Wednesday, 26 February 2014

Kisah Bubble Tea

Bubble Cafe, Indigo Shopping Mall
22 February 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Curi masa kejap untuk update belog. Lepas ni kena baca nota opthalmology sebab dalam seminggu nak exam. Orang kata exam ni senang je, tapi apa-apa pun atau senang mana pun, kena belajar juga kan? Tambah pula, sabtu ni sibuk dengan pasar malam. Jadi, kena curi-curi masa sikit untuk semua benda. 

Bubble tea! Kedai bubble tea pertama yang buka dekat Nizhny. Jadi, kena lah pergi cuba kan. Lepas je pergi main snowboard hari sabtu lepas, kami pergi ke shopping mall ni, yang terletak satu stesen bas je dari tempat snowboard. Oh, by the way, snowboard sangat best! Nanti kena tulis entri tentang snowboard pulak. Pertama kali main snowboard hari tu. 

Kalau kat Malaysia, mesti selalu minum CoolBlog atau ChatTime kan3? Selalu sangat beli CoolBlog kalau pergi TimeSquare. Waktu masuk TimeSquare beli satu, waktu keluar masa nak balik beli lagi satu. Tak minat sangat ChatTime sebab harga dia macam mahal sikit banding dengan CoolBlog. Paling suka perisa honeydew with pearl atau vanilla orea blog. Sedapnyer. 
^_^

My one - Watermelon milkshake with yogurt bubble. 
Others - coconut and banana.

Dekat sini, sama je. Mula-mula kena pilih filling (green tea, black tea, lemonade, coffee) + Syrup (mostly semua perisa buah ada) + Topping. Untuk harga pula, kalau rasa ChatTime tu dah mahal, meh cuba dekat sini. Untuk 500ml = 169 ruble (RM16.90). Untuk 700ml = 189 ruble (RM18.90). Over kan! Tapi sebab dah rindu dengan CoolBlog Malaysia, beli lah jugak.

Kesimpulan, hargai makanan di Malaysia yang murah dan sedap dan banyak rasa. Nak banding dengan makan luar dekat sini, memang jauh sangat beza dengan Malaysia. Oke. Mood rindu Malaysia dah keluar. Empat bulan sebelum pulang ke tanah air. 

Insyirah, Adila and me. 
Teman snowboard untuk dua jam. 

That's all for now
Thank you for reading 
^_^

Saturday, 22 February 2014

Meet Olaf - The Snowman.

Built a Snowman with girlfriend, Adila Ismail. 
19th February 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Its weekend again! Mesti semua tengah berseronok dan bergembira dengan orang tersayang kan3? Hari minggu lah kita ada masa untuk bersama keluarga atau kawan-kawan. Nanti bila masuk hari Isnin je, mesti monday blues. Eh, tak boleh tau macam tu. Kena berdisipilin sikit. Lagi dua minggu nak exam opthalmology. 

Oke. Ini kisah beberapa hari lepas. Waktu ni, kami bercuti di tengah-tengah minggu masa kelas Traumatologi. Setelah lama tak turun salji, sebab suhu yang semakin meningkat, tiba-tiba, bangun pagi dan tengok luar tingkap. Ya Allah. Cantiknya! Its snowing. So beautiful. Pure white. All over the ground and hanging on the trees. 

Lepas tu, mulalah tanya Adila - Jom pergi park depan hostel. Membazir sangat nak rugikan hari yang cantik ni. Bila lagi nak tangkap gambar dengan salji. Mana tahu lepas ni tak snowing lagi kan. Adila pulak suka sangat pergi park untuk tenangkan fikiran. Jadi, kami pergi dengan tujuan nak main slide and photoshoot. 

 
View dari atas slide (gelungsor) sebelum turun dekat snow bergolek-golek. 

Slide ni memang akan dipasang pada musim sejuk sahaja. Kalau dah musim bunga lepas ni, mesti kena cabut balik. Sebab tak sejuk sangat tahun ni, slide ni jadi sangat kesat dan tak smooth. Nasib baik bawa tempat duduk untuk alas untuk turun laju sikit. Kalau sejuk lagi, selalu akan ada satu lapisan ais atas slide ni, jadi memang akan turun dengan lajunya. 

