Wednesday, 29 January 2014

Winter break!

 
27th January 2014
Adila Ismail and me...

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Three minute update. Alhamdulillah. Baru lepas habis peperiksaan semester beberapa hari lepas. Masa untuk bercuti! Yey. Destinasi: Stockholm, Sweden. Lagi 3 minit nak bergerak ke stesen keretapi ke Moscow. Esok flight ke Riga, Latvia. Transit sehari untuk menjelajah bandar Riga. Lusa akan sampai ke Stockholm, InsyaAllah. 

Pray for our trip. 
Me, Kirah, Mira Farhana, and Yana Taufik. 
Bismillahirahmanirahim....
Lets the journey begin.
^_^

Friday, 24 January 2014

New shoes!

Assalamualaikum
Dan salam sejahtera...

Sekarang nak cuba update blog guna handphone. Mana tau masa nak jalan winter holiday nanti, boleh update terus dan kongsi dengan kawan-kawan blog sekalian. Destinasi percutian? Rahsia lagi buat masa sekarang. Hehe.

Mula-mula. Nak ucap terima kasih sangat pada semua yang comment dan bagi semangat dalam post sedih tentang peperiksaan kelmarin. Banyak menaikkan semangat untuk peperiksaan seterusnya. Jangan lupa untuk doakan ye.
^_^

Bila rasa sedih dan gembira, dan tak terluah secara realiti, mesti tulis dekat blog. Biar kata-kata yang menggambarkan semuanya. Kadang-kadang rasa seronok sangat bila ada kawan-kawan bloggers. Walaupun tak kena secara realiti, tapi kalian anggap macam dah kenal lama. Siap bagi nasihat, teguran, dan macam-macam lagi. Arigato ne. Ikhlas ni untuk semua readers. 

P/s: Kalau ada Nizhnians's reader, kalau ada tertulis apa-apa tentang perasaan sedih ke, apa-apa ke, personal ke, anggap macam tak baca je ye bila jumpa. Segan pula bila orang tahu kita ni sedih bukan main, tapi maintain cool je bila depan-depan, waktu jumpa secara realiti. 

Oke. Semalam. Sempat pergi ke Mega Shopping Mall dan beli hadiah untuk diri sendiri lepas peperiksaan. Kasut Zara! Alhamdulillah. Ade rezeki tengah winter sale sikit.

Student lagi kan. Jadi kenalah tunggu waktu jualan murah baru nak beli banyak barang-barang branded ni. Cuba teka berapa harga flat shoes Zara ni? Murah je. 399 Ruble (RM39.90). Suka sangat design classy and sophisticated ni.

Oke. Kena bersedia untuk kertas seterusnya. Epidemiology. 27th January 2014.

That's all for now.
Thank you for reading.
^_^

Tuesday, 21 January 2014

Separuh Hari Penuh Pengajaran

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Alhamdulillah. Habis antara satu peperiksaan penting dalam sejarah pelajar medik. Paediatrics atau dalam bahasa mudah, subjek doktor untuk kanak-kanak. Memang tak nafikan, takut sangat nak hadapi peperiksaan ini sebab material dia merangkumi tiga semester. Nak ingat dari penambahan berat badan kanak-kanak, berapa jumlah yang perlu makan, dos-dos ubat lagi, memang mencabar.

Persediaan. Memang dah cuba dengan all-out. Dari pagi hingga ke malam hingga ke pagi hari seterusnya. Pernah sampai tidur jam 10 pagi hari berikutnya sebab nak habiskan material untuk sampai target. Tapi lepas tu, kepala pun pening-pening dan tak larat nak belajar. Campur dengan demam, selsema, batuk dan stress semua. Dari awal bulan satu, cuba mula dan baca semester lepas punya bahan. 

Mula peperiksaan, jam 9.20 pagi. Antara yang awal masuk ke bilik peperiksaan. Alhamdulillah, dapat tiket dan soalan yang boleh dijawab. Peperiksaan kat Russia ni pelik sikit. Baca banyak mana pun, yang keluar tiga soalan je. Semua orang dapat soalan yang berbeza dan dapat markah sama ada...
  • 5 - Excellent
  • 4 - Good
  • 3 - Satisfactory
  • 2 - Fail
Markah ni diberi betul-betul lepas jawab sorang-sorang depan cikgu secara oral. Cikgu bebas nak tanya soalan apa sahaja semasa menjawab dengan dia. Jadi, kena cuba perah otak secara spontan untuk jawab. Examiner ada ramai waktu hari peperiksaan. Jadi, jawab dengan cikgu yang paling baik antara semua, Tatiana. 

