Sunday, 20 April 2014

A Walk to the Frozen Lake

15th April 2014
A walk to the lake...

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Esok cuti lagi! Hooray. Tapi list of things-to-do memang dah siap panjang lebar. Update belog ni pun masuk dalam salah satu list. Lepas ni dah sibuk sikit. Cycle pun dah berat dan hujung minggu semua ada program. Buat masa sekarang, jom update belog kejap.

Hari pertama cycle oncology (semua tentang kanser dan tumor), kami dapat balik awal. Tak semena-mena, buat keputusan untuk pergi ke tasik terletak tak berapa jauh dari kelas oncology kami. Sebenarnya, jauh la jugak. Takde bas pula nak pergi sana, jawapannya, berjalan kaki lah kami ke sana.

Tasik ni, orang kata, waktu musim panas nanti cantik. Boleh mandi semua. Selama lima tahun kat sini, ni kali pertama pergi tasik ni. Tak ingat la pula nama tasik. Haih. Waktu kami pergi ni, sekarang menunggu musim bunga. Russia pula lambat sikit nak summer, jawapannya, lapisan atas tasik ni masih beku lagi. Nipis je. Tunggu masa je nak cair. 

Lets the pictures tell the story...

On the way. Pokok semua tak tumbuh daun lagi. 
Post-winter scenery. 

The frozen lake. 
Bahagian tepi tasik dah cair sikit. Bahagian tengah, masih beku lagi. 

Ambik feel kejap bila dah sampai tepi tasik. Udara bersih sket. 

Group 531 L & M. 
DJ azam.fm kata macam group saiz baju. Heh. 

I'd been there. Done that. 

Bila dah habis musim sejuk, tengok balik wishlist tahun ni, ada beberapa yang tak penuh lagi. Harap-harap tahun akhir, tahun depan dapat buat. Nak main ski dan nak jalan atas tasik atau sungai yang beku. Teringin sangat. Tahun depan, insyaAllah. 

That's all for now.
Thank you for readin'
^_^

20 comments:

  1. Teringin nak pegi sana.. ehehe

    ReplyDelete
  2. Cantiknya tempat, bestkan gi ramai-ramai macam ni.

    ReplyDelete
  3. teringat cerita my love from the star.. men atas tasik beku.. bestnye..

    ReplyDelete
  4. Now i feel that i was there. And reminds me to the movie Frozen.
    Enjoy yourself sis. Hope one day i'll be there too.

    ReplyDelete
  5. Seronok jalan-jalan tempat orang macam ni. Jauh perjalanan luas pengalaman.

    ReplyDelete
  6. Nampak macam cantik je. Dekat tempat saya, macam takde tasik, jadi tak boleh tengok tasik kat sini.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah jumpa frozen lake depan mata

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat tengok real...akk tengok dlm tb je...

    ReplyDelete
  9. cantik nya pokok2 tu.... kalau dapat jalan2 atas tasik tu memang best sangat2 kan :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Hajar, bestnya.. jaga diri di sana baik2 ya ~~~

    ReplyDelete
  11. waa bestnya...bila la nak jalan atas air yang beku camtu

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.... pasti jadual dah penuh dengan pelbagai aktivit.... moga semua berjalan lancar dn teratur seperti y dirancang...

    ReplyDelete
  13. cantiknya pemandangan kat sini..boleh mandi ke?/jangan mandi tau..macam bahaya je..hehehe

    ReplyDelete
  14. kite teringin sgt nak jejak kaki kt tempat2 mcm ni..huhu cantikk!

    ReplyDelete
  15. amazing.
    dari foto aku try carik sampah, atau anything yang out of place, tak jumpa pun..
    is it this place is secluded, atau orang datang sini semua very careful with their litters, atau memang banyak cleaners, which is unlikely.

    ReplyDelete
  16. Dengki dengan awak, BTW all the best

    ReplyDelete
  17. Bile la aku nk rajin mcm ko ni jarrr..hahaha update selalu k so that aku ade bnde nk baca 😁😁

    ReplyDelete
  18. tq schajar tunjukan gambar-gambar ni at least orang yang belum pernah pi berkesempatan tengok blog u pun jadilah....insha allah nak pi sama

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^