Sunday, 19 October 2014

Lost

Autumn Photoshoot Session
Park Shvetsari, Nizhny Novgorod
6 October 2014

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera....

Lost. Missing in action. Hilang. Sesat. Tidak mengetahui dunia luar atau berita semasa. Tidak menjumpai diri. Tajuk siri drama. Dan segala yang sama maksud dengannya. 

Pernah terasa? Atau pernah hadapi?

Entah. Kadang-kadang mungkin kita merasa tahu segalanya. Hala tuju hidup jelas terpampang. Jalan lurus terbentang di depan mata. Tapi, bila tiba satu detik hidup, segalanya menjadi pudar. Bagai kabus yang mengkaburi penglihatan di pagi yang hening. 

Serabut. Tidak tenang. Perasaan bercelaru mula menggamit diri. Aaaaaahhhhh. Terasa ingin melepaskan jeritan dalam diri di puncak gunung. Tak kiralah gunung Everest, mahupun Kinabalu. Asal beban di bahu terasa ringan sejemput. 

Nah ayat. Buat penduduk sfera cakerawala. 

"...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan jadi tenteram..."
Ar-rad:28

What to do? Apa nak buat? что делать?

Kalau ada antara kalian terasa macam ni, keypoint adalah untuk cari diri sendiri semula. Bagaimana? Tanyakan semula dalam diri kita, dari mana kita datang? Kita buat apa kat bumi ni? Apa hala tuju kita selepas hidup di bumi? Fikir secara dalam, bukan takat beri jawapan cliche yang sering diungkap di mulut, tapi tidak tercalit di hati. 

Jawapan itu yang sebenarnya akan bentuk diri anda selepas ini.

Rasa lost lagi? Walau dah jawab soalan di atas?

Jangan mudah mengalah. Start everything from the beginning. Walau rasa tertinggal di belakang, mulakan segala yang baru. Yang penting, tujuan kita dan usaha kita. 

"Every obstacle is a stepping stone to success"

Yosh. Bangun dari tidur yang lena. Bina diri sendiri. Life is not about finding yourself. Its about creating yourself. You can be whoever you wanna be. Just name it. 

Moga bermanfaat. 
Akan cuba update belog dengan rajinnya selepas ini. 
Buat masa sekarang, takat ini sahaja. 
Terima kasih sudi baca.
^_^

11 comments:

  1. Suka entri nie :)

    Dan, suka sangat gambar Hajar dalam entri ni. Cantik sangat-sangat!

    ReplyDelete
  2. simple with meaningful words :)

    ReplyDelete
  3. Kena sentiasa ingat 'asal usul' kita. Insyallah kita akan sentiasa berwaspada dalam setiap keadaan yang menimpa kita. Terima kasih peringatan ini.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum hajar, rindu awak.. kad awak, akak dah terima tau. so cute~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf akak, lama sangat tak blogging. Tak sempat2 nak jenguk blog akak dan kawan2 lain. rindu akak juga :)

      Delete
  5. Replies
    1. Okay, will update bile ada masa oke :)

      Delete
  6. Lost ni adatlah.. mentally, spiritually, emotionally,, kadang2 physically pun haha.
    Tapi kita orang islam, so kena lekas2 pujuk hati.

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^