Sunday, 7 December 2014

Road to Sarmova Lake

A walk to Sarmova lake in a beautiful day.
25 September 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Beware! Post ini adalah sepatutnya berbulan-bulan dahulu lamanya, tetapi baru nak dinaikkan hari ni sebab baru punyai masa untuk menaip. Untuk pengetahuan semua, pemandangan di bumi Rusia sekarang bukanlah seperti ini lagi. Sekarang dah masuk musim sejuk, jadi dah penuh dengan salji. Nanti ada masa akan update satu persatu, insyaAllah. 

Kini, bicara tentang perjalanan ke sebuah tasik yang terletak di bahagian Nizhny bawah. Kami, pelajar NNSMA tinggal di Medical Street, Nizhny atas. Perjalanan ke tasik ini mengambil masa dalam satu jam. Waktu ini adalah setelah kami dua group baru habis kelas surgery di Vodnaya Hospital. 

Walking through the second walking street in Nizhny.

Bila kelas dah habis dan dapat zachut terlalu awal, iaitu sekitar jam 10.00 pagi, dah alang-alang bersiap untuk ke kelas, kami pun bercadang terus untuk pergi ke Tasik Sarmova. Sebelum sampai ke stesen bas, perlu lalui Walking Street kedua di bumi Nizhny. Jarang sebenarnya untuk berjalan di kawasan ini kerana agak jauh dan tidak punyai banyak kedai berbanding yang di Gorkovo. 

Di hujung Walking Street ini, ada mercu tanda yang Nizhny Novgorod yang penting. Kalau dekat Amsterdam ada - 'I Am Amsterdam', inilah yang ada di Nizhny, ditulis dalam tulisan Rusia. Нижний Новгород.

Bersama groupmates yang telah hadapi susah senang selama 5 tahun setengah. They're the best!
P/s: Tulisan di belakang - Nizhny Novgorod.

And this is the girls, minus Irene. Irene balik rumah dah, tak ikut pegi tasik.

Setelah sampai di kawasan Sarmova, perlu berjalan ke tasik. Pemandangan ketika itu, subhanallah, cantik sangat! Tengok gambar kat atas. Pokok sewaktu musim luruh sangat berwarna-warni. Daun-daun bersedia untuk menggugurkan diri di muka bumi pada waktu yang berbeza. Menghasilkan pemandangan yang punyai tona warna dari hijau, jingga, kuning, dan coklat. Daun maple kering bertaburan di lantai. 

Overall, yang cantik adalah pemandangan sepanjang ke tasik dan kenangan untuk pergi ke sana dengan rakan-rakan seperjuangan. Kenangan untuk sentiasa disimpan dalam kotak memori. Bila dah sampai ke tasik, daun banyak hijau lagi. Belum musim luruh sepenuhnya lagi. 

The greenly leaves. Autumn haven't reach here yet...

Us.
A road to remember...

That's all for now.
Thank you for reading.
^_^

Nota hari ini: Its a great day. Alhamdulillah, for all the blessings today. Everything went well. Also, thank you to my readers! Sangat! Sebab walau tak update waktu cuti hari tu, masih ada yang masih membaca belog picisan ini hari ini. 

Nota hari esok: Women ice hockey maybe?

19 comments:

  1. Dah lama baca blog ni, baru teringat nak tanya. How do you pronounce Nizhny ya? Lepas tu, zachut tu apa ya?

    *Maaflah, saya ni spesis malas google bila baca blog orang. hehe*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat russian words kan. Selalu sekat Msia orang sebut 'Niznii' je sebab memang takde konsonan 'ж' = 'zhe' dalam english. Klau sebutan betul macam 'NEEZSH-nee Nov-gah-rahd'. Hehe. Cube try!

      Delete
    2. Tergeliat lidah nak menyebutnya! haha

      Delete
    3. haah, tergeliat jugaklah, kita pon try sebut jugak nie :D hahahahha

      Delete
  2. aku baru nak update blog. hikss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay. I'll wait! Tak sabar nak jumpaaaaa nnti :D

      Delete
  3. I saw Adila there :D kirim salam yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanis kenal Adila ke? InsyaAllah akan kirim salam. Kami satu group dekat sini. Kenal sangat :)

      Delete
    2. haah, satu sekolah dulu :D jumpa last masa join RSSR dua tahun lepas rasanya :)

      Delete
  4. Jeles. Muda2 dah dapat merantau ke negara orang. Rusia plak tu. Vladimir Putin.

    ReplyDelete
  5. Selamat berjalan-jalan. seronok kenal temapta orang.

    ReplyDelete
  6. comel je korang. best kan da dpt zachut. rase lega sgt :D

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat jenjalan hajar..heee...pemandangan pun santek sangat ;)

    ReplyDelete
  8. Sementara masih ada kat sana boleh la merayau kan kalau ada masa...kutip kenangan dan abadikan dalam gambar..nanti dah balik Malaysia boleh tunjuk kat keluarga

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum sis :)

    belum ada rezeki pergi ke sana.
    dapat tengok sikit2 pun jadilah :D

    sy dtg bziarah tapi maaf sy xdpt follow dulu, sbb line xbpe okey. inshaALLAH lpg nt sy dtg jenguk lg. dan terus follow. Harapnya line okey la kn. Hehe :)

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^