Monday, 18 March 2013

Beg Berat!

Women's day Tulips. 
8.03.13

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Beratnya beg ini.
Sudahlah berat, isinya belum tentu penting lagi. 
Aduh. Lenguh! Letih! Lelah!

Tiba-tiba teringat akan kata-kata seorang muwajih dalam sebuah daurah yang dihadiri beberapa tahun dulu. Bagaimana hendak naik ke tingkat sembilan hostel lima tanpa menggunakan lift? Sedangkan di bahu memikul sebuah travel beg yang isinya belum tentu penting? 

-Mungkin isinya penting, tapi penting untuk DIRI SENDIRI. Bukannya penting untuk ummah.
-Mungkin juga isinya di'anggap' penting untuk menyedapkan hati. Sedangkan sebenarnya ia tidak membawa apa-apa kepentingan, termasuk pada diri sendiri. Aduh. Letih! Rugi tenaga mengankatnya. 
-Mungkin juga isinya tidak dianggap penting. Tetapi tetap mahu dipikul sekadar mengisi ruang kosong di dalam beg. Lelah! Lemas!

Sampai di tingkat sembilan dengan manaiki tangga. Tercungap-cungap. Tahniah! Anda berjaya! Perasaan gembira menyerbu diri. Namun demikian, beg seberat dua puluh lima kilogram yang dipikul di bahu selama ini, dicampak di luar tingkap oleh pemilik bangunan dan jatuh berderai di tingkat satu. Dikatanya beg tersebut tiada signifikan langsung pada diri, mahupun orang sekeliling. Hampa. Namun lega dek beban telah terlepas.

Duduk sebentar. Berfikir semula. 

Mengapa tidak mengambil keputusan untuk melepaskan terus beg seberat itu di tingkat satu? Mengapa tidak hanya membawa diri sendiri menaiki tingkat sembilan tanpa beban? Mengapa tidak mahu merasa lega sejak dari mula perjalanan? Sedangkan pilihan itu di tangan sendiri. Sedangkan sudah mengetahui tiada kepentingan apa yang dipikul di bahu selama ini? Mula terasa rugi kerana telah sampai ke tingkat sembilan hostel. 

Sia-sia. Tiada hasil daripada usaha yang dibuat selama ini.

JAHILIYAH. Itulah yang dipikul dalam beg selama menaiki tingkat sembilan. Akhirnya dicampak begitu sahaja dek kerana tidak membawa kepentingan apa-apa pada diri mahupun ummah. 

Sedarlah wahai diri! 
Jangan terlalu taksub dengan dunia. 
Masa lapang, gunalah sebaik mungkin. 
Sementara nadi di urat radial dan karotid masih berdenyut dengan normal. 
Sementara paru-paru masih boleh menukar karbon dioksida kepada oksigen. 
Sementara jantung masih boleh mengepam darah ke seluruh tubuh badan mengikut undang-undang Frank-Starling. 
Sementara buah pinggang boleh menapis segala toksin dan mengimbangkan jumlah air yang diperlukan badan dengan sistem Renin-Angiotensin-Aldosterone.
Sementara sistem endokrin masih boleh mengeluarkan hormon-hormon untuk mengimbangi bahan-bahan dalam diri. 

Sekiranya tidak mampu, Jangan! Jangan dilakukan sekali gus. Jangan terus tinggalkan beg di tingkat satu. Kerana takut dek kerana tidak kuat untuk meninggalkannya, akan ada potensi untuk turun semula ke tingkat satu dan mengangkatnya di bahu kembali. Tidak! Tidak mahu sebegitu.

Sekiranya tidak mampu, tinggalkan satu persatu. Tinggalkan satu barang dari beg yang dipikul di setiap tingkat mahupun anak tangga. Agar mempercepatkan langkah ke tingkat sembilan. Agar dapat sampai ke destinasi dengan segera insyaAllah. 

Nota Usrah. 
23:47
18.03.2013

Friday, 1 March 2013

March.

The picture in my phone's gallery for the first month here. 
#Studentlife

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera....

Sedar tak sedar, dah sebulan duduk sini. Kejap nyer rasa! Mungkin sebab terlampau sibuk dengan subjek-subjek yang mencabar semester ini. Ini bermaksud, lagi empat bulan untuk pulang ke Malaysia. Tak sabar. Tak sabar. Tak sabar. Kene siapkan bucket list awal-awal nie. Tapi kena ingat, sebanyak mana kita merancang pun, kalau Allah tidak beri izin untuk terjadi, maka tak terjadilah ia.

Yup! Itulah sedikit sebanyak gambar yang ada dalam handphone untuk sebulan ni. Berbeza sangat bila tengok semula galery apabila pulang ke rumah selama 11 hari dengan duduk di sini selama sebulan. Mungkin  perlu terima realiti, lihat balik tujuan asal kita datang sini. Menimba ilmu. Bukan bercuti sakan seperti waktu berada di rumah. 

Refleksi diri ini semula. Siapa kamu ini? Asal dari mana dan hendak pulang ke mana? Mungkin apabila kita telah temui jawapannya, kita akan faham kenapa kita diletakkan dalam sesuatu situasi. 

"You can't always get what you want. 
But if you think back, you get what you NEED"

Bakal hadapi peperiksaan Obstetrics selasa ini. Alhamdulillah dapat empat hari untuk persediaan. Pohon doa dari setiap orang yang baca entri kali ini walaupun tidaklah seramai mana. Mungkin doa kalian yang akan bantu saya dalam peperiksaan akan datang, InsyaAllah. 
^_^

Nota hari ini: Hari ini dapat cuti study week. Oh ya. Sungguh putih salji di luar! Cantiknya Subhanallah. 

Nota hari esok: Burger prosperity! Ehem. Makan je keje.