Monday, 18 March 2013

Beg Berat!

Women's day Tulips. 
8.03.13

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Beratnya beg ini.
Sudahlah berat, isinya belum tentu penting lagi. 
Aduh. Lenguh! Letih! Lelah!

Tiba-tiba teringat akan kata-kata seorang muwajih dalam sebuah daurah yang dihadiri beberapa tahun dulu. Bagaimana hendak naik ke tingkat sembilan hostel lima tanpa menggunakan lift? Sedangkan di bahu memikul sebuah travel beg yang isinya belum tentu penting? 

-Mungkin isinya penting, tapi penting untuk DIRI SENDIRI. Bukannya penting untuk ummah.
-Mungkin juga isinya di'anggap' penting untuk menyedapkan hati. Sedangkan sebenarnya ia tidak membawa apa-apa kepentingan, termasuk pada diri sendiri. Aduh. Letih! Rugi tenaga mengankatnya. 
-Mungkin juga isinya tidak dianggap penting. Tetapi tetap mahu dipikul sekadar mengisi ruang kosong di dalam beg. Lelah! Lemas!

Sampai di tingkat sembilan dengan manaiki tangga. Tercungap-cungap. Tahniah! Anda berjaya! Perasaan gembira menyerbu diri. Namun demikian, beg seberat dua puluh lima kilogram yang dipikul di bahu selama ini, dicampak di luar tingkap oleh pemilik bangunan dan jatuh berderai di tingkat satu. Dikatanya beg tersebut tiada signifikan langsung pada diri, mahupun orang sekeliling. Hampa. Namun lega dek beban telah terlepas.

Duduk sebentar. Berfikir semula. 

Mengapa tidak mengambil keputusan untuk melepaskan terus beg seberat itu di tingkat satu? Mengapa tidak hanya membawa diri sendiri menaiki tingkat sembilan tanpa beban? Mengapa tidak mahu merasa lega sejak dari mula perjalanan? Sedangkan pilihan itu di tangan sendiri. Sedangkan sudah mengetahui tiada kepentingan apa yang dipikul di bahu selama ini? Mula terasa rugi kerana telah sampai ke tingkat sembilan hostel. 

Sia-sia. Tiada hasil daripada usaha yang dibuat selama ini.

JAHILIYAH. Itulah yang dipikul dalam beg selama menaiki tingkat sembilan. Akhirnya dicampak begitu sahaja dek kerana tidak membawa kepentingan apa-apa pada diri mahupun ummah. 

Sedarlah wahai diri! 
Jangan terlalu taksub dengan dunia. 
Masa lapang, gunalah sebaik mungkin. 
Sementara nadi di urat radial dan karotid masih berdenyut dengan normal. 
Sementara paru-paru masih boleh menukar karbon dioksida kepada oksigen. 
Sementara jantung masih boleh mengepam darah ke seluruh tubuh badan mengikut undang-undang Frank-Starling. 
Sementara buah pinggang boleh menapis segala toksin dan mengimbangkan jumlah air yang diperlukan badan dengan sistem Renin-Angiotensin-Aldosterone.
Sementara sistem endokrin masih boleh mengeluarkan hormon-hormon untuk mengimbangi bahan-bahan dalam diri. 

Sekiranya tidak mampu, Jangan! Jangan dilakukan sekali gus. Jangan terus tinggalkan beg di tingkat satu. Kerana takut dek kerana tidak kuat untuk meninggalkannya, akan ada potensi untuk turun semula ke tingkat satu dan mengangkatnya di bahu kembali. Tidak! Tidak mahu sebegitu.

Sekiranya tidak mampu, tinggalkan satu persatu. Tinggalkan satu barang dari beg yang dipikul di setiap tingkat mahupun anak tangga. Agar mempercepatkan langkah ke tingkat sembilan. Agar dapat sampai ke destinasi dengan segera insyaAllah. 

Nota Usrah. 
23:47
18.03.2013

2 comments:

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^