Bila dah puas main slide, ingat nak pergi jalan-jalan sambil menikmati pemandangan yang awesome ni. Bila tengok-tengok salji yang tinggi dan tambahan jenis yang melekat, kami pun dengan spontan bercadang nak buat snowman. Serius. Sebab tu la, snowman kami takde aksesori apa-apa pun. Carrot untuk jadikan hidung Olaf pun takde. Huhu. 

Adila trimming the snowman head. 
Behind her, a mom and a son rolled the snow to make the body of snowman. 

Teknik yang kami guna - Gulung snow macam karpet! Amazing! Sebenarnya kali pertama guna cara ni. Sebelum ni buat snowman masa salji turun, tapi bukan salji yang jenis melekat antara satu sama lain. Jadi, kena tempek-tempek salji sehingga besar. Ayah saya dah kata banyak kali dah - just rolled the snow. Pastu, kami pun cuba la gulung salji dari satu gumpalan padat sebesar genggaman tangan. 

Tak sampai sepuluh minit pun, dah siap gulung badan Olaf! Tapi serius, berat sangat, walaupun hanya tolak salji sebab semua salji yang dilalui oleh badan Olaf ni, melekat kat situ. Perlu kekuatan saya dan Adila untuk menolak badan Olaf. Tak dapat bayang kalau nak buat snowman besar lagi. *Pengsan*

"Do you wanna build a snowman? Come. Lets go and play."
-Frozen, Disney- 

Dan akhirnya, Olaf dah siap! Cuma. Tiada aksesori yang lengkap. Guna ranting kayu untuk buat mata, mulut dan tangan Olaf. Hidung Olaf pun takde. Riben tu dapat pinjam dari pakcik yang tengah potong pokok Krismas dekat park tu. Kalau perasaan, dekat gambar slide kat atas, pokok krismas tu dah separuh botak, sebab ada orang tengah potong pokok tu. Pinjam kejap riben dekorasi pokok krismas untuk buat riben baju Olaf. 
^_^

Lepas dah sejuk buat snowman, akhirnya balik terus je kat hostel, tanpa jalan-jalan dan tangkap gambar dengan pemandangan. Penat dah dan sejuk beku dah tangan. Dua-dua kami pun tak pakai sarung tangan water-proof. Habis lencun glove. But its worth it! Love the moment. The environment. and my beloved groupmate and bestie. 

Last sekali, Olaf pun nak selca dalam gambar oke!

That's all for now
Thank you for readin'
^_^

Wednesday, 19 February 2014

Travelogue: Stockholm, Sweden. City of Perfection.

Stockholm Harbour, Sweden. 1st February 2014
P/s: Tengok sungai kat belakang tu beku dah. Tapi temperature oke je. Around 1 degree celcius.

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Esok cuti! Cikgu subjek Trauma sibuk dengan banyak pembedahan esok. Jadi, kami dilepaskan untuk bercuti. Yey! Ada masa sikit untuk update belog tentang travelogue baru-baru ini. Seperti yang semua tahu, saya dan tiga orang rakan - Fakhirah, Amirah, dan Yana bercuti ke Sweden awal tahun ini. 

Kenapa Sweden? Kisah sebenar disebalik pemilihan negara ini untuk bercuti adalah sangat drastik dan cepat dan tidak disangka-sangka. Pada suatu malam yang hening, setelah pening-pening sebab rasa pelik sangat tak pergi bercuti ke mana-mana tahun ini, saya pergi ke bilik mereka bertiga dan beri cadangan untuk pergi bercuti as a weekend getaway. 

Jadi, kami memilih negara yang menawarkan tiket penerbangan yang paling murah dari Moscow. Pada waktu ini, tiket kami berharga 5900 Ruble (RM590) untuk pergi dan balik Stockholm dengan AirBaltic Airlines. Pada waktu yang sama, ada penerbangan ke Helsinki, Norway, London yang menawarkan harga lebih RM100 macam tu, tapi tak nak jugak. Nak yang paling murah sebab katanya weekend getaway je. 

Jadi, beberapa hari selepas itu, terus beli tiket dan tempah hostel. Beli tiket train melalui internet. Buat peperiksaan, dan pergi bercuti! 

Di Terminal 5, Arlanda Airport. 
Oh, H&M lines berasal dari Sweden! Rasanya pakaian harian orang sini memang H&M. Serius!

