Sunday, 11 May 2014

Sang Pencinta Ilmu

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera....

Lamanya tak update belog. Maaf semua! Sebab setiap hujung minggu pun penuh dengan program. Bila nak update je lepas habis program, mesti dah letih, dan katil tu nampak lagi empuk dari meja dan laptop. Hurm. Jadi, banyak sangat program kat sini yang tak sempat nak tulis untuk simpan sebagai kenangan masa depan dan kongsi dengan semua. 

Sekarang nak tulis yang simple je, sebab dah malam ahad. Esok pula ada kelas, selasa ada presentation untuk kelas bahasa Russia. Jadi, entri ini nak kenalkan groupmates perempuan saya di sini selama lima tahun pengajian. Adila Ismail dan Karen Lim. Lagi satu, Irene dari Cameroon, Africa. 

Adila Ismail. 
Victory day of Russia - 9 May 2014

Kalau sesiapa yang selalu baca belog ni, mesti kenal dah dengan Adila. Mana pergi je kat Russia ni, selalu pergi dengan Adila. Pergi travel Itali hari tu pun dengan dia. Seorang yang ceria dan kuat dalaman dan luaran. Kental jugak sebenarnya. Suka makan! Tapi berat tak naik-naik pun. Jeles part ni. Teman yang setia. Taste kami pada barang-barang memang sama. Jadi, kalau pergi shopping, memang seronok!

Pandai! Serius. Jenis yang cepat ingat apa yang cikgu ajar kat kelas. Kalau saya ni, kena baca sendiri baru nak ingat. Suka tolong orang lain dan tidak sellfish. Oke. Cukup dulu untuk entri ni. Kalau nak tulis semua, memang tak cukup satu belog. 

Karen Lim Mei Er
Family day - 10 May 2014
p/s: Marshmellow bakar time bbq sangat sedap. Sumpah! Bila dia melt in the mouth, rasa dunia berhenti kejap. Eh poyo. Haha. 

Sarawakian. Happy go lucky! Gembira je selalu walau apa pun terjadi. Jarang tengok Karen sedih. Baik hati dan tidak suka kecewakan orang. Seyes. Suka sangat pergi gym untuk jaga berat badan. Saya sendiri pun pergi gym tak sekerap Karen. Selalu kena buli dengan groupmates lain, termasuk saya tapi kadang-kadang je saya buli Karen. 

Strong. Boleh hadapi semua jenis mental breakdown, dan tetap tunjuk muka gembira. Jiwa kental. Suka shopping jugak! Hari tu ingat nak teman je Karen shopping, akhirnya dua-dua beli kasut baru berkotak-kotak. Haha. 

Akhir sekali, sebab musim peperiksaan yang bakal tiba, kena mula belajar dengan tekun. Fokus. Dan gunakan sepenuh masa sebelum terlambat. Jadi, nak letak satu puisi buat semua pelajar yang nak dekat exam. Jom kejar ilmu! 

Sang Pencinta Ilmu
Tema: Masyarakat Berpengetahuan Menginspirasikan Kemungkinan

Rapuh.
Ku lihat mereka rapuh. 
Tatkala ilmu yang diberi dilontar jauh,
Berkecai berderai di lantai fantasi.
Kerna sangkakan mereka maha mengetahui. 

Sayu. 
Sadis melihat si pengemis dahagakan ilmu.
Namun keadilan tiada disampingnya. 
Dan dia terus gagah untuk berdiri,
Di bumi yang penuh rakus.

Aku lihat,
Gerombolan manusia yang tidak adil. 
Tatkala si fakir tanpa sekuis nasi, 
Dipandang enteng dek masyarakat. 
Namun si Prada dan Gucci yang miskin ilmu,
Gah terpampang di pentas dunia. 

Ayuh!
Bukan kata-kata kosong aku bicara,
Tapi seruan buat pemerhati alam. 
Kau, kau dan kau, 
Penduduk galaksi Bima Sakti.

Ilmu itu kekuasaan. 
Dengannya kau merdeka  dari alpa.
Terbang  bebas di angkasa lepas,
Merentas jauh antara lautan,
Mendaki tinggi di puncak Himalaya.

Laju.
Pantaskan lagi langkahmu!
Kerna ilmu itu butuh dikejar,
Jika kekayaan di dada menjadi matlamat,
Andai sukses yang kau impikan.

Ini bukan kisah sang penglipur lara, 
Tidak pula bicara dongengan.

Ini hikayat sang pencinta ilmu, 
Mendambakan alam penuh coretan pengetahuan. 
Namun, cukupkah ilmu tanpa amal?

9 comments:

  1. hajar buat sendiri eh sajak ni? awesome :)

    ReplyDelete
  2. Semoga hubungan yg terjalin kekal selamanya =)

    ReplyDelete
  3. Puitis rupanya Hajar ni :)

    ReplyDelete
  4. pandai berpuisi juga Hajar nie.. seronok bila ada kwn2 yg satu kepala dengan kita.. anyway.. marshmallow mmg sedap...>_<

    ReplyDelete
  5. eceeeehhhh kemainnnn wehhh. hahaha

    ReplyDelete
  6. wahh.bestnye dpt kwn hepi go lucky.ceria je jalan2 dgn dia pegi mane2.hehe

    ReplyDelete
  7. masyarakat pentingkan status, kekayaan, pangkat, darjat, etc..
    untuk capai tu semua tak perlu ILMU as how we know ILMU is.
    Untuk capai tu semua boleh menipu, rasuah, mengampu, manipulate dan sebagainya.
    Sebab tu ada orang yang ikut jalan ni, mereka fikir ni ialah segalanya.

    Ilmu is when you go to tempat wuduk, you see just an ordinary man on the street with jeans and tshirt, and bila dia ambik wuduk, air yang keluar dari paip tu punya la sikit menitis dia.
    Ilmu is when you see seorang, berjubah, berserban, berjambang, betul2 appearance tip-top, and bila dia ambik wuduk, air keluar macam Niagara Falls.

    I never care about status, rank, wealth, harta benda, brands or what or occupation level. When you meet someone then you realise ooo this fellow got ilmu, tak kira ilmu duniawi or akhirat.

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^