Thursday, 9 January 2014

Sochi 2014 Torch Relay

Winter Olympics Sochi 2014 Torch Relay
Ulitsa Meditsinskaya, Nizhny Novgorod
8 January 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Okey. Mesti ramai tidak tahu tentang Sochi 2014 kan? Tapi mesti ramai yang tahu tentang Olympics kan? Habis tu, kenapa Sochi 2014 tak femes untuk rakyat Malaysia? Ini adalah kerana Sochi 2014 adalah Winter Olympics yang berlangsung di salah sebuah bandar di Russia, di Sochi. 

Kebanyakan negara yang bertanding adalah negara yang di Eropah, America, Asia Utara, Africa Utara dan negara yang mengalami musim sejuk. Acara yang dipertandingkan pun antaranya Alpine Skiing, Figure skating, Ice hockey, Snow board, Speed skating dan acara yang melibatkan musim sejuk. 

Adik kecik comel dengan baju belon ni pun tunggu nak tengok Torch Relay.

Baru lihat kat Wikipedia tadi, Philipine pun hantar wakil. Maksudnya memang terbuka untuk semua negara kalau ada yang nak hantar wakil untuk sukan musim sejuk ini. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Sochi 2014 Lihat Sini. 

Sewaktu menunggu pembawa obor. 
Akak cheerleader ni la yang conduct kami untuk cheer sebelum obor itu datang pada kami. 

Baru tahu info ini juga - Sekiranya budget untuk Sochi 2014 adalah US$51 Billion, ia menjadikan Olympics kali ini yang termahal dalam sejarah sukan Olympics di dunia, melebihi Olympics musim panas di Beijing pada 2008 dengan kos US$44 Billion. Patutlah buspass naik harga mendadak. Hehe. Takde kena mengena pun sebenarnya. 

Torch Relay in Nizhny Novgorod.
Nizhny Novgorod merupakan bandar ke 103 dalam Russia yang dilalui oleh obor ini. Hari ke 94 obor ini mengelilingi bumi Russia. Obor ini diterima dari negara Greece, dan bandar pertama yang dilalui adalah Moscow. Bakal berakhir nanti di bandar Sochi 

8 Januari 2014. Obor olympics ini sampai ke bandar saya belajar! Siapa tidak mahu lepaskan peluang untuk lihat dengan sendiri kan? Sekali seumur hidup. Lainlah kalau akan pergi melihat sukan olimpik sendiri pada masa hadapan. Tambahan, obor ini melalui stesen bas betul-betul di hadapan hostel. Dekat sangat dah tu. Rugi pula kalau tak pergi lihat. 

Sochi 2014 Olympics Torch Relay 

Sebenarnya nak pergi lihat dekat Dvorets Sporta, dua stesen bas dari yang dekat hostel sebab orang kata obor ini akan berhenti sebentar di sana. Tapi, lambat sangat turun hostel jam 3.00 petang. Sepanjang jalan dah ditutup, tiada bas pun yang lalu. Jalan pun dipenuhi dengan polis. Nak lintas pun kena tunggu isyarat polis. Kalau nak pergi ke Dvorets Sporta, kena jalan kaki di -1 darjah selsius. Rasa malas pula. 

Jadi, tunggula dekat stesen bas Ulitsa Meditsinskaya jam 3.10 mengikut jadual. Obor tersebut lalu sejam selepas itu. Sejuk sangat. Sempat masuk hostel, solat asar kejap. Jam 4.10 baru obor lalu. Sebab semangat sangat nak lihat, tunggu juga. 

The torch passing ceremony.

Totally worth it! Salah seorang pembawa obor memang berhenti betul-betul di hadapan kami, menunggu obor yang dibawa oleh kawannya dari stesen sebelumnya. Dan mereka menukar api obor untuk Sochi 2014 di hadapan kami. Tunggu sejam pun berbaloi. Pengalaman. Itu penting. 

Berdiri barisan paling depan, dengan harapan nak tangkap gambar sorang-sorang dengan pembawa obor.

