Friday, 20 December 2013

Velvet Cafe

 
Velvet Cafe
18 December 2013

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Okay. Jumaat lagi. Waktu paling best yang ditunggu setiap minggu. Seronok kan? Minggu ni tengah dalam cycle Internal Medicine. Dua hari belajar ECG dengan cikgu yang baik sangat, Professor Fadayev. Walaupun dah tua, tapi ilmu yang dia cuba dan berusaha nak sampaikan tu, memang berguna InsyaAllah. Jangan ponteng-ponteng kelas dia, oke semua?

Jadi, lepas je pulang dari kelas, memang teringin nak makan luar dengan kawan-kawan. Dah rancang pun sebab Adila teringin sangat nak makan sushi. Yummy. Semalam tengok menu kat Velvet cafe ade Sushi set, jadi kami pun bercadang untuk pergi ke sini. Cafe ni terletak dekat Minina, dekat Hospital yang kami belajar. Lepas kelas je, terus serbu sebab lapar sangat. 

Sebelum masuk cafe, letak baju sejuk dekat 'garderov' dan jumpe bola besar ni.

View dekat pintu masuk cafe. 
Cantik sangat sampai nak menangis sebab touching. Oke. Over! 

Chandelier yang penuh memenuhi ruang ceiling. 
Nak letak chandelier satu kat rumah nanti boleh tak?

Pertama kali masuk Velvet Cafe, sangatlah cantik! Antara cafe yang tercantik pernah saya pergi. Hiasan dalaman dia sangat vintage, classy dan macam masuk ke tea party dekat dunia Alice in Wonderland. Serius! Paling suka dengan chandelier yang tergantung semua. Warna cafe ni yang terang dan cerah buat nampak sangat elegant. Warna Turquoise. 

Langsir yang besar dan tinggi menghiasi cafe ini. Kerusi yang besar-besar seperti tempat duduk princess terletak pada meja-meja yang unik. Comel sangat semua hiasan. Oh ya, disebabkan cafe ini terletak sebelah World Trade Centre, kira ramai orang yang bekerjaya dengan fullsuit pergi lunch dekat sini. Appoinment dengan client pun boleh Maksudnya, cafe ini bukan untuk perempuan sahaja ye. Lelaki pun boleh datang.
^_^

Adila and me. While waiting for our foods. So hungry...

Me and Karen. Suka sangat cover TV plasma belakang tu...

Review Makanan
Sedap! Kira macam oke la. Tak la sedap dan sedap dan sedap! Tapi sedap la. Faham tak? Hehe. Kalau dengan intonasi yang betul, boleh faham kot. Menu yang ada adalah set Sushi dan set Europe untuk Lunch Hour Set. Lupa nak cakap, orang Russia suka sangat makan sushi. Restoran sushi terlampau banyak macam belajar kat Jepun pulak dah. 

Untuk set sushi - harga 290 Ruble (RM29) dengan miso sup dalam mangkuk yang super duper besar. Dapat set bento dengan nasi, sushi roll, dan salad. Adila ambil set ni. Tapi dia kata sushi roll punye nasi, macam lembik sangat. Jadi, macam nasi yang diimpitkan. 

Untuk set Europe - harga 250 Ruble (RM25). Yang ini harga untuk 3 full course. Kalau nak ambil 2 course meal, jadi harga 190 Ruble (RM19). Dia akan hantar satu-satu makanan macam dekat hotel tu. Appetizer dengan salad, lepas tu soup, dan akhir sekali makanan kita. Saya dan Karen ambil set Europe. 

Harga dia sangat affordable kan! Untuk kami pelajar-pelajar ni, sangat berbaloi. Dengan suasana dalam cafe ni. Nak nangis sebab cantik sangat! Hari tu tak makan dessert dia sebab tengah diet. Mana boleh makan makanan manis-manis ni. Adila dan Karen ambil Pop Cake yang famous tu. 

Salad with Sardinella... 
*Sardinella tu sardin versi kecik*

Fish Kotlet with broccoli. 

Green tea with free bun to eat with soup...

