Thursday, 31 October 2013

Project Fun: 7D Cinema.

 
Adila and me. Teman perjuangan di bumi Soviet.
4.10.2013

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Oke. Sila berpijak di bumi nyata yang saya sekarang berada di Russia. Habis dah cuti semester lepas. Dan jom, update tentang kehidupan di sini. Waktu balik ke Russia pada September lepas, adalah perantaraan antara musim panas dan musim luruh. Musim luruh sangat-sangat cantik. Daun semua warna warni, dari warna hijau ke oren ke kuning. 

Tapi malangnya, bila scroll balik gambar-gambar yang ditangkap waktu sebulan lepas, tak banyak pun ambil gambar autumn! Ruginya. Habis dah musim luruh pada tahun ini. Jeles sangat dengan kawan-kawan di Volgograd, London, German, Japan semua. Masih cantik pemandangan. Sekarang di tempat kami hanyalah pokok-pokok botak dan ranting yang menunggu dirinya diliputi salji. 

Depan stesen bas setelah pulang dari kelas pada bulan lepas. 
Beza sangat warna daun tu semua dan jadikan satu kombinasi warna yang cantik!

Kehidupan di Nizhny
Kalau disinonimkan semua kehidupan pelajar medik, mesti orang cakap belajar 24 jam, tak tido-tido, stay up dengan nescafe, baca buku tebal dan sebagainya. Memang betul pun kehidupan begitu, tapi sewaktu musim peperiksaan sahaja dan jika di dalam cycle matapelajaran berat. 

Kehidupan di Russia pula selalu dipandang bosan. Orangnya susah untuk senyum, tidak ramah seperti orang negara europe yang lain, kasar dan sebagainya. Tempat pula tidak menarik berbanding negara lain. 

Tapi kalau fikir balik, itu semua adalah hanya mindset yang di input dalam otak kita. Cuba kita buka mata luas-luas. Berfikiran positif sikit dan lihat dunia. Semua akan terbentang depan mata kita. Sudah empat tahun saya tinggal di Nizhny, namun, aktiviti yang dilakukan di sini barulah sedikit. Selalu dengan kelompok yang sama. Malaysian community.


So. In the remaining two years of my life in Nizhny, I would like to take chance and try all the things that this city would like to offer me. This project of mine is called Project Fun #HowIHaveFunInRussia. All my bucket list is in it. Will do and must do things in Russia. 

Adila, Jona, Karen and Me after enjoying the rides.

Pertama adalah 7D cinema di Walking Street, Nizhny Novgorod.
Bagi saya, bukanlah wayang, tetapi lebih kepada rides. Macam roller coaster rides. Kalau sesiapa yang pernah pergi ke Universal Studio Singapore dan naik Shrek 5D short movie, ia lebih kurang macam tu la. Kenapa 7D? Sebab banyak sangat effect  yang ditawarkan semasa ditayangkan seperti...
  • 3D effect
  • Motion and vibration effect
  • Smell effect
  • Water droplet effect
  • Snow effect
  • Wind effect
  • Spider/rat crawling effect
The rides. Lima kerusi. Mula-mula ingat banyak lagi. 

Happy faces after the rides and weekends coming!

Itulah sebabnya dipanggil 7D Cinema. Mula-mula ingat nak pergi dengan groupmates perempuan selepas kelas, tapi ramai yang tarik diri sebab kekangan masa. Jadi, pergilah kami berempat di hari jumaat selepas kelas Epidemiology. Oh ya, kelas ni bosan! hehe. 

Kami pilih cerita The Mummy. Memang effect dia cantik jugak la. Cuba benda baru kan, semuanya seronok! Rides ini dalam 8-9 minit sahaja, bukannya satu jam setengah macam movie biasa. Dari segi harga yang ditawarkan adalah dalam dari 180 -230 rouble (dalam RM18-23). Tapi macam biasalah, cari-cari info pasal rides ni dan jumpa kupon kat sini. Dapat diskaun 50 rouble. 
Well, Why pay more when you can choose to pay less rite?

Sebenarnya, jumpa kupon kat groupon Russia juga. Dari situlah dapat pergi ke website dia. Harga yang ditawarkan groupon cuma kurang 5 rouble dari guna kupon dalam website. Lebih baik ambil yang dari website je sebab tak payah nak sibuk-sibuk bayar online atau apa-apa. Rasanya kat Malaysia pun ada 5D rides. Kat Wangsa Walk bahagian dekat dengan restoran-retoran kat belah belakang. Cuba try! Mesti best jugak. 
^_^

Musim Luruh semester ini. 

That's all for now
Thank you for readin'

14 comments:

  1. best nya,, hajar ambik kos apa?? dah brapa thun ?? ehhh..selamat brjaya :)

    ReplyDelete
  2. bestnyeee awakkkk. k lps ni kite naik ride kat wangsa walk tu eaa. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course kite akan hangout sama-sama nanti! xoxo.

      Delete
  3. wahh seronoknya... anyway, good luck ! :D

    ReplyDelete
  4. hi hajar!
    cantek sgt pic yg last tu.btw 7D?mesti kebabom sonok kn?huhuhu waaa jeles nk try jugak :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Hey salam perkenalan
    wowweeee belajar di Rusia yaa
    hampir pelik tgk tulisan di blog tp nice dan difahami hehehhe
    tq add me

    ReplyDelete
  7. Oh baru tahu kenapa 7D. Ada banyak effect rupanya. Saya teringin nak merasa keempat-empat musim. Hmm.
    Suka baca citer akak g jalan2. Tumpang excited pulak.

    Btw, the last photo tu really nice.
    Salam maal hijrah

    ReplyDelete
  8. sgt teringin nak rasai suasana autumn, musim bunga & salji..

    ReplyDelete
  9. seronoknyer dik...good luck yea. study smart .enjoy life kat negara org.

    ReplyDelete
  10. Wah, seronok tengok bucket list awak. Good luck yer. Tinggal lagi dua tahun saja. Keep it up yer!
    p/s : Saya tak tahu pun kat Malaysia ada 5D rides. TQ for the info. Nanti saya usha2~~

    ReplyDelete
  11. 7D nie cm yer agaknye.. pernah try 5D jer.. belajar elok2.. bertuah dapat jejak kan kaki di negara orang...

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^