Tuesday, 21 January 2014

Separuh Hari Penuh Pengajaran

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Alhamdulillah. Habis antara satu peperiksaan penting dalam sejarah pelajar medik. Paediatrics atau dalam bahasa mudah, subjek doktor untuk kanak-kanak. Memang tak nafikan, takut sangat nak hadapi peperiksaan ini sebab material dia merangkumi tiga semester. Nak ingat dari penambahan berat badan kanak-kanak, berapa jumlah yang perlu makan, dos-dos ubat lagi, memang mencabar.

Persediaan. Memang dah cuba dengan all-out. Dari pagi hingga ke malam hingga ke pagi hari seterusnya. Pernah sampai tidur jam 10 pagi hari berikutnya sebab nak habiskan material untuk sampai target. Tapi lepas tu, kepala pun pening-pening dan tak larat nak belajar. Campur dengan demam, selsema, batuk dan stress semua. Dari awal bulan satu, cuba mula dan baca semester lepas punya bahan. 

Mula peperiksaan, jam 9.20 pagi. Antara yang awal masuk ke bilik peperiksaan. Alhamdulillah, dapat tiket dan soalan yang boleh dijawab. Peperiksaan kat Russia ni pelik sikit. Baca banyak mana pun, yang keluar tiga soalan je. Semua orang dapat soalan yang berbeza dan dapat markah sama ada...
  • 5 - Excellent
  • 4 - Good
  • 3 - Satisfactory
  • 2 - Fail
Markah ni diberi betul-betul lepas jawab sorang-sorang depan cikgu secara oral. Cikgu bebas nak tanya soalan apa sahaja semasa menjawab dengan dia. Jadi, kena cuba perah otak secara spontan untuk jawab. Examiner ada ramai waktu hari peperiksaan. Jadi, jawab dengan cikgu yang paling baik antara semua, Tatiana. 

Dah cuba yang terbaik juga waktu jawab dengan cikgu. Cikgu dengar je semua tanpa bantahan. Tanpa betulkan jika ada yang tersilap. Sampai soalan terakhir, untuk case, cikgu tambah treatment for Henoch Schonlein Purpura - Heparin infusion. Tiada soalan tambahan. Lepas tu, cikgu ambil zachut book (report card) dan tulis markah 4. 

Sedih. Remuk. Terguris hati. Frust. Cuba untuk Redha. Cuba untuk ukir senyuman.

Renung balik sambil jalan ke post office untuk ambil barang yang beli online. Banyak sangat hikmah dari benda ni. Terlampau banyak pengajaran. Sampai bilik jam 1.00 tenghari. Makan sambil tonton Projek Memikat Suami episod terbaru. Tidur. 

Hikmah dari Kaca Mata Sendiri
Mana hilang markah satu itu? Teori dah okey. Cikgu dah dapat yang paling baik atau 'angel'. Datang dah awal dah. Tak tahu mana silapnya. Fikir semula. 
  • Rezeki itu di tangan Allah. Serius. Kalau dah usaha, tawakal, dan doa. Allah kata markah awak tu hanya 4, dapatlah situasi sebaik mana pun, tetap 4 jugak. Tapi, jangan tak usaha pula sebab kata semua dah tertulis. 
  • Redha. Selalu doa lepas solat, waktu sujud - Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku dan redhakanlah aku terhadap segala keputusanMu untukku. Nah, ujian datang depan mata, cubalah untuk redha. 
  • Cuba lihat sekeliling. Yup, teori dah mantap. Tapi perlakuan dengan orang sekeliling waktu musim peperiksaan? Muka masam je selalu. Tahulah stress, orang lain pun stress jugak la Hajar. Mungkin Allah tolak satu markah exam tu dekat sini. Lagi satu, jangan kedekut ilmu waktu peperiksaan. Sharing is caring!
  • Belajar untuk ilmu. Harap ilmu ini akan diingati sehingga Gost Exam waktu tahun akhir, pada tahun depan, InsyaAllah. Dan terus digunakan sewaktu bekerja nanti. Cuba jangan pandang sangat pada markah. 
Kelas ECG dengan Profesor Fadayev.

Nah, inspirasi. Cikgu ni dah berumur sangat-sangat, lebih tua dari atuk saya rasanya. Tapi tetap berusaha untuk ajar kami cara nak baca ECG. Walaupun kurang fasih berbahasa Inggeris, dan tangan terketar-ketar sewaktu mengajar kerana intentional tremor, beliau tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk ajar kami sehingga faham. Bagaimana pula dengan kita? Ujian baru sikit dah mengeluh? 

Dalam separuh hari. Segalanya boleh mengubah persepsi kita. 

9 comments:

  1. Boleh buat rayuan tak.mintak markah 5. ckp sy dh buat yg terbaik dah.hee.4 pun dah bagus sbnrnya. tapi klau dpt 5 lg puas hati kan.xpela yg penting dah usaha yg terbaik masa buat exam tu.focus dkt subject lain pulak lps ni k. all da best ye!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Hajar, semoga dipermudahkan urusan pembelajaran awak. tuanya cikgu lecturer awak tu.. tapi tetap berusaha nak ajar korang kan. bangga sungguh tengok usaha mantap semua cikgu2 :)

    ReplyDelete
  3. next time cuba lagii yerr.. :) jgn stress2

    ReplyDelete
  4. insyallah lain kali cuba lagi. Ada harapan lagi untuk test dan exam akan datang. Semoga di mudahkan urusan pembelajaran disana.

    ReplyDelete
  5. insha Allah. Allah ada perancangan yang lebih baik :)

    ReplyDelete
  6. Saya pun pernah mengalami macam ni jugak. Kita dah usaha bersungguh sungguh tapi result tak memuaskan kita. Hanya mampu redha. Mungkin ada silap di mana-mana. Yang penting kita dah cuba kan :)

    ReplyDelete
  7. wah.. hajar nie mesti bijak sangat kan.. kagum Fiza baca luahan Hajar nie.. tambahan pula study di tempat org dengan cara exam yg berbeza-beza.. kalau Fiza tak th la mcm mn nak hadapinya.. tp Hajar dah buat yang terbaik..

    ReplyDelete
  8. satu analisa yg mantap . kekurangan itu dtg dri diri sendiri . Ujian itu dtg drp Allah . Sudah melakukan yag terbaik itu satu pencapaian . 4 itu lebih baik drp 3 . Tahniah ! ... insha Allah akan dapat 5 pada masa akan datang . Cayok dear !

    ReplyDelete
  9. Powernyeeeee..klu sy 3 pun blom tntu tu..huhu..Tech bole la..medic?? Omai..xsume org gigih cm awk tau..insyaallah nextime ade 5 ntuk awk ok? Xmo sedih2.. ('',)

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^