Friday, 28 November 2014

A Day at Limpopo Zoopark

In front of Limpopo Zoopark,
Nizhny Novgorod
29 September 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Esok jumaat, esok cuti! Dapat extra cuti sebab lecturer occupational disease nak pegi ambil test dekat universiti lain. Tapi nanti minggu depan gabung dua kelas dan kena baca banyak. Takpe, sekarang sementara ada masa, kita update belog kejap! A moment to remember. Zaman HO nanti takde masa nak tulis dah. Tinggal nak baca semula je. 

Dua bulan lepas, kami dari group 631L & 631M, dapat cuti awal waktu kelas surgery. Jadi, sama-sama bersetuju untuk habiskan hari isnin di sebuah zoo terletak di bahagian bawah Nizhny. Kalau nak ikutkan, depan hostel pun ade zoo, tapi zoo ni jauh lebih besar dan banyak sangat haiwan! Oh ya, zoo dekat Russia dipanggil zoopark. Mungkin sebab zoo campur park, jadilah zoopark. 
^_^

Stonehenge pun ada dekat tengah-tengah zoo ni.
Just kidding!

Harga untuk masuk adalah 350 Ruble (RM35) dengan manaiki Bus 12 hingga ke stesen Limpopo Zoopark. Siapa tahu Limpopo tu apa? Nama macam comel sangat je. Limpopo asal dari nama tempat di Afrika selatan. Nama sungai. Mungkin sebab nak nampak tropikal dan sangat nature, maka mereka pun guna nama ni. 

Mesti semua nak tahu binatang apa yang ada dekat zoo kat sini yang berbeza dengan zoo dekat Malaysia. Panda takde okay! Tak tahan sejuk Russia rasanya. Kami yang pergi musim luruh ni pun, sejuk sangat dah. Jom tengok antara binatang yang ada dekat sini....

 The Adila and the ostrich or burung kasawari. 

  The Hajar and the deer. Ni dekat taman rusa malaysia pun ade.


  The Jona and the bison. 
Besar sangat! Macam empat orang duduk sekali. 


  The Firdaus and the tiger. Feeling tiger sikit. 

Benda seronok adalah kami boleh beli makanan yang dalam kon aiskrim yang berisi roti, lobak merah, dan epal dengan harga 20 Ruble (RM2) dan beri pada haiwan-haiwan di sana. Macam rusa, bison besar tu, itik dan macam-macam haiwan. Tapi takut jugak la, tergigit tangan kang, tak ke nangis? 

Lagi, dekat zoo ni ada dua bahagian. Bahagian pertama ada rusa, musang, bison, burung hantu, perbagai jenis burung, dan macam-macam lagi. Bahagian kedua ada binatang tropikal macam harimau, monyet, ikan, itik, ayam, kambing. Oh ya, perbezaan ketara antara itik atau ayam kat sini adalah mereka berbulu lebat. Dan ada bulu hingga ke kaki - macam pakai boot! Serius. Walau nampak macam lawak je. 

The Farahin and the birds. Feeding them is fun!

The Nabila and the bear!
This is rare! A true bear macam cerita brother bear. Besar sangat. Siap ada tiga pagar untuk tahan dia. 

The last and best part - The petting zoo! Or in other words, Children's zoo. Dekat sini ada haiwan-haiwan yang boleh dipegang sebab sangat jinak. Ada kambing, biri-biri, dan arnab. Boleh bagi makan, tapi menyesal sangat sebab tak beli apa-apa untuk bagi makan. Ramai sangat budak-budak tadika kat sini. Eksaited sangat diorang tengok binatang ni. Lagi-lagi boleh pegang, main kejar-kejar la diorang. 

Oh ya, kami sendiri pun eksaited jumpa kambing ni sebab jinak sangat. Oke, mungkin saya je yang eksaited. Heee. Jumpa selalu masa nak sembelih hari raya haji je. Tak boleh nak pegang pun. Bila dapat peluang, memang jadi macam budak-budak tadika tu kejap. 

  Us in the petting zoo. Such a cute goat! 


  Its Adila again. Heeee. And the children at the back were gossiping about us. 

 The best selfie of the day. 
Senyum kambing.

Video for us to remember :)

That's all for now.
Thank you for reading 
^_^

9 comments:

  1. Selfie dengan kambing tu paling best sebab kambing tu memang tengah melemparkan senyuman kambingnya. hehehe. Gelak sorang-sorang bila nampak gambar tu.

    ReplyDelete
  2. haaa,, rasa macam nak peluk bear tu...
    *senyum kambing* =)

    ReplyDelete
  3. Seronok jalan-jalan macam ni. macam-macam ada pengalaman yang boleh kita dapatkan.

    ReplyDelete
  4. bison tu tak nampak jelas sangat laa.

    ReplyDelete
  5. Very very very nice. If one day i sampai Russia, i will still check out the same old thing, zoo.Pergi mana2 pun carik zoo.
    Tu those russian bear kot. Kalau katun2 kat newspaper nanti dia depict amerika sebagai uncle sam, atau bald eagle, kalau soviet mesti bear. Hahaha.
    Pergi la zoo lagi, zoo lain lak kat russia.

    ReplyDelete
  6. waaaa. terujanyaaa nina tgk bear tuuu

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^