Masa nak tangkap gambar dengan pembawa obor Sochi 2014, tiba-tiba kakak cheerleader ni selca dengan dia pulop. Takpe la. Gambar kenangan :)

Jadi, kawan-kawan di City of Heroes, Volgograd, jangan lupa saksikan Torch Relay di sana pula ya! Jangan lepaskan peluang. Kalau nak pergi Sochi, memang tak mampu. Nak tengok opening ceremony sahaja dah RM500 untuk tiket paling belakang. Campur tiket tren satu hari setengah untuk perjalanan pergi sahaja. 

Mula-mula teringin juga nak lihat Figure skating competition, harga tiket RM120. Tapi kos nak pergi sana, masa yang diambil, dan tempat tinggal, agak mahal juga. Tambahan, ia bermula sewaktu semester kedua sudah bermula. Nak tinggal kelas pun sayang sangat. Jadi, kena naik kapal terbang yang sama kos dengan pergi bercuti ke Eropah. Jadi, saya pilih untuk bercuti ke Eropah. Eh, sila exam dulu!
^_^

Its not about the free flag or free Coke, but its all about The Experience

Tentang Torch Relay, Tekan sini.
Gambar dan Video tentang sambutan di Nizhny Novgorod, Tekan sini
*Boleh tengok bandar Nizhny Novgorod juga.

That's all for now.
Thank you for readin'
Exam countdown: 11 days.
Doakan saya ^^

15 comments:

  1. Bestnya boleh tengok macam-macam di sana. Belajar rajin-rajin yea.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya tak tahu pun pasal Olympics dekat Sochi ni sampai la last year, ambil kelas Tourism Policy and Development. Banyak kali gak la bincang pasal Olympics ni.

    Mesti best dapat tengok Torch Relay tu sendiri kan :)

    ReplyDelete
  3. Sochi 2014 berlansung pd musim sejuk la kan... pengetahuan baru tuk Fiza... tak lama dah tu nak exam.. Fiza doakan siti berjaya kay... >_<

    ReplyDelete
  4. waaahhh..best nye!!! btol2..bkn sng nk dpt pengalaman cmni..tgu berjam2 pun sanggup..hehe..hepi for u :)

    ReplyDelete
  5. wah..untung siti boleh experienced diorang punya festival...

    ReplyDelete
  6. comel je budak pakai sweater pink tu. bulu2 lagi.. hehe

    ReplyDelete
  7. Kat malaysia tak pernah dengar pasal sochi. Tapi peluang yang ada jangan dilepaskan.

    ReplyDelete
  8. tiap kali winter olympics saya teringat filem kelakar Cool Running. Ni pasal Jamaica hantar team bobsled team gitu Winter Olympics. Dorang empat orang berlagak gitu dari Jamaica sampai Kanada airport. Sekali tu bila dorang clear imigrasion keluar pintu airport terus semua beku frozen tak boleh bergerak. Sejuk sangat sampai jadi ais. Dorang dari Jamaica manalah pernah rasa sejuk salji gitu haha.

    I wish tak mau ada sapa2 buat benda tak baik sepanjang Olympics ni. Also Best wishes exams haha.

    ReplyDelete
  9. salam dear. nak tny camane nk buat template blog yang gojes ni? btw done follow u, follow me back?? http://aliyahsyofia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. wah... bestnya...
    pls follow me back. http://cahayalaila87.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. nice blog..
    pls follow my blog
    http://cahayalaila87.blogspot.com/
    tq

    ReplyDelete
  12. teringinnya nak pergi luar negara :)

    ReplyDelete
  13. waaa nice one.... great experience!

    btw.. good luck on ur exams.. kite dah habissssssss. heheheheh

    ReplyDelete
  14. syoknyeee.tetibe nk fefeeling sejukk ehehh

    ReplyDelete
  15. Wow seronoknyaa!! last pergi tmpat sejuk masa kat Korea dulu. Salji. Pastu tak sanggup dah nak pegi tmpat sejuk. Gigil! hahha

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^