Wednesday, 26 February 2014

Kisah Bubble Tea

Bubble Cafe, Indigo Shopping Mall
22 February 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Curi masa kejap untuk update belog. Lepas ni kena baca nota opthalmology sebab dalam seminggu nak exam. Orang kata exam ni senang je, tapi apa-apa pun atau senang mana pun, kena belajar juga kan? Tambah pula, sabtu ni sibuk dengan pasar malam. Jadi, kena curi-curi masa sikit untuk semua benda. 

Bubble tea! Kedai bubble tea pertama yang buka dekat Nizhny. Jadi, kena lah pergi cuba kan. Lepas je pergi main snowboard hari sabtu lepas, kami pergi ke shopping mall ni, yang terletak satu stesen bas je dari tempat snowboard. Oh, by the way, snowboard sangat best! Nanti kena tulis entri tentang snowboard pulak. Pertama kali main snowboard hari tu. 

Kalau kat Malaysia, mesti selalu minum CoolBlog atau ChatTime kan3? Selalu sangat beli CoolBlog kalau pergi TimeSquare. Waktu masuk TimeSquare beli satu, waktu keluar masa nak balik beli lagi satu. Tak minat sangat ChatTime sebab harga dia macam mahal sikit banding dengan CoolBlog. Paling suka perisa honeydew with pearl atau vanilla orea blog. Sedapnyer. 
^_^

My one - Watermelon milkshake with yogurt bubble. 
Others - coconut and banana.

Dekat sini, sama je. Mula-mula kena pilih filling (green tea, black tea, lemonade, coffee) + Syrup (mostly semua perisa buah ada) + Topping. Untuk harga pula, kalau rasa ChatTime tu dah mahal, meh cuba dekat sini. Untuk 500ml = 169 ruble (RM16.90). Untuk 700ml = 189 ruble (RM18.90). Over kan! Tapi sebab dah rindu dengan CoolBlog Malaysia, beli lah jugak.

Kesimpulan, hargai makanan di Malaysia yang murah dan sedap dan banyak rasa. Nak banding dengan makan luar dekat sini, memang jauh sangat beza dengan Malaysia. Oke. Mood rindu Malaysia dah keluar. Empat bulan sebelum pulang ke tanah air. 

Insyirah, Adila and me. 
Teman snowboard untuk dua jam. 

That's all for now
Thank you for reading 
^_^

18 comments:

  1. Replies
    1. Tak sama sangat. Coolblog kan ice blended. Ni mcm milkshake tapi cuma sejuk je. Tak beku ;)

      Delete
  2. akak pon suka coolblog vanila orea.. hihihi... lagi 4 bulan ka nak balik mesia.. perggghh lama tu.. akak seminggu ja nak tggu pon dh terseksa.. :)

    ReplyDelete
  3. Nampak best je cool blog oversea.hehehe.
    Salam perkenalan, singgah serta follow sini. Nice blog ;)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. *ke tak sedap?* Saya dari hari tu teringin nak minum bubble tea. Tapi tekak nak Chatime je. Chatime paling dekat, dekat Toronto ._.

    Bubble tea dekat Guelph tak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chatime ade kat sana ke? Uhuk. Memang tak sampai sini lagi la jawabnye. Sini ada bubble cafe ni saje. But better than nothing yup ;)

      Delete
    2. Dekat Canada ada 3 Chatime rasanya. Vancouver, Montreal dengan Toronto. Rasanya dia buka kat tempat yang banyak Asians.

      Delete
  5. tak pernah rasa bubble tea... campur buah ek? nice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa tea plus buah. Dan jelly or bubble. Yummy~

      Delete
  6. sedapnya. lega tekak haihh. hahaha.

    ReplyDelete
  7. wahhhh.. yana suka jea apa apa asalkan ada bubble tuu.. hehhee

    paling suka green tea ler.. hehe

    ReplyDelete
  8. yus suka coolblog jugak tapi taksuka pearl. jelly je. hehehe..
    btw, nampak sedap kot bubble tea, ada watermalon pulak tu. :OO
    Tapi takpe kita hargai makanan kat malaysia :DD

    ReplyDelete
  9. eh? korang bukak la stall kat sana jual bubble tea ni.
    Sedap tak sedap, tahu buat ke tak tahu buat ke, korang hentam je la.
    Orang Russia tu semua bukan tahu pun.

    Yang penting, korang buat muka konfiden. haha.

    ReplyDelete
  10. boleh tahan mahalnye kat sana.. tp lebih kurang jer kan rasenye.. Fiza pun suke minum coolblog.. sedap2...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Hajar, wahhh akak tak pernah rasa coolblog, so taktahu apa perasaan bila dapat minum benda2 sejuk camni. hiewhiew ~~~

    Balik Malaysia bila dik? jaga diri kat sana tauu

    ReplyDelete
  12. haritue ada tgk show tea trcker.sbnarnya the real bubble tea dari taiwan.xtau la betul ke tak

    gilalah mahal.tp kaler watermelon tu sedap kemain..ahhhhh,jeles

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^