Sunday, 30 March 2014

Pizza Party

Insyirah's Birthday Pizza Party
29th March 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Nampak sedap tak pizza tu? Yummilicious! Banyakkan?!? Siapa entah nak makan pizza banyak-banyak cenggitu. Kami lah - Group 531 L&M. Group Suka Makan. Lekat dah nama group macam tu. Macam famili yang besar dah kami semua. Iye la, duduk perantauan ni, kawan-kawan la jugak keluarga kita. Kalau nak hidup sorang-sorang, memang boleh mati kutu tak tahu nak buat apa. 

Friendship.
A group of friend together in hardship to achieve success. Be it, dunya or akhirat. Definisi sendiri. Kadang-kadang, kita rasa kita boleh hidup bersendirian. Yup, memang tak nafikan. Diri sendiri ni rasa macam kuat je untuk hadapi segala cabaran sendirian. Tapi kan, kan lagi indah memori yang dicipta kalau ada rakan-rakan di sekeliling kita. 

Oleh itu, sentiasa hargai teman-teman kita. Serius rindu semua kawan sekolah rendah, menengah, emaresem, dan bakal rindu kawan-kawan universiti. Oh masa, jangan berlalu terlalu pantas. 

2015 NNSMA Graduates.
InsyaAllah. 

Eh, lupa pula nak cakap pasal pizza. Best sangat. Dua belas regular-size pizza untuk 14 orang. Banyak tak? Buat banyak-banyak sebab takut tak cukup nanti. Tapi jangan terkejut, sebab memang dah nak habes pun. Group kami ni ramai orang lelaki, konfem-konfem la makan banyak kan. Kesemuanya ada 6 jenis pizza yang berlainan perasa. 
  • Island supreme pizza
  • Hawaian chicken pizza
  • Spicy chicken pizza
  • Satay pizza
  • Pepperoni Pizza
  • Texas pizza

Semua pizza adalah home-made! Iye la, kalau beli dekat kedai, mesti takde yang halal. Yang boleh beli, pizza tuna, pizza margherita, pizza cheese. Bosan dah. Kali ni buat sendiri, semua perisa ada. Yummy. Tambah dengan menu Pizza Hut - Chicken wings, mushroom soup, garlic bread, salad, onion ring, chicken nugget. Oke, kenyang. Alhamdulillah.
^_^

Pizza yang saya buat - Hawaian chicken. Mudah je, cuma perlu letak ayam yang dimasak setelah dipotong dadu, nenas, rempah, cheese, mayonaise, sos dan tomato paste. Ikut resipi dekat internet je. Ingat mula-mula nak ikut resipi Fatin Liyana. Tapi, sebab masa tak cukup, pakai buat resipi paling mudah. Campak-campak dan bakar dalam oven. 

Tadaaaa. 
My hawaian chicken pizza with mayonaise and cheese overload. 

That's all for now. 
Which pizza you prefer most?
^_^

14 comments:

  1. Banyaknya pizza. Best sangat tengok! Kat sini beli vegan pizza je. Tu pun mahal gila. Tapi, hari tu ada senior belikan pepperoni pizza. Sedap tapi tak puas.

    Guna resepi yang mana satu? Macam teringin nak buat juga. Teringin nak makan pizza berdaging, bukan pizza sayur je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajar amek resipi dekat my Resipi je. Simple sangat. Kalau nak sedap, ikut Fatin Liyana punya resipi sebab sangat cheesy and yummy :D

      Delete
  2. Seronoknya makan pizza. Macam-macam jenis ada pizza kat sana yea.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Hajar, wahh home made. sila beri resepi! hehehe alaa terliur tau kita tengok. heheh betul la, dok di perantauan memang kawan2 je keluarga rapat kita. jaga diri selalu ye Hajar. hehehe singgah menabung ford sini~~~

    ReplyDelete
  4. banyak nyaaaaa pizaaaaaaaaaa....

    ReplyDelete
  5. sebenarnya kan rasa mcm akak ni ambik jurusan memasak pulak!rajin betul masak.happy belated birthday to your friend,semoga diberkati dan sukses

    friendship is precious kata orang.hiks

    ReplyDelete
  6. Serius ke buat sendiri? Mesti lagi best kan. Saya tadi baru jer makan dominos piza. Cakap pasal kawan2, minggu ni last pract, bermaksud tamat sudah pengajian kitowang. Mesti akan rindu zaman belajar dulu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti rindu. Ni hajar ada lagi setahun suku pun dah mula rindu dah. Apatah lagi kalau dah habis nanti. wuwu~

      Delete
  7. wahh mengiurkan!!!!! br je oder piza makcik buatkan untuk sbtu ni.. kbtlan pulak baca psl piza kat blog ni.. rajinnya korang masak.. :)

    ReplyDelete
  8. hajar buat kita rasa lapar. hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhuk. Jangan baca malam2 tau. Nanti lagi rasa nak mengunyah malam2. heee~

      Delete
  9. pehhhh siyesss rse lapaaaa tgok lizza tu..ni yang nak try wat sndri niiii

    ReplyDelete
  10. ehm memang berpesta pizza... ehm duk jauh ngan famili memang sahabatlah tempat bermanja.. .syukur kalau punya kawan yang baik...

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^