Dah cuba yang terbaik juga waktu jawab dengan cikgu. Cikgu dengar je semua tanpa bantahan. Tanpa betulkan jika ada yang tersilap. Sampai soalan terakhir, untuk case, cikgu tambah treatment for Henoch Schonlein Purpura - Heparin infusion. Tiada soalan tambahan. Lepas tu, cikgu ambil zachut book (report card) dan tulis markah 4. 

Sedih. Remuk. Terguris hati. Frust. Cuba untuk Redha. Cuba untuk ukir senyuman.

Renung balik sambil jalan ke post office untuk ambil barang yang beli online. Banyak sangat hikmah dari benda ni. Terlampau banyak pengajaran. Sampai bilik jam 1.00 tenghari. Makan sambil tonton Projek Memikat Suami episod terbaru. Tidur. 

Hikmah dari Kaca Mata Sendiri
Mana hilang markah satu itu? Teori dah okey. Cikgu dah dapat yang paling baik atau 'angel'. Datang dah awal dah. Tak tahu mana silapnya. Fikir semula. 
  • Rezeki itu di tangan Allah. Serius. Kalau dah usaha, tawakal, dan doa. Allah kata markah awak tu hanya 4, dapatlah situasi sebaik mana pun, tetap 4 jugak. Tapi, jangan tak usaha pula sebab kata semua dah tertulis. 
  • Redha. Selalu doa lepas solat, waktu sujud - Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku dan redhakanlah aku terhadap segala keputusanMu untukku. Nah, ujian datang depan mata, cubalah untuk redha. 
  • Cuba lihat sekeliling. Yup, teori dah mantap. Tapi perlakuan dengan orang sekeliling waktu musim peperiksaan? Muka masam je selalu. Tahulah stress, orang lain pun stress jugak la Hajar. Mungkin Allah tolak satu markah exam tu dekat sini. Lagi satu, jangan kedekut ilmu waktu peperiksaan. Sharing is caring!
  • Belajar untuk ilmu. Harap ilmu ini akan diingati sehingga Gost Exam waktu tahun akhir, pada tahun depan, InsyaAllah. Dan terus digunakan sewaktu bekerja nanti. Cuba jangan pandang sangat pada markah. 
Kelas ECG dengan Profesor Fadayev.

Nah, inspirasi. Cikgu ni dah berumur sangat-sangat, lebih tua dari atuk saya rasanya. Tapi tetap berusaha untuk ajar kami cara nak baca ECG. Walaupun kurang fasih berbahasa Inggeris, dan tangan terketar-ketar sewaktu mengajar kerana intentional tremor, beliau tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk ajar kami sehingga faham. Bagaimana pula dengan kita? Ujian baru sikit dah mengeluh? 

Dalam separuh hari. Segalanya boleh mengubah persepsi kita. 

Thursday, 9 January 2014

Sochi 2014 Torch Relay

Winter Olympics Sochi 2014 Torch Relay
Ulitsa Meditsinskaya, Nizhny Novgorod
8 January 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Okey. Mesti ramai tidak tahu tentang Sochi 2014 kan? Tapi mesti ramai yang tahu tentang Olympics kan? Habis tu, kenapa Sochi 2014 tak femes untuk rakyat Malaysia? Ini adalah kerana Sochi 2014 adalah Winter Olympics yang berlangsung di salah sebuah bandar di Russia, di Sochi. 

Kebanyakan negara yang bertanding adalah negara yang di Eropah, America, Asia Utara, Africa Utara dan negara yang mengalami musim sejuk. Acara yang dipertandingkan pun antaranya Alpine Skiing, Figure skating, Ice hockey, Snow board, Speed skating dan acara yang melibatkan musim sejuk. 

Adik kecik comel dengan baju belon ni pun tunggu nak tengok Torch Relay.

Baru lihat kat Wikipedia tadi, Philipine pun hantar wakil. Maksudnya memang terbuka untuk semua negara kalau ada yang nak hantar wakil untuk sukan musim sejuk ini. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Sochi 2014 Lihat Sini. 

Sewaktu menunggu pembawa obor. 
Akak cheerleader ni la yang conduct kami untuk cheer sebelum obor itu datang pada kami. 

Baru tahu info ini juga - Sekiranya budget untuk Sochi 2014 adalah US$51 Billion, ia menjadikan Olympics kali ini yang termahal dalam sejarah sukan Olympics di dunia, melebihi Olympics musim panas di Beijing pada 2008 dengan kos US$44 Billion. Patutlah buspass naik harga mendadak. Hehe. Takde kena mengena pun sebenarnya. 

