Tuesday, 18 November 2014

Assalamualaikum Readers!

4th October 2014
Raya Aidiladha photoshoot with blockmates.
Candid photo.

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera. 

Pertama. Gambar di atas sebulan setengah lepas! Waktu daun kuning keemasan menawan dan memikat hati. Sewaktu menikmati musim luruh terakhir di bumi soviet. Kalau nak tahu, sekarang tengah musim perantaraan antara luruh dan musim salji. Jadi, pokok hanyalah tinggal ranting dan belum ada salji menjadi peneman. Tak sabar nak tunggu salji!

Kedua. Susah mahu bicara. Banyak sebab tak update belog. Antara tanggungjawab, persoalan di benak, benar atau tidak, sebagai contoh, dan macam-macam lagi. Bila diberi tanggungjawab, haruslah cuba untuk buat yang terbaik kan. Tapi bagaimana dengan minat? Menulis. Bercerita. Berkongsi rasa. Adakah harus diketepikan? Oke, mesti pening baca kan? Just a random thought.

Ketiga. Nak kongsi satu cerita yang in my opinion sangat menarik. Cerita tentang pengembaraan di bumi eropah dari sudut yang tidak pernah kita nampak. Maksudnya, siapa sangka di Museum Louvre di Paris ada sesuatu yang lebih menarik dari potret Mona Lisa. Juga, satu garisan lurus di bumi Paris yang menempatkan Arc de Triomphe akan menghala ke satu tempat suci.



Curious tak? Tajuk cerita tersebut adalah 99 Cahaya di Langit Eropa. Tapi semestinya, perlu selidik juga sama ada fakta yang diberikan betul atau tidak sebelum sebarkan. Saya sendiri belum sempat menghabiskan Part kedua cerita tersebut yang dirakam di bumi Cordova, Sepanyol dan Istanbul, Turki. 

Cerita ini terasa sangat dekat dengan diri sendiri. Melihat bagaimana kehidupan muslim untuk survive dari sehari ke sehari di bumi Eropah. Banyak persamaan dengan bagaimana pelajar-pelajar yang dihantar ke bumi eropah. Part solat di mana-mana, mencari makanan halal, dan buah-buahan dan seafood menjadi makanan utama ketika makan di restoran luar. Kadang-kala mengaku vegetarian menjadikan pilihan menu lebih mudah untuk bicara dengan pelayan restoran. 

Yang paling menarik, adalah bagaimana cerita ini menitipkan nilai-nilai Islam yang perlu ada dalam diri muslim. Betapa indahnya Islam itu dipaparkan dalam cerita ini. Dari akhlak Fatma dan Aisha Tapi, beritahu awal-awal, mungkin ada beberapa perkara yang akan dikritik jika menonton cerita ini. Mungkin orang akan bicara tentang adanya orang Islam yang mengambil mudah dalam sesetengah perkara. Bagi saya, yang paling penting adalah mengambil yang baik dan meninggal yang kurang enak. Nobody is perfect right?

Lagi. Cerita ini adalah cerita Indonesia dan punyai dua part. Boleh lihat terus secara online di Youtube. Mudah kan? Kalau ada sesiapa yang terasa ingin menjelajah Eropah dari sudut Islam dalam masa yang singkat selama 3 jam, disarankan untuk menonton cerita ini. Sesiapa yang punyai minat sama cerita Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih juga boleh lihat cerita ini. Untuk saya, serius menarik! 

Di sini ada link Youtube untuk cerita ini.

That's all for now
Thank you for readin'
-Schajar Mcflurry-

Nota hari ini: Jam menunjukkan pukul 3.48 pagi. Tidak bisa tidur. Oh ya. Restaurant Yakitoria (Jepun) sale 50% hari ini untuk semua menu! Dah pergi makan dengan semua groupmates. Alhamdulillah. Kenyang sangat!

Nota hari esok: Gulp. Tiga jam tidur sebelum ke kelas? Hopefully enough. Selamat malam dunia.

11 comments:

  1. Cantik sangat gambar tu Hajar!

    Terima kasih berkongsi cerita. Ada masa nak cuba tengok cerita tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu! Oke, tengok tau. Banyak yang kita boleh belajar dari situ :)

      Delete
  2. bukan senang duduk di perantauan kan.. kalau baca cerita mereka2 yg duduk di negara orang, memang best tp hanya tuan badan jer yg tahu dan merasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok duduk negara orang ni. Bnyak pengalman. Klau diberi peluang, nak sambung master pun kat luar :D

      Delete
  3. saya rasa kalau saya tengok cerita ini pun saya takkan dapat merasa ke-survive-an diorang sebab tak pernah merasa berada di negara asing. tak sabar nak tengok gambar dengan salji pulak, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar salji kena tunggu winter. Last winter tahun ni insyaAllah.

      Delete
  4. Seronknya. Macam-macam cerita ada di tempat orang. Belajar baik-baik yea.

    ReplyDelete
  5. Ur Judah so cantekkkk😍
    Tq for sharing if free blh tgk

    ReplyDelete
  6. Good share sista! Nanti nak try nontonlah cerita tu.. Good luck, study bebenor.. =)

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^