soup of the day (Fish soup)
  • Rice with Scumbria fish
  • Desserts - Ice cream with caramel topping
  • Green tea
Rice with Scumbria fish. 
Orang Russia memang makan portion kecik2 tau. Tu yang slim je semua.  

Ice cream. Yummy. Manis leting dia nyer topping. 

Untuk review: Portion dia tak besar sangat, tapi kenyang jugak sebab four-course meal kan. Kenyang untuk perempuan la. Untuk lelaki, rasanya tak kenyang. Rasa makanan macam kurang sikit. Kira average, tak sesedap restoran Biblioteka. Restoran dia cantik, rasa macam elegan sangat. Baju waitress dia sangat British-style. Cantik. Tapi, waktu datang tu, rasanya takde specific smoking zone. Jadi, boleh je orang sebelah meja tu merokok. 

Akhir sekali, nak minta maaf sangat sebab tak dapat nak balas kunjungan ke blog anda-anda semua dalam waktu lepas. Banyak sangat program dan rancangan dan aktiviti. Kalau ada masa, memang akan blogwalking kat bloglist feveret kat tepi kanan tu. Kalau ada sesiapa nak exchange bloglist, tulis je kat bawah ni tau. Kita sama-sama berkenalan. 

Paling suka tangga kat restoran ni. 
Ingatlah, walau berpusing-pusing atau berlingkan-lingkar mana pun jalan yang kita ambil dalam kehidupan, kita pasti akan tiba juga destinasi yang kita ingin tuju, ANDAI kita tidak putus asa.  

"You're not failing, until you quit!"
-Albert Einstein

That's all for now
Thank you for readin'
^_^

Tuesday, 8 April 2014

Live the Present. Live the Moment.

Lunch at British Pub, Balshaya Pakrovskaya. 
4th April 2014

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera....

Sekarang tengah cycle psychiatry atau sakit orang gila selama seminggu. Sebenarnya, takde la semua benda dalam subjek ni belajar tentang orang gila. Satu topik je betul-betul bincang tentang Mental retardation. Tajuk esok la ni. Tebal bukan main, tapi dah mengantuk sangat nak baca sebab hari ni kelas Ruski (bahasa Russia) sampai jam 6.30 petang. 

Tolak masa rehat. Tolak masa makan sambil tengok cerita Aku Isterinya. Oke. Sekarang dah jam 10 malam. Badan dan otak pulak dah penat. Kalau masa tu boleh dibeli, saya la orang pertama nak beli. Hari ni pula belajar tentang Major Depressive Disorder. Rasa macam into-the-topic sangat. Over je. Over thinking pun masalah jugak. 

Sampai jumpa satu artikel menarik sangat. Seyes. Tak tipu. Kalau awak ni jenis orang yang pikir banyak sangat masa lepas, atau masa depan, memang artikel ni sesuai sangat untuk awak ye. Bawah ni saya copy sikit isi penting untuk semua baca. 


I know I am not the only one who suffers from overthinking. If I am, why has a book been published on the topic? Eckhart Tolle — a genius, in my opinion — wrote a powerful book entitled, “The Power Of Now.”

Suffice it to say, his work changes lives. It has answered countless of my questions — and believe me when I say countless. My thoughts and questions are infinite. Tolle writes, 

“All negativity is caused by an accumulation of psychological time and denial of the present. Unease, anxiety, tension, stress, worry — all forms of fear — are caused by too much future and not enough presence.  
Guilt, regret, resentment, grievances, sadness, bitterness, and all forms of non-forgiveness are caused by too much past, and not enough presence.

At last! An answer to why we stress, worry, regret and often bathe ourselves in self-pity and loathing.

Do not worry about the past, for the past is over. Do not concern yourself with the future, for tomorrow is never promised; your past does not determine your future.

All we have is this very moment — all we have is now!

That's all for now. 
Thank you for readin'
^_^