Kali kedua jejak kaki di Arlanda Airport. Kali pertama semasa transit tahun pertama menaiki kapal terbang MAS sponsor ticket dari MARA pada tahun 2009. Kali ini, pergi untuk bercuti. Sampai airport, terus keluarkan wang mengikut jumlah yang telah dikira-kira untuk berbelanja. Mata wang yang digunakan adalah Sweden Krono (Sek). 10 Sek = RM5. Tapi burger fish king kat burger king pun dah 55 Sek. *Nanges*

City of Perfection. Kenapa? Saya suka sangat bandar ini kerana semuanya tersusun. Entah. Memang suka dengan idea Ikea yang tersusun. Jadi, bandar ni macam Ikea yang besar. Oh ya, Ikea turut berasal dari Sweden. Jangan tanya makan ke tak meatballs Ikea, sebab memang tak makan. Mana entah nak cari meatballs halal kat sini. Tak jumpa! *Nanges lagi*

People of Sweden. Ramah. Memang culture orang negara Eropah. Mereka sangat ramah, lebih-lebih lagi kalau London. Kecuali Russia. Agak sukar untuk cari orang Russia yang tiba-tiba approach dengan kata Zdrasvyuitye (Hello) pada kita tiba-tiba. Tapi kat Sweden, jumpa ramai orang dan hello mereka sangat pelik - Ey ey. Dengan intonasi yang sangat tinggi dan kadang-kadang terkejut bila kena tegur macam tu. Hehe. But overall, mereka sangat friendly and smart, as in the way they dressed up. Perfection. 

Places to go in Stockholm - Rasanya kebanyakan tempat yang perlu pergi di bandar ini, kami berjaya pergi. Antaranya...
  • Gamla Stan (Old City) 
  • Vasa Museet - Vasa Museum
  • Skyview Ericson Globe
  • Stockholm Palace and the changing guard.
  • World largest Ikea Kungens Kurvans 
  • The Fittja Mosque
  • Drottninggatan Walking Street
In the middle of Gamla Stan, Stockholm.

Gamla Stan (Old City)
Di kebanyakan bandar di Eropah, memang tak lari dari jumpa bandar lama mereka. Mereka suka menyimpan sejarah lama dengan rekaan bangunan yang punyai ukiran dan seni bina yang lain. Bangunannya warna-warni jika lihat dari stesen Metro Gamla Stan. Cantik, tapi tak jumpa gambar fully bandar lama ini. Mungkin ada kat Fakhirah, tapi tak ambil lagi. 

Kedai-kedai di Gamla Stan. On the way ke Royal Palace. 

Di sini, terdapat banyak tempat menjual souvenier, tapi kami pergi souvenir hunting pada hari terakhir. Hari pertama, survey harga cenderamata untuk keluarga dan rakan-rakan. Di bandar lama ini juga terdapat Bangunan bank lama mereka dan Istana Raja. Oh ya, mula-mula kami tertukar bangunan bank adalah Istana dan ambil gambar banyak sangat depan Bank ni. Rupa-rupanya Istana adalah opposite dengan bank ini. Oke, malu sangat. Lepas tu, cepat-cepat naik Istana untuk lihat Changing Guard Ceremony. 

In front of the National Bank. Yana, Me, and Mirah. 

Changing Guard Ceremony, Royal Palace, Stockholm.
Untuk musim sejuk, waktu untuk penukaran pengawal diraja hanyalah hari Sabtu, Ahad dan Rabu, jam 12.00 tengah hari. Untuk musim panas, setiap hari rasanya. Ia adalah antara a must-do-thing kalau kat Stockholm. Kalau kat London, kan ada changing guard dengan askar baju merah tu. Kat sini, guard dia pakai baju macam sailorman sikit. 

With the royal guards. Oh. Compare with the London one, they can speak to us. And he is a marine mechanics I think. 

Tapi memang tabik la. Perempuan dan lelaki di sini dianggap equal, di mana, ada antara ketua pengawal perempuan. Waktu tanya kat North gate pun, pengawal yang jaga pintu Utara adalah perempuan. Hey, jangan sesekali anggap perempuan lemah lembik oke! Waktu sampai sana, dalam jam 12 lebih dah. Ramai orang dah penuh dekat barisan depan. 

