Sunday, 14 April 2013

Satu Liter Air Mata...


Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Lama sangat tak menulis di ruangan media ini. Banyak sangat yang ingin diceritakan. Dek kerana kesibukan diri dengan peperiksaan dan kerja-kerja penting, penulisan ini ditangguh sebentar. Tapi kan lebih elok untuk sibuk dengan sesuatu yang elok! Jadi, bersyukurlah diri anda sibuk daripada lalai.

Hujung minggu ini, sedikit sebanyak masa dihabiskan dengan memberi kerehatan pada diri. Rehat dari belajar sebentar, setelah berjaya habiskan dua peperiksaan semester ini. Alhamdulillah. Sambil berehat, hard disk pun digodek-godek. Terpandang sebuah fail Series Korea. Tangan rasa gatal sangat nak buka fail tersebut. Pilih. Pilih cerita yang beri manfaat pada kamu! 

One Litre of Tears. 

Yup. Cerita ini memang banyak ibrah (pengajaran) kepada kita. Saya yakin, mesti semua orang pernah menonton cerita Jepun 11 episod ini. Bagaimana seorang pelajar sekolah yang berumur 15 tahun berusaha melawan penyakitnya - Spinocerebellar Degeneration Disease. Penyakit yang belum ada penawar lagi. 

Kekuatan fizikal dan mental seorang gadis muda dan sikap positif yang tinggi dalam dirinya untuk meneruskan hidupnya pasti menyayat hati semua orang yang menonton. Pasti mengalir satu liter air mata dek menonton cerita ini. Keluarganya dan kawan-kawan juga memainkan peranan penting dalam membantunya. 

Kali pertama menonton drama ini adalah sewaktu tahun pertama. Apabila diberi diagnosis Pneumonia - Inflammation of lungs, agak terkejut dengan diagnosis tersebut kerana disangka hanya demam yang berlarutan yang boleh diubati dengan penukaran antibiotik yang lebih sesuai. 

Tahun pertama. Tinggal di hospital yang jauh bersendirian memang agak menakutkan. Tapi dengan bantuan seniors yang menghantar makanan halal setiap hari, rakan-rakan yang melawat, rakan-rakan yang beri semangat dan bantuan tanpa dipinta, memang amat menghargainya. 
^_^

Warm up a cat at a bus-stop 13th Hospital.
The hospital that kept the memories of me being in there.

Sabar.
Dugaan itu dalam pelbagai bentuk. Dunia ini dikelilingi oleh pelbagai jenis manusia yang menerima dugaan yang berbeza. Kerana dugaan itu yang akan buat kita berfikir semula. Kerana dugaan itu yang akan membuat kita kembali pada Tuhan semula. 

Syukur.
Mungkin kita sering inginkan kehidupan orang lain yang dianggap mudah. Tapi sebenarnya, mudahkah kehidupan mereka? Kita sendiri tidak tahu. Bersyukur dengan apa yang ditakdirkan dan berusaha mencapai semampu boleh. Kita diciptakan dengan tidak sempurna. Apa yang boleh dilakukan hanyalah berusaha semampu mungkin. 

Hadapi, Jangan Lari!
Jangan berputus asa terhadap apa yang ditetapkan. Jangan lari, kerana masalah itu akan menghantui kita di masa hadapan. Cuba. Cuba. Dan cuba! Walau gagal. Gagal kali pertama mengajar kita untuk bangun semula. Gagal kali kedua mengajar kita untuk jangan berputus asa. 

Analogi Sebuah Dugaan: 
Kita berada di dalam sebuah kapal yang mewah untuk sebuah percutian. Indah. Segalanya terasa indah. Tiba-tiba angin ribut taufan menghancurkan kapal tersebut. Apakah yang kita lakukan? 

Pertama: Kita mencari telefon untuk menelefon pasukan penyelamat. Line telefon tiada di tengah-tengah laut.
Kedua: Kita mencari bot penyelamat. Semuanya telah hancur. 
Ketiga: Kita mencari jaket penyelamat. Semuanya telah diterbangkan taufan tersebut.

Persoalan - Di manakah kita meletakkan Allah sebagai penyelamat kita? Sebagai yang terakhir? Sewaktu tiada bantuan lain yang kita boleh dapat lagi? Sadis. Tapi itulah silap kita. 

Dalam setiap usaha yang kita lakukan untuk hadapi ujian, kita sepatutnya meletakkan Allah sebagai yang utama. Itu penyelesaiannya. Ini bukan bermaksud kita hanya meletakkan Allah, dan kita tidak berusaha. Tetapi kita meletakkan kebergantungan kita pada Allah dalam setiap usaha kita. Ia bergerak selari. Mudah kan! Seperti Nescafe 2-in-1. 

Yosh! Berusaha. 
Link Video Yasmin Mogahed tentang Ujian dan Cara Menghadapinya - Kelik Sini

2 comments:

  1. ya.. saya pun dah tengok.. sad story sampai keluar air mata masa tgk cerita tue.. banyak sgt pengjaran boleh kita ambil ..

    ReplyDelete
  2. Tak mampu nak tengok sampai habis cerita tu, nanti emo sepanjang winter break, rugi. haha. Last-last tinggalkan flatmate yang tengah feeling sensorang, pergi amik laptop sendiri bukak running men. But that drama was truly an eye opener although I didn't watch the whole story :')

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^