Friday, 25 October 2013

Cosmo World Theme Park

Family day out.
3.08.2013

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Buat kali ke seratus lima puluh kali, saya pergi ke Cosmo World, Time Square. Kali ni pergi dengan satu keluarga, kecuali abang-abang yang dah kawin. Kiranya ni trip adik-beradik yang single dengan ibubapa. Yup, dengan ibubapa. Didn't I said I have the coolest parents in town! hehe.

Jadi, kami pergi pada hari sabtu bulan puasa, beberapa hari sebelum raya. Maklumlah, kami raya kat Shah Alam je. Pagi raya pun boleh bertolak pegi sana. Jadi, memang terdapat banyak kekosongan dan dapat naik banyak rides tak kisah berapa kali pun. Sampai rasa pening nak muntah lepas naik semua sekaligus. 

Height limit. 4 feets 7 inches. 

Tujuan utama adalah nak bawa adik saya yang paling kecil, Sarah merasa naik roller coaster. Iye la, orang baru lepas had ketinggian dan mula nak naik semua benda. Jadi, ajakla satu keluarga pergi sekali. Waktu malam sebelum pergi, lucu pulak tengok Sarah dok sibuk-sibuk ukur tinggi dan nak pakai kasut boot with wedges sebab takut tak lepas tinggi. Alhamdulillah, lepas jugak had ketinggian waktu ukur pagi tu. 

Oh ya, disebabkan ibubapa pun dah berumur, mereka tak naik roller coaster dan rides yang bahaya. Jadi, sayalah yang menjadi tukang teman Sarah. Ingat lagi, waktu pertama kali datang sini, ayah teman saya untuk naik semua rides. 

Akibatnya, selama beberapa bulan, balance and fluid in semicircular canals of ear jadi tak betul. Katanya rasa pening dan nak tumbang setiap pagi. Jadi, untuk kali ini, saya teman Sarah untuk semua rides. Takpe, untuk apa ada kakak yang lebih tua kan? And I'm happy with that job..
^_^

Here we go...
First ride. Ma and Pa in bumper car!

The cute crazeyyy bus! Comel je rides ni. 
Memang budak-budak punyer...

Train in the theme park. It goes around the children park. 

One whole family went for this ride!
Merry-go-round.

Paling best, Sarah tak takut pun naik roller coaster. Cool giler! Lepas naik kali pertama, duduk depan sekali, cakap kat abang tukang jaga tu, boleh tak nak lagi sekali? Pastu, terus naik untuk kali kedua. Tak payah beratur semula. Perlu pilih tempat duduk je sebab kosong je semua tempat. Kali ni naik bahagian belakang sekali pulak. Orang pergi buat persiapan raya, kami main kat theme park. 

Rides paling pening, DNA mixer. Serius. Pening tahap nak campurkan DNA kita sendiri. Macam kene goncang-goncang otak semua. Farhan dan Faiz dah tarik diri dulu. Mentang-mentangla dah penah naik dan tau rasa macam mana, tinggalkan kakak dengan Sarah yang nak naik je kan. Lepas naik yang ni, terus naik satu lagi rides, dan keluar pegi solat zohor jap. Pening sangat dah. 

Supersonic Odyssey. Roller Coaster rides.

The DNA mixer. Grrr... Hope I wont meet you again. 

Beloved ladies in my family. Ma and Sarah. 

Oh ya. Harga untuk tiket dekat sini. Harga biasa untuk warganegara RM38 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak sehingga 12 tahun. Selalu ada diskaun juga kalau ada kad Popular atau kad Aeon. Banyak jugak dapat diskaun. Pergi dengan kawan-kawan pun best jugak.

Kalau macam waktu yang kami pergi ni, ada offer dekat groupon. Dapat separuh harga. Murah sangat kan! Cuma RM20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Selalu kalau pergi dengan adik-beradik, balik rumah masa theme park ni nak tutup jam 10 malam. Melampau kan! Tapi no worries. Ayah yang ambil kami lepas dia habis kerja. Kali ni pergi dengan ibubapa, balik petang untuk berbuka dekat rumah sekali. 

On the way home. Kejap je masuk kereta dah tido sebab penat dan lapar puasa. 
I miss how I spent time with you guys.

That's all for now
Thank you for readin'

2 comments:

  1. Hi Hajar:) thanks singgah belog ^^
    balik Malaysia nnt km pasti cuba CoSmo Theme Park neh:)
    thaks sbb bg idea:)

    ReplyDelete
  2. sporting nya ma hajar.siap join bumper car lagii.comel

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^