Tak best la kalau tengok dari belakang, lagi-lagi kalau orang Asia yang rendah macam saya ni. Hurm. Macam mana ni? Akhirnya, selit-selit sikit. Buat muka comel dekat makcik dengan anak perempuan dia yang macam umur 12 tahun, tapi tinggi lebih kurang sama dengan diri ini, makcik tu pun bagi masuk front line!  I made it! Excited. Pengalaman sekali seumur hidup, siapa tak nak buat yang terbaik kan? 
^_^

Managed to squeeze in the front line. Video pun dapat amek cantik je. 
The guard marched just in front of me. 

The moment the royal guard line up, waiting for the next shift guard to come. 

Makcik tu rupanya orang Sweden juga, tapi bukan berasal dari Stockholm. Itu kali pertama keluarga mereka pergi lihat acara ini juga. Tanya dia, makanan femes kat Sweden apa? Dia kata ikan dari sini sebab dikelilingi laut. Kata Scandinavian country kan. Too bad, we also didn't try the fish. But we tried the desserts! Yummy.

Vasa Museet, Stockholm.
Kalau ada sesiapa baca The Stars newspaper beberapa hari lepas, kelik sini. Ada cerita tentang The Swedish and the Best Brainy Attractions. And I was given the chance to be there. Alhamdulillah. Thanks Lord. Banyak sangat museum dekat Stockholm, tapi kami bercadang untuk masuk ke museum yang paling femes dan terkenal. Vasa Museum.  

In front on the museum. There's a five storey ships in this museum. It looks small from outside because there's 3 storey of it on lower ground level. 

One word - Absurd. Sangat kagum dengan pembinaan kapal lima tingkat ini. Seni ukiran pada kapal yang masih gah dan kukuh dalam bangunan ini. Sejarah mengatakan kapal ini dibina untuk King Adolf. Yang membuatkan ia sangat menarik adalah kapal ini pernah tenggelam di dasar lautan selama 333 tahun. Percubaan beberapa kali untuk mengangkat semula kapal ini tidak berjaya kerana tiada teknologi moden. 

Kemudian, setelah beratus tahun berada di dasar lautan, ia berjaya dikeluarkan dan rakyat Stockholm tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan peristiwa tersebut. Pada mulanya, cebisan demi cebisan dikeluarkan, kemudian, sebuah kapal dikeluarkan dari dasar laut. Sewaktu pemasangan semula kapal ini, ia seperti world largest jigsaw puzzle, kerana mereka perlu mencari tempat yang sesuai untuk setiap cebisan kayu. Skru baru menggantikan skru yang telah karat. Kapal di spray dengan lapisan wax yang menghalang kayu dari kering. 

The Vasa Ship. A huge ship. 
Tengok orang dekat bawah kanan gambar. They were at the ground level, 1st floor of the museum.

Punca utama ia tenggelam di Stockholm harbour sendiri setelah hanya 30 minit berlayar - kapal ini sangatlah berat, yang sepatutnya menjadikan ia kapal pertama pada waktu itu yang menempatkan 2 tingkat meriam. Kapal ini juga tidak cukup lebar untuk menampung beratnya dan ukirannya. Warna yang sepatutnya ada pada kapal ini adalah merah dan kuning keemasan, untuk melambangkan betapa gahnya kapal buatan Sweden. 

Namun, kapal ini tenggelam sebelum ia sempat berlayar dan belum sempat kehebatannya diperkatakan oleh bangsa Eropah lain. Sumber informasi: English tour in the museum and 17 minute documentary in it. 
Moral of the stories: Bersederhanalah dalam melakukan sesuatu. Jangan buat sesuatu untuk menunjuk-nunjuk. Pentingkan fungsi sesuatu binaan, bukan untuk diperkatakan. Jangan lupa baca bismillah sebelum buat sesuatu. Heee.
^_^


The replica of the ship. Ratio from the real ship 1:10.
The colour that supposed to be on the ship. The two levels of canons. 

View from the highest level of the museum.
*Sambil makan pasta with tomato sauce yang bawa sebagai bekal kalau lapar kat mana-mana*

Oke. Dah terpanjang pula entri kali ini. Rasa macam naka catat semua memori dalam ni sebab beberapa tahun lagi, mesti lupa dah info-info penting ni. Jam dah pukul tiga pagi. Kena sambung beberapa tempat menarik lagi di Stockholm dalam entri akan datang. Tak lupa desserts terkenal di sana. 

P/s: Hari ni snowing cantik di Nizhny. Eksaited tak sabar nak keluar hostel pagi-pagi untuk nikmati salji. Dan dalam kelas Traumatology, dapat tengok Total hip replacement! What an amazing day. Thanks God. 


