Thursday, 1 May 2014

Women's Day Celebration

Private cottage, Nizhny Novgorod.
8 March 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Seronoknya! Cuti dah hari ni. Mesti semua tengah blogwalking dan update post hari ni sebab hari ni seluruh dunia pun cuti. Kalau kat akademi kami, dapat cuti khamis dan jumaat. Campur sabtu ahad, jadi empat hari cuti. Kena manfaatkan betul-betul, sebab lepas ni, takde cuti sangat dah. 

Oh ya, ingat tak, hari tu pernah cerita tentang sambutan hari wanita secara besar-besaran di Russia. Kalau women's day je, bunga ros mesti mahal dan laku habis. Wanita kat sini sangat rasa dihargai kalau dapat bunga. Kami yang tinggal kat Russia ni pun dah terikut culture mereka yang suka memberi bunga sebagai hadiah. Lepas tu, penuh dinding dengan bunga-bunga kering yang diterbalikkan. 
^_^

Jadi, untuk sambutan hari wanita lepas, ia merupakan sesuatu yang sangat special dan lain dari lain. Kami sewa private cottage yang agak jauh dari tempat tinggal, dan bermalaman di sana. Serius. Cantik sangat rumah tu. Rasa macam nak bina rumah macam tu. Design dia sangat simple but nice. Tak banyak perabot pun, tapi memang sedap mata memandang. 

View waktu pagi. Waktu nak pulang ke hostel semula...

Penuh dengan cermin. Dapat tengok view dekat luar dengan mudah. Of course, orang akan tengok kita dekat dalam dengan mudah juga. Jadi, kena pakai proper attire yang menutup aurat walau kat dalam rumah. Tapi untuk tingkat bawah, ada pagar legap yang keliling rumah, jadi, tak nampak apa-apa dari luar. 

Lagi, dalam rumah ni ada siapkan sauna dan pool table. Apa lagi, tak tido malam la jawabnya. Masa orang lain tengah tidur malam, kita boleh selang-seli sauna dan main pool. Kesian orang lain tidur malam tak lena. Heee. Jom tengok 

Nak bilik macam ni plis! View sangat cantik. 
Bangun pagi mesti terus ceria.

Lagi satu bilik. Besar sangat rumah ni, ada banyak bilik tak terkira...

Ini pula bilik tengah. Attic-style room. 

Aktiviti yang diadakan sangat menarik tak terkata. Feminine and ladies-like. Iye la, hari wanita kan. Tak lupa juga pada snow ball fight waktu pagi-pagi. Yey! Team kami menang untuk game baling salji. Strategi banyak sangat. Oh ya, hari wanita ni bulan Mac. Waktu salji lagi, sekarang dah musim bunga, tapi bunga belum naik lagi. Suhuh dah sedap-sedap macam aircond kat Malaysia. 

Respect sangat dengan AJK yang dapat buat program ni sebab mereka bincang dalam masa seminggu sahaja. Program pula dekat luar dan susah nak handle. Good job girls! Makanan pun mereka siapkan. BBQ dari petang lagi. Sedap!

The foods. Yummy!

Us. Selfie. 

Activity in the morning. I miss the snow. 

Akhir kata, memang antara memori indah yang tercipta. Esok ada sambutan family day pula, insyaAllah. Semua sibuk dengan persiapan. Weather, please be nice. After all, we planned, but Allah is the best Planner. Selamat bercuti semua! Manfaatkan cuti anda dengan yang tersayang oke. 

That's all for now
Thank you for readin'
^_^

18 comments:

  1. Seronok kalau dapat bunga. Kalau duduk kat cottage yg ada bumbung 3 segi tu rasa macam cool jer.

    ReplyDelete
  2. cantiknya..nie yang nak lekat dok dalam rumah je

    ReplyDelete
  3. Weyhh busyyy ke? Tak muncul2 pon kt group 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busyyyy. Tapi dah habes family day ni. Alhamdulillah lega dah. Tak busy dah.

      Delete
  4. bestnya ;).. bila nak ajak kami p sana? hahah

    ReplyDelete
  5. Ya Allah cantiknyaa tempat dia. Kalau kt msia kita smbut mcm ni.. Msti best sgt!! N happy holiday sis ! Have fun n spend ur time well =) <3

    ReplyDelete
  6. Cantiknya. Seronok ramai-ramai macam ini.

    ReplyDelete
  7. Kenapa satu dunia cuti? Cuti apa? Kenapa Canada tak cuti ni?

    Btw, suka sangat tengok cottage tu. Cantik sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh. Tak cuti labour day ke? Msia cuti. Russia pun cuti. Pelik kat canada tak cuti. Hurm...

      Delete
  8. hidup ni kan, penuh ngan happiness, sadness, euphoria and joy, stress and complete collapse, hehe. Berselang seli.
    I ever read, Prisoner of war ni masa Perang Vietnam dulu, waktu kena seksa torture bertahun2, kawan2 dia semua satu2 mati. Dia punya otak steady pasal, mula2 dia fikir, ngan berapa dolar apa dia boleh buat untuk ternakan dan ladang. Lepas tu setiap hari otak dia berfikir, dia expand dia punya penternakkan dan ladang2.. jadi otak dia tu sentiasa aktif, lari dari segala masalah real life dia tu. Saje je cerita2 borak2 haha.

    Anyway, nak buat rumah gitu kat sini susah la, orang2 sini kepo!! hahahaha.

    ReplyDelete
  9. seronoknya...byk tak kolek ros? hhee

    ReplyDelete
  10. wahhh... seronoknyaaa.. jelesnyaa.... nak join jugak!! huhu

    ReplyDelete
  11. wah..semua student msia ker.. ramai jugak yer..

    ReplyDelete
  12. akak ! this is soo fun ! sukanya tengok salji !

    ReplyDelete
  13. seronoknya. Haih design omputeh ni memang lelawa sume

    ReplyDelete
  14. Memang betul, cantik view dari bilik tu... omputeh punya design memang simple but nice... suka... ;D

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^