Saturday, 4 May 2013

Malaysian Nite!

1st Year performing Dikir Barat...

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera....

Its been a long time, since my last post. Kalau dahulu, memang sangat-sangat rajin update setiap perkara yang berlaku. Entah, mungkin kerana telah menjadi rutin dan perasaan ingin menyimpan segala kenangan dalam belog ini. Kenangan yang tidak akan datang kembali kerana kita tidak akan berpijak di tempat yang sama buat kali kedua.

Banyak sangat perkara yang tidak tertulis. Mungkin kerana kebanyakan darinya telah termaktub di dalam diari harian. Cuti lima hari telah membuat diri ini dapat berehat sebentar dari hiruk-pikuk di sekeliling. Fuh. Segala program telah berlalu. Hanya tinggal kenangan untuk dicoret di sini.

Yosh! Mulakan dengan program yang diadakan pada 27 April lepas di Nizhny. Malaysian Nite. Antara program yang memerlukan kerjasama setiap warga Nizhny untuk bergerak. Yes! Setiap pelajar kerana bilangan kami yang sedikit. Tak tahu macam mana nak buat Msian Nite tahun depan sebab bilangan yang makin berkurang tahun ke tahun.

Tugasan pelajar tahun ke empat pada tahun ini adalah untuk membuat Dekorasi yang bertemakan Culture and Colours of Malaysia. Tugasan yang diberikan kepada saya pula adalah untuk dekorasi Perkahwinan Melayu. Memang sibuk. Bekerja dalam masa seminggu bersama rakan-rakan yang lain. Esya, Mirah, Kirah, Kai Lin, Faaez, Ameerul dan Azfar.

Mula brainstorm macam mana nak buwat pelamin, bunga telur, hantaran, dan macam-macam lagi dengan harga RM 100! Yup. Seratus ringgit diberikan untuk dekorasi setiap perkahwinan - Cina, India, Orang asli. Akhirnya, kami berjaya menghasilkan perkahwinan kurang dari RM 100. Congratz guys! We made it!


Bunga Telur tissue. 
60 pieces already done 4 days before the event.


Bunga telur...

Bunga Telur
Untuk penjimatan yang teramat, kami bercadang untuk membuat bunga telur dari tisu. Tapi tema warna kami adalah ungu dan putih. Mana nak cari tisu warna ungu? Runsing! Akhirnya masukkan tiga warna sebagai tema - Pink, Purple and white. hehe. Dominasi warna perempuan. Mesti takde dalam realiti lelaki yang nak kawen dengan warna ni. 

Bunga telur yang murah dan hanya siapkan 15 bunga beserta telur untuk vvip yang hadir. Waktu terangkan kat diorang tujuan untuk memberi bunga telur, mereka terkejut sebab cakap bunga telur untuk kesuburan pengantin perempuan. Haha. Tu je idea yang keluar dari kepala waktu tu. But it's just a symbol. Nothing more. 

Hantaran lima balas tujuh. 
Pink is for the ladies. Purple is for the gentleman.

Hantaran
Hantara. Mula-mula ingat nak buat yang sangat payah. Atas dulang yang sama larh. Tepak sirih dan sirih junjung lagi. Pening~! At last, came up with idea modern dowry and gifts. Senang. Cari bakul dan letak bunga dan daun. Kalau nak murah seperti bajet yang diberikan kepada kami, buatlah bunga dari tisu lagi :)

Barang-barang hantaran pula, pinjam barang-barang student. Hias ikut kretiviti dan tadaaa... Siap! Kami berjaya siapkan dalam masa satu petang untuk 10 hantaran. Lagi dua hantaran cancel sebab payah. Sirih junjung dan kek kahwin. Ganti dengan ipad mini dan kain pelikat yang digubah berbentuk bunga oleh Kirah. 

Oh ya! Hantaran lelaki semua branded! Memang sangat berbeza. Lelaki sekarang memang high demand ea? Bankrup...! =.=''

Hantaran standard. 
100 000 rouble = RM10 000. 

My shoes! Esya yang decorate. So nice.

Pelamin
Pelamin murah dan mudah. Hanya menggunakan kertas warna, dan langsir masing-masing. Nak siapkan barang untuk pelamin mudah. Tapi nak gantung langsir pada hari kejadian, memanglah payah! Langsir berat dan terjatuh la. Dinding tak kukuh la. Itu la. Ini la. Gerbang sengat dan nak jatuh la. Mula la semua orang nak mengamuk pagi tu kan. Sabarlah sikit. Kerjasama tu penting. Kalau nak salahkan orang pagi tu pun tak dapat apa-apa larh. Boleh sabar sikit tak?

Akhirnya, berjaya pasang pelamin! Guys helping a lot in this type of job. Gurls do the decoration later on. Siap sebelum pukul dua dan dapat rehat dalam masa yang panjang. Fuh, Lega. 

Our home-made pelamin...

Close-view... So nice this flower!

The decoration on it..

The simple pelamin...

Dekorasi - Done! Planning during the event - totally..... Tak tahu nak cakap apa. Tak nak beri apa-apa comment. Tapi tugas saya pada hari itu sepatutnya hanya seorang representative untuk terang pada vvip perkahwinan Melayu di Malaysia. 

Sometimes, we planned a lot, but things turn out the opposite way you want it to be. 
Things happened. Take responsibility. 
Like it or Lump it! 

Seterusnya adalah gambar kami selepas event. Cuma beberapa orang dari batch kami yang sempat tangkap gambar bersama dekat dekorasi-dekorasi perkahwinan bangsa lain. Nice shots from Bashirushdan and Kirah! Love it so much...

Chinese Wedding...

Here we are...
p/s: Kalai, you really can know which camera was taking the pic at the moment!

Indian Wedding...

With us in it...

Native people wedding...

We love Msia! 

And finally. Malay's wedding...
^_^

7 comments:

  1. cantek sangat.. pandai korang deco =)
    **clap!clap!clap!
    bunga telur tissu tuh pun, sangat chantek ^___^ i loike dear ..

    ReplyDelete
  2. Cantik, mcm x percaya jer bajet rm100..kalau lah kawen betul2, bajet mcm ni kan best..

    ReplyDelete
  3. eh sangat kreatif okeyy dpt hsilkn bajet bwh rm100. Hntrn gubahan door gift sume sgt kreatif. Bkn sng nk wat klu dingara org ni.way to go girl! :)

    ReplyDelete
  4. ehh suspen jerr ingtkn u yg kawen td!! hehhehe..btw w the limited stuff u guys decorated it very well..msti ttbe rase rindu gler kat Malaysia kn... ;) hv a nice day dear

    ReplyDelete
  5. Kalau I yang kawen, mesti parents I dah pengsan kat malaysia sana tu.. hehe.

    ReplyDelete
  6. walaupun simple..tapi cantik dan kreatif! btw, jalan2 dan follow blog awak. salam perkenalan :D

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^