Wednesday, 22 May 2013

Bicycle Ride

Lets go for a bicycle ride at the park for a while. I'm sure its gonna be fun!
Follow me at Instagram @Schajar :)

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Puas! Seronok sangat dapat pergi naik basikal hujung minggu lepas. Memang dah rancang nak naik basikal tapi tak pergi pun. Kali terakhir naik basikal waktu tahun pertama kot. Waktu tu rasa nak beli basikal sangat-sangat , tapi harga basikal kat negara ni sangatlah mahal dan tak berbaloi. Harga untuk basikal biasa mencecah RM500-RM900. 

Papa pun bagi tahu tak berbaloi sangat beli basikal kalau harga macam tu. Kalau nak sangat, dia beli basikal lipat dan pos kat sini. Lagi murah sebenarnyer. Lagi satu, kalau beli boleh guna selama dua bulan sahaja. Sebab musim panas kat sini tak lama. Bulan April hingga Jun sahaja boleh guna. Jadi, tak beli pun basikal. 

My bike. My precious rent bike! 

Kebanyakan pelajar kat sini, kalau nak naik basikal akan sewa dekat park depan hostel kami. Hey, park depan hostel kami best tau! Boleh joging, taman tema, basikal, dan macam-macam lagi. Udara sangat segar dan park sangat luas. Macam hutan simpan. Harga untuk sewa basikal - RM15 satu jam. Kami pun sewa selama satu jam. 

Satu jam berbasikal dapat pergi balik ke Stesen Bas Miza - lima stesen dari hostel kami. Jauh! Tapi seronok tak terhingga. Naik basikal turun naik bukit, lalu kawasan hutan, lalu tebing bukit dengan pemandangan sungai memang memuaskan. Walaupun lepas tu sakit muscle kaki sebab jarang dah nak bersenam kan. Hehe. 

At the park. Sangat suka udara segar. 
Especially time kayuh basikal laju-laju.

Adila Ismail. Look at the road that we cycled through. 
Sangat seronok kan view macam ni.
^_^

9 comments:

  1. SALAM....ADA Orag jauh dtg melawat lah :)

    tq sudi singah yer..hiiih study ker kat sana. senrok dkt negara org kan. :))

    ReplyDelete
  2. awak lagi jauh terjah negara org.hihi..
    btw, kongsi2 pengalaman.. seronok. =D

    ReplyDelete
  3. If kt nihon Mmg trend naik basikal ni
    Cuma if basikal yg mahai tu Ikut jenis
    Ai ader 3 basikal once rosak beli baru coz if repair dh same cost nk dot basikal baru hukhuk
    But best naik basikal....now dah x naik since preggy o(^▽^)o

    ReplyDelete
  4. berbasikal nie one type yang best tau sbb rasa angin..hehe

    wahh cantiknya..klau kat sini nampak padi kat belakang.hahahaa

    ReplyDelete
  5. best giler. kalau pemandangan kat malaysia mcm kat sane confirm semangat nak work out haha sebab dulu before kawen rajin gak cycling konon nak kurus haha

    ReplyDelete
  6. Subhanallah, cantik pemandangan..dah lama x naik basikal..

    ReplyDelete
  7. seronoknya layan view sambil kayuh basikal :)

    ReplyDelete
  8. wahhh!!


    jom bebasikaallll lagii!!!!!

    ReplyDelete
  9. Rajin btul die bbasikal,bgus utk ksihatan. Especially for cardio :)

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^