Friday, 24 January 2014

New shoes!

Assalamualaikum
Dan salam sejahtera...

Sekarang nak cuba update blog guna handphone. Mana tau masa nak jalan winter holiday nanti, boleh update terus dan kongsi dengan kawan-kawan blog sekalian. Destinasi percutian? Rahsia lagi buat masa sekarang. Hehe.

Mula-mula. Nak ucap terima kasih sangat pada semua yang comment dan bagi semangat dalam post sedih tentang peperiksaan kelmarin. Banyak menaikkan semangat untuk peperiksaan seterusnya. Jangan lupa untuk doakan ye.
^_^

Bila rasa sedih dan gembira, dan tak terluah secara realiti, mesti tulis dekat blog. Biar kata-kata yang menggambarkan semuanya. Kadang-kadang rasa seronok sangat bila ada kawan-kawan bloggers. Walaupun tak kena secara realiti, tapi kalian anggap macam dah kenal lama. Siap bagi nasihat, teguran, dan macam-macam lagi. Arigato ne. Ikhlas ni untuk semua readers. 

P/s: Kalau ada Nizhnians's reader, kalau ada tertulis apa-apa tentang perasaan sedih ke, apa-apa ke, personal ke, anggap macam tak baca je ye bila jumpa. Segan pula bila orang tahu kita ni sedih bukan main, tapi maintain cool je bila depan-depan, waktu jumpa secara realiti. 

Oke. Semalam. Sempat pergi ke Mega Shopping Mall dan beli hadiah untuk diri sendiri lepas peperiksaan. Kasut Zara! Alhamdulillah. Ade rezeki tengah winter sale sikit.

Student lagi kan. Jadi kenalah tunggu waktu jualan murah baru nak beli banyak barang-barang branded ni. Cuba teka berapa harga flat shoes Zara ni? Murah je. 399 Ruble (RM39.90). Suka sangat design classy and sophisticated ni.

Oke. Kena bersedia untuk kertas seterusnya. Epidemiology. 27th January 2014.

That's all for now.
Thank you for reading.
^_^

18 comments:

  1. reben tu menampak kasut ni sangat comel secomel si pemakainya :)

    ReplyDelete
  2. comelnya kasut tu.....secomel orgnya....akak pun suka pakai kasut2 macam ni..senang nak jalan....tp kat opis kena pakai high heel...

    ReplyDelete
  3. Good luck.. semoga bjya dgn cemerlang..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum awak. semoga berjaya untuk next kertas. wahh lawanya kasut. kita tak reti pakai pump ni. selalu melecet kaki. hihi. kita pun ada beli kasut baru.. hehe guna voucher jee (",)

    ReplyDelete
  5. weeeeee.. suka gak style mcm neyyy ^_^ cantik!

    ReplyDelete
  6. Comeyyyy kasut tu... tp k nrl x biasa pkai yg flat camni, biasa pkai wedges... good luck for next paper... ^__^

    ReplyDelete
  7. cantik caler kasut tu.. gd luck utk paper seterusnya...

    ReplyDelete
  8. Saya pun segan kalau ada orang tanya pasal blog depan-depan.

    All the best :)

    ReplyDelete
  9. kak hajar ! miss you. even duk sesama kat NiNo tp dah lama tak jumpa akak. all the best for your exam akak. moga Allah permudahkan. :)

    ReplyDelete
  10. my dear, sorry late reply. kite agak jarang berblog & blogwalking since dh tukar keje. balik keje kul 10 kdg dh tido huuuuuu. serius i really miss to stalk ur blog! :P keep in touch & be happy. jgn sedih2 lg tau. just remember one thing, rezeki ada dimana2, no matter how hard we try, kalu bkn rezeki kite susah utk kita dpt, tp kalu dh rezeki kita, sume akan jd mudah. good luck in everything u do, esp for next paper. mgkin susah skng, tp akan dtg mgkin jd senang kan. take care! :)

    ReplyDelete
  11. rm 39 je? kasut tu gojes sgt...akk memang gila flat shoes...jeles ni

    ReplyDelete
  12. Hi pen'yo, Wishing you GONG XI FA CHAI
    Ang pow lai lai
    hahah
    Good luck for exams yang tinggal belen2 kalau ada.

    ReplyDelete
  13. nampak sangat kasut tu comfy.. hhuhhu.. memang patut ada self-reward mcm ni

    stay strong kawan jauhhh.... exam kite pun kecundanggggg..tak pe..next paper pulun ok!

    :)

    ReplyDelete
  14. cantik kasut ni. Berpatutan degan harganye.

    ReplyDelete
  15. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^