Saturday, 7 December 2013

Meet My Usrahmates

Moloko Clumba 
3.11.2013

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Alhamdulillah. Selesai sudah minggu ini. Hujung minggu sudah! Gembira tak terkata. Ada la sedikit masa untuk tarik nafas dan lepas dengan lega. Sebenarnya, jam menunjukkan jam 0028. Baru sahaja habis berusrah atau berbulatan gembira dengan rakan-rakan di Sushi House jam 10 malam dan cepat-cepat bergegas pulang ke rumah.

Disebabkan quarantine dari chicken pox yang melanda di hostel, kami tidak boleh masuk atau keluar hostel lain. Memandangkan kami satu usrah duduk di hostel berbeza, agak sukar untuk berkumpul. Jadi, kami bercadang untuk berusrah di restoran, sambil makan malam bersama. 

Oh ya, gambar itu adalah gambar ketika usrah di luar bulan lepas. Bukan gambar hari ini. Hari ni update tentang usrah saya dan ahli-ahlinya. Mungkin ada orang yang ALLERGIC sangat-sangat dengan perkataan usrah ini, tapi bagi saya, usrah saya adalah keluarga saya di sini. 

My new family here. A'asyadieyah. 

Usrah (bahasa arab), bahasa melayu nya, KELUARGA. Kami yang tinggal jauh dari keluarga kami, rasa perlu sangat untuk bentuk keluarga di sini atas dasar persaudaraan dan cintai satu sama lain kerana Allah - ukhuwah

Selain itu, mereka seperti ahli keluarga kita yang akan membantu kita ketika susah, menegur kita jika kita melakukan kesilapan, dan beri peringatan tentang agama kita, Islam. Kadang-kadang perlu juga kita diingatkan tentang Islam kita yang bukan sekadar dalam kad pengenalan sahaja, tapi Islam sebagai cara hidup. 

Bayangkan, tiada ustaz atau ustazah di tempat kami ini. Semua orang akan sampai pada satu tahap memerlukan makanan rohani, bukan sekadar makanan jasmani. Jadi, di dalam keluarga kami ini, kami saling top-up ilmu masing-masing dan bantu sebarkan dakwah Islam. 
^_^
Moloko Columba, Prospekt Gagarina
Restoran ni terletak dua bus stop sahaja dari hostel. Dekat sangat kan! Makan tiap-tiap hari pun boleh? Heh. Bankrupt makan sini tiap-tiap hari. Sekali-sekala boleh la. Tapi sangat sedap dan suasan restoran pun oke je untuk berbulatan gembira. Ini waktu kali pertama jumpa di luar untuk semester ini. Selalunya kami makan di luar bersama dalam sebulan sekali. 

Esya, Ihsan dan saya.... Menunggu makanan kami...

Kak Dayah, Kak Amal, dan Arinie...

Suasana dalam restoran. 
Waktu ni kosong lagi, lepas beberapa jam, penuh juga la restoran ni.

My meal. Pasta with mushroom gravy and cappuccino.
230 Ruble + 120 ruble = 350 Ruble (RM35)

Pizza margarita with mushroom. 
Oh ya, pizza kat sini thin crust. Jarang sangat thick crust macam kat pizza hut. 
400 Ruble (RM40)

Nota usrah: Hadis 13
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."      
(Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)

Konklusi - Sayangi orang lain sebagaimana kita menyayangi diri kita sendiri. 

Sushi House, Walking Street.
Ini bulatan gembira hari ini. Baru kali kedua cuba makan dekat restoran Jepun ni sebab selalu pegi Shire Hari, restoran Jepun lagi satu. Kawan-kawan lain banyak kali dah makan kat sini. Rupanya, murah jugak la makan kat sini nak banding tempat lain. Portion dia pun banyak dan puas! Salad pun banyak pilian untuk yang diet. Mungkin restoran feveret lepas ni? Heee.

Caesar salad with salmon.
169 Ruble (RM16.90)

Smile. Because it's free and contagious. 

Nota usrah: Individualism. Jom elak!
Sering kali, kita bersikap pentingkan diri sendiri terlampau dan obses dengan diri sendiri. Semua benda kita fikir tentang kita. Dalam otak - Kenapa orang tak layan diri ni baik-baik, jadi takyah layan mereka baik-baik la? Kenapa orang tak bagi kita makanan atau hadiah atau tolong kita? Perlu ke bantu orang lain, kita dah hidup oke-oke je dalam bilik ni?

Oke. Refleks diri kejap. Kenapa tak kita cuba fikir macam ni dan menghalakan persoalan tu pada diri, bukan orang lain - Kenapa diri ni tak bantu orang susah? Kenapa kita tak nak layan orang baik-baik, tak kira la orang tu kutuk kita ke? Kenapa kita tak mulakan beri sesuatu pada orang dahulu daripada mengharap pada orang lain?

Solusi - Cara elak individualism...
  • Beri salam pada muslim yang kita jumpa.
  • Beri makan sama ada pada orang yang kita kenal mahu pun tidak.
  • Membantu orang yang dalam kesusahan

Konklusi.
Jangan Allergic okay kawan-kawan dengan perkataan usrah, sebab maksudnya sangat mudah - Keluarga. Famili kita kat Malaysia tu juga usrah kita kerana mendidik kita untuk menjadi manusia, bukan raksasa. Eheh.

That's all for now
Thank you for readin'

9 comments:

  1. waa...sonoknye blaja jauh2!!
    singgah cni..follow awk..smbil isi tabung ('',)

    ReplyDelete
  2. Waaaa jauhnya belajar. Bestnya dapat tengok tempat orang. :)

    ReplyDelete
  3. Theres a time and place for everything, for everyone, including ingat dan rindu kat kebesaran agama Islam.

    Kalau pergi kat tempat yang Islam dia sikit sangat, boleh nampak excited orang2 Islam yang bukak kedai halal kat sana bila tahu kita sama2 Islam. Bersungguh2 nak tunjuk mana masjid, bersungguh2 nak ajak suruh datang lagi bulan puasa jadi boleh buka sama2.
    And ni kasi saya feels so awkward, pasal the reason saya kat kawasan dorang pasal nak tengok rock bands.

    I always got the feeling, community Islam is at its strongest and most united bila umat Islam kat komuniti atau negara tu sikit, atau minoriti. Bila dah ramai majoriti, we take things for granted and I always believe Melayu kalau ramai sangat together2, becomes a problem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. When we are far from family, leisure time, we tend to look into Islam deeply. Especially when its just us who practice Islam here. Minority. Alhamdulillah and blessed for the opportunity given to me.

      But that doesnt mean we can take things for granted if the Islam itself is very near to us. Take chance to know it more. It'll b a blissful moment when we understand it ;)

      Delete
  4. you are not cheating rite by eatinggg thattt superrr delicious pizzaaa? huaaa btw thankyou for remindinggg me not to be so individualism hihiiii xx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope3. Itu cerita beberapa minggu lepas. Sekarang tak pernah cheating diet lagi. *Budak baik* hehe

      Delete
  5. sedapnya semua makanan tu.. mesti pizza kt rusia lg best dr pizza hut.

    p/s: nk order barbie boleh la dpt diskaun.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya bila berkumpul ramai-ramai. Boleh mengeratkan hubungan yang terjalinkan.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. alhamdullilah. sejuk hati dengar ada buat usrah kat sana. bagus korang. semoga terus bermujahidah dalam hidup. jangan sesekali putus asa dan semoga berjaya ye. comel2 semuanya.. suka tengok. salmon tu buat kita terliur ohh >_________<

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^