Monday, 25 November 2013

Malaysian Bazaar

Malaysian Bazaar, Nizhny Style.
23 November 2013

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera....

Sabtu lepas, di hostel kami di Nizhny Novgorod, telah diadakan satu Malaysian Bazaar! Malaysian Bazaar ni macam mana? Bazaar ni dianjurkan oleh pihak Azam Russia. Dikendalikan oleh pelajar-pelajar di sini, dan dibeli oleh kami juga. Hehe. 

Beberapa minggu sebelum bazar ni berlangsung, kami membahagi tugas untuk siapa yang akan menjual dan siapa pula yang akan mendekorasi bazar tersebut. Jadi, untuk kumpulan usrah kami, kami bercadang untuk menjual makan malaysia! omnomnom.. Sedap!

Mula-mula ingan nak buat pelbagai jenis desserts, tapi akhirnya kami membuat sate. Pertama kali buat sate sendiri. Daripada memotong daging ayam, mencucuk pada lidi hingga membakar menggunakan oven. Iyelah, kalau nak bakar kat luar, suhu kat luar 1 degree. Beku pulak sate tu kat luar nanti. 

Our precious Sate! 312 cucuk siap dibakar....

Bakar sate dan siapkan nasi impit sampai jam 4 pagi. Lamanyaaaaa. *pengsan*. Tak dapat bayang macam mana orang jual sate yang persendirian. Kalau sate Haji Samuri tu faham jugak la sebab mereka ramai pekerja. Kalau penjual persendirian, memang dari pagi cucuk sate, pastu bakar sate sebelah petang.  Malam tu, memang tido dengan bau sate. 

Jadi, berapa harga untuk sate? Kami menjual dengan harga 100 ruble (RM10) untuk 6 batang sate, nasi impit dan kuah kacang. Mesti semua orang rasa mahal sangat kan?!? Tapi harga macam ni normal untuk jual di Russia. Harga untuk kacang yang agak mahal di sini, campur dengan ayam dan segala usaha kami mencucuk ayam pada lidi. Total yang kami jual, 52 set sate. 
^_^

Oh ya! Tak lupa juga pada kuih karipap, pau kacang dan lepat pisang yang dibalut dengan polystyrene. Tak ada daun pisang sampai ke Russia. Hehe. Untuk harga kuih muih di atas adalah 20 Ruble satu. Tiga kuih-muih untuk 50 Ruble (RM5)

Banyak sangat lagi makanan yang dijual di sini. Antaranya....
  • Rojak pasembur - 60 Ruble (RM6)
  • Nasi minyak dengan ayam masak merah - 130 Ruble (RM13)
  • Nasi berlauk - kampung style - 150 Ruble (RM15)
  • Kuew tiow sup - 80 Ruble (RM8)
  • Roti Pita - 60 Ruble (RM6)
  • Kek batik - 20-35 Ruble (RM2-3.50)
  • Pelbagai cupcakes - 50 Ruble (RM5), tiga cupcakes 130 Ruble (RM13)
  • Ice blended coffee atau Chocolate - 80 Ruble (RM8)

Gerai nasi campur Kampung Style....

Gerai nasi minyak, roti pita dan ice blended...

Gerai nasi campur sangat meriah, sebab banyak sangat lauk yang sedap. Labu masak lemak paling best. Orang kata lah. Saya tak beli kat sini. Saya beli nasi minyak dengan ayam masak merah Farahin. Kenyang sangat! Lepas rindu makan makanan Malaysia. 

Antara sebab kebanyakan kami beli kat bazar ni adalah kerana nak melepas rindu makanan Malaysia. Kalau nak tunggu masak sendiri, harapan jelah. Jadi, beli lah makanan banyak-banyak. Sedap! Pada hari kejadian, tak sempat nak tangkap gambar banyak-banyak. Kebanyakan gambar dari belog Azam Russia. Waktu tu, tengah packing sate dengan banyaknya. 

Humanitarian Booth...

Tak lupa juga pada Humanitarian Booth ini yang sedikit sebanyak meningkatkan kesedaran kita terhadap perkara yang terjadi di bumi ini. Ada tabung untuk Palestine dan Philippine sendiri. Jadi, pelajar-pelajar dapat menyumbangkan sedikit derma untuk mangsa-mangsa di sana. Anda pula bagaimana?

How to Help Them?
Typhoon Haiyan Philipines 
Philipine Red Cross
http://ushare.redcross.org.ph/
Malaysian Red Crescent Society
http://www.redcrescent.org.my/
Maybank A/C No. 514422102657.
Pertubuhan Ikram Malaysia
Bank Islam A/C No. 12029010064630

Palestine
Aqsa Syarif Berhad
http://www.aqsasyarif.org.my
Maybank A/C No: 5515 7500 4299 
Bank Islam: 12 092 01 003490 4

That's all for now. 
Thank you for readin'.

12 comments:

  1. hakhak, tido bau sate yg best tu. nanti tebayangbayang dalam mimpi. weeee, best betul event cemni.

    ReplyDelete
  2. At least dapat mengubat rindu di tanah air kan. Kos hidup kat sana memang tinggi ea. kalau betul2 lah harga karipap kat msia ni rm5, nampaknya makin pupuslah makanan tradisional kita. Hehe

    ReplyDelete
  3. Wah...murni nya adik2 kat sana...mcm2 usaha bg membantu mangsa taufan hainan kan....
    Tgok sate tu....seksi....hihihi...

    ReplyDelete
  4. Ada bazar juga yea kat sana. Nasi berlauk rm15 tu.. huhuhu.

    ReplyDelete
  5. wah.. cikda tengok gambar pun dah teruja.. bayangkan dengan suhu yg nak beku tu..perut lapar.. mahal pun tak kira..ngapp sambil pejam mata.. hehehehe

    ReplyDelete
  6. pehh mahalll seyhh makanan korg jual. Ni kalau betul mesia harga gini mmg kurus laa takpayah diet hahaha

    ReplyDelete
  7. ha ah la, memula tgk harga mmg mahal tp dah kos sara hidup kat sana tinggi, nk buat mcm mana kan..hehe

    ReplyDelete
  8. hahaa,,terbaikk,,mesti best bila dpt mkn mknan malaysia,,dila kt mlaka ni pon rindu msakan nasi kndar kt penang,,haha..

    ReplyDelete
  9. hajarr, bestnye sate.. klu bakar kat luar sate yg amat byk tu, berotot la tangan.. hehe.. bestnye masak lemak labu.. aish, sonoknye la ade actvt gini kat volgo dah lama x de actvt keramaian gini..

    ReplyDelete
  10. Jika nak makan pagi. Kuew tiow sup jadi pilihan saya walaupun harganya RM8. tapi mesti mahu sebab nak rasa masakan Malaysia disana susah sikit kan jika kita tak masak.

    ReplyDelete
  11. selain menjual at least dapat belajar masak kan. kebanyakkan pelajar oversea ni terror masak.

    ReplyDelete
  12. kalau sapa tekak melayu...abis la duk negeri orang ni eh...
    tiba2 nak makan pisang goring ke, nak makan asam pedas ikan pari ke, nak makan ais kacang ke? eiiii stressss nye...
    hahaha

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^