That's all for now.
Thank you for readin'
^_^

My Swedish Travelogue continue...

Sunday, 16 February 2014

From my Sisters' Lips.

Current Reading. A gift from a sister.
Sister-in-Islam. 

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Jam menunjukkan jam 0029. What a day! Penuh sangat rasa hari ni. Dari masa untuk diri sendiri, rakan-rakan, dan tak lupa, keluarga. Of course la masa untuk keluarga itu hanyalah di Kakao Talk atau Skype. Tapi memang bermakna setiap minit. Nasib baik ada Pop Phone untuk kurangkan radiasi waktu telefon rumah lama-lama. 

Belum rasa nak update tentang Sweden. Banyak sangat nak cerita, tapi bila mula nak menulis sahaja, Distractions, distractions and distractions. Too many distractions. Although having a simple class right now, but the distractions just couldn't help it. New series, movies, Ariana Rose (nasib baik dah habis series ni), mixed feelings, emotional unstable, and much more. 

Jadi, sekarang dah ada delay update untuk Stockholm, Pisa dan Rome. InsyaAllah akan update jika ada masa untuk tulis. Seronok tulis tentang waktu melancong, supaya jadi kenangan nanti. Nanti rindu-rindu nak baca cerita zaman dulu-dulu, semua masih ada dalam belog. 

"In Jahiliyah, all sorts of factors influence you - parental ambition, values you've been raised with, qualification, good career prospects, probably intellectual or academic training. It was really difficult for me to come out of that way of thinking when I first practicing. As my faith and understanding of Islam increased, I learned to put my trust in Allah. I stop being so caught up in image and looks."
-Sara-

Bukan novel, tapi penceritaan dari beberapa orang Mualaf yang baru memeluk Islam. Bagaimana kehidupan mereka sebelum dan selepas Islam. Their turning point. Keindahan Islam pada kaca mata mereka. Oke. Baru baca sampai situ. A good to read.

Buku ini adalah hadiah dari seorang saudari yang pergi melancong ke sebuah masjid di Edinburgh., Scotland. Pembacaan yang membuka mata. Kadang-kadang kita ambil mudah, sebab kita memang dah dilahirkan Islam. Buat apa-apa pun, nanti masuk syurga juga. Iye ke? 

Kita terlupa betapa cantik Islam itu sendiri. Kita buat tanpa faham. Tapi untuk semua mualaf yang mencari hidayah dan ilham, mereka faham dan baru laksanakan perintah itu. Jadi, buku ini mengingatkan saya tentang keindahan Islam yang kadang-kadang terlupa dari sudut pandangan mualaf. Pengalaman dan perasaan mereka seperti bayi yang baru lahir selepas mengangkat dua kalimah syahadah, dan macam-macam lagi. Again, a good to read. 

11th February 2014
A memoir. Post-skating with groupmates. 
Find friends that will help you go through everything, like sisters.

That's all for now 
Thank you for readin'
^_^

Saturday, 8 February 2014

Travelogue: Riga, Latvia.

30th January 2014
Small Flight to Riga, Latvia. 

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Finished already my winter trip and semester break. Everything went well, Alhamdulillah. Now I would like to share some of the memorable moments I experienced during my trip. It was a nice trip. I enjoyed it very much. This year, I went for the holiday with my batchmate girlfriends - Fakhirah, Liyana Taufik, and Amirah Farhanah. 

From Nizhny to Moscow, we decided to go by train, since it much more cheaper than flight, but of course, time consuming. The train left Nizhny at 11.25 pm reaching Moscow 6.10 am. Lucky for all of us, we got a 2nd class Bagon of the train (купе). It was super duper comfortable sleeping train with a door for the four beds. More like a room for us. 

Sleeping train to Moscow with four beds for us. 
Our journey started here.

Riga, Latvia. I bet most of us never heard of the city before rite? Yup, me too. The city is actually belong to Russian Federation long time ago. But after World War, it was separated. Eh ye ke? Hopefully I'm rite. I only knew this city because we decided to take Air Baltic to Stockholm. The transit location for Air Baltic airlines is this city. 

Just a short trip, because its a transit for our flight to Stockholm, Sweden. Flight touchdown around 2.45 evening, so we only have the evening and night to explore the city. The next morning, was already our next flight. The expenses there is not so expensive. I left my bag in the luggage storage at the airport for 1.50 Euro for 8 hours. Even the bus to-and-fro the city just cost for 1.20 Euro.

