Monday, 14 April 2014

Lunch Date

Lunch Date at British Pub
4th April 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...


Pertama sekali, alhamdulillah, baru habis exam Psychiatry pagi tadi. Mesti semua orang ingat budak medik ni, exam, exam dan exam je keje. Tapi tak macam tu pun sebenarnya. Kalau waktu exam tu, memang kena fokus dan serius. Bila waktu main, kita main puas-puas. Kalau serius setiap masa pun stress jugak kan?

Lepas exam tadi, semua perasaan yang stress dan depress hilang sekelip mata. Rasa lega dan beban untuk exam cycle dah habis. Tinggal peperiksaan akhir semester nanti bulan enam. Buat masa sekarang, jom relaks kejap ye. 

Kedua, mesti ada yang tertanya-tanya. British Pub? Pub la kiranya? Takde la. Waktu petang, dia restoran biasa je yang fancy dan nicely decorated. Tapi memang tak dapat lari dari restoran atau kedai makan yang jual alkohol. Semua kedai dekat sini pun jual alkohol. Satu fakta - Harga alkohol yang murah-murah kat sini sama dengan harga air mineral. Ada yang lagi murah jugak tau. 

Jumaat lepas, teringin sangat nak makan luar. Lama sangat rasanya tak makan luar sejak berdiet ni. Sekarang bila dah berbulan tak diet, nak sangat makan luar. Tambah, hari jumaat lepas kelas. Kosong sangat jadual. Jadi, ajak la teman setia, Adila Ismail, untuk pergi makan restoran yang belum pernah cuba. Cuba la makan kat British Pub ni dekat Walking street. 

Adila Ismail. 
Groupmate dan teman setia pergi cuba restoran baru. 

Macam biasa, pergi waktu business lunch. Dapat makan set yang murah sikit dari yang biasa. Bukan. Murah banyak! Kalau nak makan luar, selalu pergi antara jam 12 hingga 4 petang sebab semua restoran ada business lunch harga dalam RM20-RM40. Kalau tak, nak banding dengan harga satu pinggan spagetti carbonara kat luar - RM30. Oke. Sila tunggu bisnes lunch. 

Orang kata, paling best kat sini yang boleh makan - Fish and Chip. Satu pinggan 375 Ruble (RM37.50). Tapi waktu ni kami cuba bisnes lunch. Harga untuk set bisnes lunch 275 Ruble (RM27.50). Apa yang kami makan?
  • Appetizer salad (Beetroot or apple salad)
  • Soup of the day (Fish soup)
  • Rice with Scumbria fish
  • Desserts - Ice cream with caramel topping
  • Green tea
Rice with Scumbria fish. 
Orang Russia memang makan portion kecik2 tau. Tu yang slim je semua.  

Ice cream. Yummy. Manis leting dia nyer topping. 

Untuk review: Portion dia tak besar sangat, tapi kenyang jugak sebab four-course meal kan. Kenyang untuk perempuan la. Untuk lelaki, rasanya tak kenyang. Rasa makanan macam kurang sikit. Kira average, tak sesedap restoran Biblioteka. Restoran dia cantik, rasa macam elegan sangat. Baju waitress dia sangat British-style. Cantik. Tapi, waktu datang tu, rasanya takde specific smoking zone. Jadi, boleh je orang sebelah meja tu merokok. 

Akhir sekali, nak minta maaf sangat sebab tak dapat nak balas kunjungan ke blog anda-anda semua dalam waktu lepas. Banyak sangat program dan rancangan dan aktiviti. Kalau ada masa, memang akan blogwalking kat bloglist feveret kat tepi kanan tu. Kalau ada sesiapa nak exchange bloglist, tulis je kat bawah ni tau. Kita sama-sama berkenalan. 

Paling suka tangga kat restoran ni. 
Ingatlah, walau berpusing-pusing atau berlingkan-lingkar mana pun jalan yang kita ambil dalam kehidupan, kita pasti akan tiba juga destinasi yang kita ingin tuju, ANDAI kita tidak putus asa.  

"You're not failing, until you quit!"
-Albert Einstein

That's all for now
Thank you for readin'
^_^

21 comments:

  1. Lepas exam, masa untuk enjoyyy...

    ReplyDelete
  2. Lps exam mst la nak honeymoon dulu kan.. kita enjoy.. mknan dia npk sedap la.. >_<

    ReplyDelete
  3. klu saya , byk tu mmg sesuai sbb perut kecil ... tapi ais krim tu confirm x puas .

    ReplyDelete
  4. Bestnya..jealous! Hehe..sementra di negeri org, cari experience bebanyak. Priceless tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat priceless pengalaman ni. akan hargai sangat2 ^_^

      Delete
  5. Alhamdulliah dh settle exam ekkk
    Yes biler serious Kena la serious biler dh settle kiter enjoyyyyy gituew
    Menu sgt malatopppp

    ReplyDelete
  6. Kot Hajar cantik sangat! Restoran macam ni kira fine dining ke?

    Okay, portion makanan dia memang sikit. Dekat sini, portion makanan dia banyak gila. Menggunung. Sebab tu berat badan pun tak segan-segan nak naik T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nyer fine dining. Selalunyer diorang la makan portion kecik tu. Kami ni makan banyak lagi portion dari diorang~~~ wuwu.

      Delete
  7. salam kenal dari deutschland.. hehehe nama saya pon hajar jugak :D

    ReplyDelete
  8. Teringin jugak walopon ko kate tk sedap sgt. Wuwu

    ReplyDelete
  9. untung la dik..akak hanya mampu pandang dari kejauhan jer la...hehehe...

    ReplyDelete
  10. Cantik restoran tu... presentation makanan pun cantik... belum makan, nampak cam sedappp je... ^__^

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Hajar, sekali sekala kena rest dan jejalan bagi fresh minda kan. hehe nampak menyelerakan tekak. hehehe jaga diri baik2 ya ~~~

    ReplyDelete
  12. the rice is so sikit, size bergedel lagi besar dari rice portion dia hahaha. Sedih.

    ReplyDelete
  13. lepas exam, adalah masa untuk release tension...hehehe.. :)
    good luck...:)

    ReplyDelete
  14. cantiknya restoran tu... menarik sgt3.. menunye pun mcm sdap je tu.. hehe

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^