Torch Relay in Nizhny Novgorod.
Nizhny Novgorod merupakan bandar ke 103 dalam Russia yang dilalui oleh obor ini. Hari ke 94 obor ini mengelilingi bumi Russia. Obor ini diterima dari negara Greece, dan bandar pertama yang dilalui adalah Moscow. Bakal berakhir nanti di bandar Sochi 

8 Januari 2014. Obor olympics ini sampai ke bandar saya belajar! Siapa tidak mahu lepaskan peluang untuk lihat dengan sendiri kan? Sekali seumur hidup. Lainlah kalau akan pergi melihat sukan olimpik sendiri pada masa hadapan. Tambahan, obor ini melalui stesen bas betul-betul di hadapan hostel. Dekat sangat dah tu. Rugi pula kalau tak pergi lihat. 

Sochi 2014 Olympics Torch Relay 

Sebenarnya nak pergi lihat dekat Dvorets Sporta, dua stesen bas dari yang dekat hostel sebab orang kata obor ini akan berhenti sebentar di sana. Tapi, lambat sangat turun hostel jam 3.00 petang. Sepanjang jalan dah ditutup, tiada bas pun yang lalu. Jalan pun dipenuhi dengan polis. Nak lintas pun kena tunggu isyarat polis. Kalau nak pergi ke Dvorets Sporta, kena jalan kaki di -1 darjah selsius. Rasa malas pula. 

Jadi, tunggula dekat stesen bas Ulitsa Meditsinskaya jam 3.10 mengikut jadual. Obor tersebut lalu sejam selepas itu. Sejuk sangat. Sempat masuk hostel, solat asar kejap. Jam 4.10 baru obor lalu. Sebab semangat sangat nak lihat, tunggu juga. 

The torch passing ceremony.

Totally worth it! Salah seorang pembawa obor memang berhenti betul-betul di hadapan kami, menunggu obor yang dibawa oleh kawannya dari stesen sebelumnya. Dan mereka menukar api obor untuk Sochi 2014 di hadapan kami. Tunggu sejam pun berbaloi. Pengalaman. Itu penting. 

Berdiri barisan paling depan, dengan harapan nak tangkap gambar sorang-sorang dengan pembawa obor.

Masa nak tangkap gambar dengan pembawa obor Sochi 2014, tiba-tiba kakak cheerleader ni selca dengan dia pulop. Takpe la. Gambar kenangan :)

Jadi, kawan-kawan di City of Heroes, Volgograd, jangan lupa saksikan Torch Relay di sana pula ya! Jangan lepaskan peluang. Kalau nak pergi Sochi, memang tak mampu. Nak tengok opening ceremony sahaja dah RM500 untuk tiket paling belakang. Campur tiket tren satu hari setengah untuk perjalanan pergi sahaja. 

Mula-mula teringin juga nak lihat Figure skating competition, harga tiket RM120. Tapi kos nak pergi sana, masa yang diambil, dan tempat tinggal, agak mahal juga. Tambahan, ia bermula sewaktu semester kedua sudah bermula. Nak tinggal kelas pun sayang sangat. Jadi, kena naik kapal terbang yang sama kos dengan pergi bercuti ke Eropah. Jadi, saya pilih untuk bercuti ke Eropah. Eh, sila exam dulu!
^_^

Its not about the free flag or free Coke, but its all about The Experience

Tentang Torch Relay, Tekan sini.
Gambar dan Video tentang sambutan di Nizhny Novgorod, Tekan sini
*Boleh tengok bandar Nizhny Novgorod juga.

That's all for now.
Thank you for readin'
Exam countdown: 11 days.
Doakan saya ^^

Saturday, 4 January 2014

New Year's Resolutions

St. Basil Cathedral, Moscow.
1 January 2014

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera....

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Di bumi Soviet ini, kami menyambut tahun baru selama seminggu kerana Christmas di sini adalah pada 7 January setiap tahun. Mereka menganut agama Kristian Orthodox mengikut kalendar yang lain dari Kristian biasa.

Jadi, ini adalah cuti yang terpanjang yang dinikmati oleh semua pelajar di sini. Setiap kali tahun baru, dapat cuti universiti selama seminggu. Cuti inilah yang perlu digunakan sebaiknya untuk mengulangkaji pelajaran kerana selepas ini kami bakal menduduki peperiksaan semester. *study mood activated*

Untuk sambutan tahun baru kali ini, saya dan beberapa rakan lain menyambut di dalam tren ke Moscow, ibu kota Russia. Saya belajar di Nizhny Novgorod, dalam 600-800km dari Moscow. Selama 3 hari kami ada program di sana. Tapi pada pagi hari pertama, dan petang hari terakhir adalah program bebas. Tak lupa untuk berjalan sekitar Moscow. 