So, here we go....
Riga Central Market.
-20 degree celcius and trying to bear with it.

Riga Central Market. The first stop. Trying to catch up with the time, because we left the airport around 4pm, the market closed around 6pm. When we reached there, the market was still opened. There are five pavilions of the market, which represent five different parts of the market. Basically, its like pasar pagi or pasar malam or рынак with a lot of fresh stuff. 

5 pavilions - Fruits & Vegetables, Fish & Meat, Dairy products, and I couldn't remember another two pavilions. There's a pathway inside the market which connects the pavilions together. The vege and fruits are fresh, also the fish, meat, and chicken. There's cheese everywhere. 

In the dairy product pavilion. 

Say cheese... A lot and lot of cheese. 

One of the  stall there in the fruit and vegetables pavilion. 

Actually, we were looking for bakeries or stall which sell doughnuts in the market, because our friend mentioned that the doughnuts there are delicious. But we couldn't find any stall like that. So, to try the local cuisines, I bought fruits tart and chocolate biscuits with walnut. Nice. But I think it is also sell in Russia. 

Chocolate biscuit with walnut covered with caramel.

The language that they use are Latvian and Russian. Its an advantage for us because we knew Russian language. Its easy to buy stuffs there. The currency they use is Euro, starting 1st January 2014. Before this, they use their own currency - Lat. The shops here still accept Lat though, because the Euro is still newly implemented for one month. 

When we left the Central Market, its already dark outside. It was a very cold day. Winter holiday was supposed to be a trip to escape the harsh Russian winter -30 degree celcius. Turned out, we were travelling at Riga with temperature -20 degree. 

During the night, the temperature became lower. We walked around the city and had a pit-stop at souvenir shops to warm up our bodies before the next walk. Lucky for us, we decided to wear the thick winter jacket or baju belon, because if we didn't wear it, we couldn't face the temperature here. 

Stockmann Deli Cafe.
Four of us. From left: Me, Kirah, Yana and Mirah. 

Glow taxi. But who would take this open taxi in the cold winter?

Walking through the souvenir shops in the city. 

Basically, the trip was too short to explore all the city. Just six hours trip in Riga. We took the bus to airport around 9 pm, although the last bus was around 12 am because its dangerous for us to walk around the city in the middle of the night. We bought some breakfast for tomorrow and sleep at the Riga airport during the night. Next stop: Stockholm, Sweden. 

That's all for now
Thank you for readin'
^_^

Wednesday, 5 February 2014

Semester Kedua.

Gamla Stan (Old City), Stockholm, Sweden.
1 February 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Masuk semester baru pada hari ini. Semester kedua Tahun kelima. Hampir lima tahun dah menetap di Rusia, tapi semestinya balik Malaysia setiap tahun. Siapa tak rindu tanah air sendiri kan? Alhamdulillah, berjaya habiskan semua peperiksaan semester lepas dan naik semester baru. 

Baru semalam menjejakkan kaki semula ke Nizhny. Ingat nak update terus, tapi tak larat sangat. Perjalanan yang memakan tenaga dan masa sehari amat meletihkan. Walaupun kebanyakan masa tidur dalam kapal terbang, mahupun di airport. Airport Riga sangat sejuk! Tidur sangat tak selesa. Rasa nak beku dan kena pakai baju belon waktu tidur. 

Nanti waktu hujung minggu, kalau ada masa, akan update tentang travelogue di Latvia dan Sweden oke, sebab esok masih punyai kelas. Oh ya, kami berempat ponteng kelas selama dua hari. Sepatutnya kami tak ponteng kelas, sebab dekan kata kelas bermula 6 Februari, iaitu esok. Tapi jadual semester baru keluar sehari sebelum pergi berjalan dan kata semester bermula 4 Februari. Semua pun terkejut sangat. Akibatnya, ramai lagi rakan-rakan belum pulang dari cuti semester di serata Eropah. Minggu depan baru penuh kedatangan rasanya. 

Jadi, semester baru telah bermula. Sila rajinkan diri dan penuhkan diri dengan semangat baru! 

Do's 
All your homework on time.
Eat clean and exercise regularly.

Don't
Don't study last minute and regret later.
Don't delay any work given by lecturer. 

That's all for now
Thank you for readin'
^_^