Sunday, 23 March 2014

Travelogue: Swedish Cuisine.

Last day breakfast provided by the hostel. 
Waktu ni rasa tak nak balik Russia sangat3 sebab nak cuti lagi. 
3 February 2014

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Kali ni nak short but sweet update tentang beberapa pemanis mulut yang kami cuba di Stockholm, Sweden. Maaf sebab selalu update belog hujung minggu je, tengah berusaha cari masa lapang tengah-tengah minggu, tapi selalu tak sempat juga nak tulis. Jadi, hujung minggu baru sempat update. Respect sangat blogger yang memang komited dan blogging selalu. 

Orang kata - Kalau pergi Paris kena cuba makan Macaroon. Kalau pergi Italy kena cuba makan Ice cream atau Gelato dan Pizza dan Pasta. Kalau sampai Brussels kena makan Waffles. Kalau sampai Russia, kena makan Sushi? Eh, tipu! Kena cuba tradisional Pancake atau Blinnie. Jadi, kalau sampai Sweden, kena cuba makan apa?

1. Prinsesstarta or Princess Cake
"It is a traditional Swedish layer cake consisting of alternating layer of airy sponge cakes, rasberry or strawberry jam, and thick layer of whip cream. The top is covered by Marzipan, sprinkled with powdered sugar." - Wikipedia

Waktu mula-mula sampai Sweden, tak terfikir pun tentang kek ni. Fakhirah yang kata ia merupakan kek tradisional dan alang-alang dah sampai kan, apa kata kita cuba je kek ni. Memang lembut sangat dan penuh dengan whip cream. Tak manis sangat pun. Yang maniskan kek ni adalah lapisan hijau tu, Marzipan. 

Day 3: A must try cake in Sweden. It is called the Princess cake. 
Very nice combination of tastes, which make it not too sweet, not too dull. 5 star for this cake!

Kalau sesiapa selalu pergi makan dekat Ikea, rasanya ada jual Princess cake ni dalam bentuk yang mini dan comel sangat. Tengok dalam gambar kat bawah. Dekat Ikea Russia ada jual kek ni. Tak pasti ada jual ke tidak dekat Ikea Malaysia sebab jarang pegi sana. Harga kek ni, untuk kek penuh dalam 1kg, dalam 180 Sek (RM90). Ada lagi satu saiz, 2kg, dua kali ganda harga. Sebab kami nak rasa je kek ni, beli 2 potong dalam gambar kat atas, 45 Sek (RM22.50).

Mini version Princess Cake sells in Ikea

2. Semlor
Waktu mula-mula tengok Semlor ni kat kedai Supermarket, memang absurd! Feeling like - I wanna try that for sure! Dia macam burger yang besar, penuh tangan genggam tapi intinya adalah whip cream. Orang Sweden ni memang suka makan whip cream rasanya dalam pencuci mulut. Princess Cake pun guna whip cream. 

Waktu berjalan di Ikea, jumpa la Semlor ni dijual. Apa lagi, terus beli. Seronok sangat dapat rasa. Tengah-tengah kafe Ikea paling besar tu, cari tempat duduk, dan makan terus. Haha. Orang sana tengok pelik je, eksaited bukan main makan makanan yang diorang dah selalu sangat makan. Orang dok sibuk beli perabot, kitorang makan tak ingat dunia. 

Harga - Rasanya dalam 19.90 Sek (RM9.90) untuk dua Semlor. Harga murah sebab beli kat Ikea. Kalau kat tempat lain, tak dapat semurah ni. A must try if you reach Sweden!

Day 4: Trying out the local cuisine named Semlor. 
Look like a handful of burger. The bun is so soft. Its not so sweet. The middle part - whip cream and unknown sweet ingredient. The cinnamon taste covered all over it. 

Me and Kirah trying the Semlor. Yummy.
But Kirah didnt like the almond taste in the middle of it. 

3. Cocos Bollar
Oke. Ini manis terlampau. Orang Kelantan pun serius tak boleh tahan punyer. Manis leting. Satu lapis coklat nipis yang diselaputi kelapa kering. Dalam bola coklat ni adalah whip cream again yang manis to-da-max! Serius, tak tipu. Tapi tak tahu macam mana, boleh makan dan habiskan jugak. Sedap la jugak sebenarnya kalau dah boleh habes kan?

Waktu ni, beli dekat supermarket kegemaran. Coop. Dalam lima minit perjalanan dari hostel. Rasanya tiap-tiap hari supermarket ni. Entah, rasa seronok dan rasa kat Europe bila pergi supermarket ni. Nanti cerita pasal kedai ni pulak ye. Harga - 25 Sek (RM12.50) untuk satu kotak. 

Day 2: Wanting to try the local food and cuisine. End up buying this coconut ball with super duper sweet whipcream in the inside. Share it with the tourist in the same hostels. 

4. Fruit bottled or Vitamin drink.
Memang rasanya orang kat sini pentingkan kesihatan dan lebih menjaga kesihatan rasanya. Dekat kedai je, ramai beli Fruit bottled yang memang kurang gula, penuh dengan buah-buahan. Bukan macam jus kosong tau, rasa pekat sangat buah dalam botol ni. Lagi satu, Vitamin drink. Bermacam-macam jenis - anti oxidant, stress reliever, and much more. 

Sebab nampak menarik sangat, jadi, cuba la beli juga. Once in a lifetime nak sampai negara orang dan cuba makanan diorang kan. Lepas ni, tinggal dekat Malaysia dah. Harga - Untuk Vitamin drink - 20 Sek (RM10) dan fruit bottled - 18 Sek (RM9). 

Vitamin C & E. Persika/Peach taste. 

Fruit bottled - all type of berries and banana. 
Err. Tapi rasa macam tomato juice.

That's all for now.
Which desserts you prefer most?
^_^

17 comments:

  1. bestnya dia dapat travel. ^ ^

    ReplyDelete
  2. bestnya makanan kat atas..yummy!susah tak nak cari makanan halal kt sana?
    btw,nice info.nanti boleh jadi rujukan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat sweden agak susah jugak la nak cari makann halal. Tak jumpe pun hari tu pegi.

      Delete
  3. Rajinnya Hajar rasa specialty desserts. Semua nampak macam sedap. Tapi, kalau saya yang pergi, memang saya tak beli kot sebab saya tak suka sangat makan benda baru dan benda yang manis sangat. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. Hajar ske mende manis. Tu yg rasa best cuba2 ni.

      Delete
  4. Sedapnya makan sambil jalan-jalan. Mesti seronok kan?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Hajar.. wahh terliur akak.. bestnya baca ur sweet travelogue! selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  6. Hai, Hajar...
    Orang2 kat sana mmg suka desserts2 yang macam ni kan... semua ada whip cream bagai... Tengok princess cake tu macam best je... nanti nak try tgk, ada tak kat IKEA sini... ^__* nak jgk rasa...

    ReplyDelete
  7. Amboi macam2 desert nyer...tak makan nasi lah kan...

    ReplyDelete
  8. Nyum3 sedapnya :)

    Taufiq singgah sini ye :) Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)

    ReplyDelete
  9. cuci mata dekat sini.. hehehhe

    ReplyDelete
  10. Korang tak rindu ke keropok ikan ke, keropok belinjau ke, kerepek sambal ke, rempeyek ke? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini soalan kejam. Mesti la rindu. Tapi mana entah nak dapat semua keropok ni.

      Delete
  11. nampak menarikjer makanantu yerk... memang ngapler kalau depan mata..

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^