Pengajaran dari Cheongdamdong Alice
Siapa pernah tengok cerita korea ni? Banyak sangat pengajaran yang saya ambil dari cerita ini. Sekarang masih menonton setiap kali waktu makan. Cerita ini mengisahkan seorang wanita yang percaya dengan "L'effort est ma force" - Effort is my force. Memang dia berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap perkara walaupun keluarganya miskin. Mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Tapi nasibnya selalu malang, dan usahanya selalu tidak membuahkan hasil.

Untuk jalan pintas, dia bercadang untuk mencari seorang lelaki kaya dan menggunakan lelaki tersebut untuk menjadi kaya. Banyak lagi konflik dalam cerita ni, kalau cerita, memang tak habes entry saya kali ini. Lelaki tersebut jatuh cinta dan wanita tersebut rasa bersalah kerana niatnya menggunakan lelaki tersebut, walaupun dia sendiri sudah jatuh cinta pada lelaki tersebut. 

Lelaki tersebut pun meninggalkan wanita itu. Dan pengajaran untuk wanita tersebut adalah memang tiada jalan pintas untuk berjaya. Usaha sendiri itu penting. Akhirnya, harusla mereka bersatu sebab ini drama korea. Tapi dalam realiti, ending sebegini hanyalah satu dalam sejuta di dalam realiti. 

Pengajaran dari cerita ini saya ambil sebagai resolusi tahun baru. Cerita Alice in Wonderland yang penuh dengan keindahan, dengan tea party, white rabbit, and everything sweet. Pernah teringat apakah kesudahan cerita ini? Kesudahannya adalah semuanya hanyalah sebuah MIMPI. Apabila Alice bangun dan menyedari ia bukanlah kenyataan. 

Resolusi Tahun 2014
Kehidupan dan Pelajaran 
  • "L'effort est ma force" - Effort is my strength. Do everything with my full effort. Life is like a recipe book. If you follow the recipe and the instruction for combining the ingredient, you'll surely succeed InsyaAllah. The result of effort won't betray you. 
  • Don't be a day dreamer. Because after all, it is just a dream. Stay with the reality of your life. Just live your life. Its okay to dream big, but attach it with huge efforts too
  • Family always first. Love them.
  • Take chance. No regret. Try something new. Get the experience. And don't be afraid to overcome anything that you fear. 
Letakkan niat semua di atas Lillahi Taala, kerana segala usaha atau perkara tanpa niat kerana Allah, akan menjadi sia-sia. Rugi kan? Setelah mendapat Daurah (Program Agama) selama tiga hari berturut-turut, pada tahun baru, memang tidak dinafikan semangat berkobar-kobar itu pasti ada. Setiap tahun. 

Perasaan bercampur-baur, antara perkara negatif yang perlu ditinggalkan dan perkara positif yang perlu ditambah. Terlalu banyak. Tapi, perlu dilakukan sedikit demi sedikit, tetapi berterusan. Susah, kerana kadang-kadang perkara tersebut sudah jadi kebiasaan yang melekat dalam diri. Takpe, asal kita cuba okey?
^_^

*Jangan lupa Al-Mulk sebelum tidur.
*Mutabaah amal sila sempurnakan.

Kesihatan
Mengamalkan gaya hidup sihat. Makanan yang sihat dan teruskan dengan Diet Atkin sehingga mencapai target berat badan yang diingini. Physical exercise sekurang-kurangnya 2 kali seminggu setiap hari minggu di gym di Miza, kecuali ada perkara yang lebih penting yang perlu dihadiri atau peperiksaan pada minggu berikutnya. 

Love Life
Umur pun dah 23 tahun ini. Jemputan perkahwinan dah banyak. Tapi saya percaya pada jodoh. Jodoh itu sebenarnya dah tertulis. Bila tiba masanya, ia akan datang dan segalanya menjadi mudah. When the times comes, the chemistry will sparks, and you know he's the one. 

Inilah antara resolusi tahun 2014. Mampu atau tidak? L'effort est ma force. I'll do my best! Apakah resolusi anda semua untuk tahun baru ini?

That's all for now
Thank you for readin'

*Akan jarang update blog hingga akhir bulan Januari kerana akan sibuk untuk menumpukan pada peperiksaan Pediatrics pada 21 Januari dan Epidemiology pada 27 atau 28 Januari. Doakan dipermudahkan segalanya untuk saya. Amin.