Tengok teh tu. Kat sini selalunya macam ni. Kalau order teh dekat restoran, dia akan tanya nak green tea atau black tea. Selalu ambil green tea sebab black tea macam pekat sangat. Sembelit pulak nanti. Jadi, dia akan bagi air panas, 1 packet teh, dan gula dalam bentuk kiub untuk letak sendiri. Teh dapat percuma sebab beli lunch set. 

Oh ya. Sekarang saya tengah amalkan strict diet. Memang ikut betul-betul tau. Tengok menu kat atas, tak cheating pun walau makan kat luar tau Farahin (teman diet). Hehe. Tak main cheating-cheating ni, kecuali hari ni. Sebab rasa nak makan chocolate sikit. Takpe, sebab dah makan chocolate, esok sila jogging 3km ye dekat gym! Saya amalkan Diet Atkin. Nanti kalau berhasil, saya buat review oke. 

 
Muka kenyang lepas makan dekat cafe ni.
Senyum sampai tak nampak mata.

That's all for now
Thank you for readin'
^_^

22 comments:

  1. Ok la tu kan..dapat release tension..hehe

    ReplyDelete
  2. serius cafe tu memang sangat cantik interior nya

    ReplyDelete
  3. Akak belajar kat mana sekarang? UK ke Ireland? Saya tengah preparation jugak. IB :) Dulu amek preparation apa kat Intec?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak belajar dekat Russia. Bukan Ireland or UK. Owh, tengah preparation ye. All the best. Belajar elok2. Nanti dapat fly insyaAllah. Yup, ambil preparation Russian programme kat intec ^_^

      Delete
  4. seriously teringin nak ke sana!:DD

    ReplyDelete
  5. Ya Allah syoknye tgk pic awk...teringinnya nak ke sana jugak..blogwalking...jemput follow blog saya..;)
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. menarik ni, boleh masuk dalam wishlist :)
    bytheway, ika singgah follow sini ya #841~ salam perkenalan

    ReplyDelete
  7. cafe tu memang super duper cantik!
    kalau la ada dekat malaysia kan best, rusia jauh sangat nak pegi.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. colourful sangat cafe dia ni.. plus harga makanan dia memang sangat murah. hmm.. bestt..

    ReplyDelete
  9. serius menarik dan seronok ngk entry2 mereka yg duk kat obersee.. >_< bestnye...

    ReplyDelete
  10. wahhhh, tempat ni memang pengsi la. Kalau saya mesti makan penuh tata tertib, tak berkecah, haha. Kunyah pun pelan2 takde bunyik, sopan santun. Tulang semua tak tahu mana nak letak haha. Malu......
    Wah makan best2 gitu harga cam gitu ye, great value ler.
    Fish kotlet? ingat kentang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Great valu sangat. Sebab harga untuk lunch hour. Kalau harga biasa, mahal jugak sebenarnye. But still, affordable :)

      Delete
  11. serius kagum tengok suasana cafe ni ^_^ cantik sagt

    ReplyDelete
  12. mak aih... pengsan tgk cafe.. cantikkk nyaa :) lucky u!

    tapi makanan dia comel sgt..buek tak gigi je kalau sy. tak cukup
    hahahahaiahauhua

    ReplyDelete
  13. siap mention nama aku! Hahahaha weyyy aku rase aku byk cheat dah nieee. kek, sirap, chocolateee maigaddddd habeslaaaa im so deadddd AHAHAHA

    ReplyDelete
  14. Cantik sgt cafe diaa.mknn pn nmpk nyummy sgtt.uwaa lapa pulak huhu

    ReplyDelete
  15. Cafe tu memang serious cantik sangat! Suka tengok :D

    ReplyDelete
  16. cantik deco nya... mahal ke menunya?

    ReplyDelete
  17. wow! what a beautiful place and what a beautiful blog u have!

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum awak. jatuh hati tengok deko cafe tu. waduhhh awesome. makanan agak murahlah. lebih kurang cincai cafe kat Malaysia padahal sebelah WTC kan.. sedapnya terliur kita. wahh kurus2 pun nak buat diet Atkins ke? heheee

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^