Monday, 11 February 2013

Sehari Bersama BFF!

Geng sekolah rendah.. Geng bas sekolah...

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Seminggu dah sampai ke dunia realiti sebagai seorang pelajar. Beberapa minggu lepas masih di alam fantasi bersama rakan-rakan dan keluarga tercinta. Alam fantasi memang penuh dengan keceriaan yang tak terkata. Tidak perlu bimbang akan perkara yang akan ditanya oleh lecturer Paeds pada esok hari. 

Luckily, hari ini dan esok hanya lecture day! Tak perlu baca dengan bersungguh-sungguh. Esok kene mula baca betul-betul semula, sebab lusa dah hari kelas. Ada test tiap-tiap pagi sebelum kelas, mana boleh tak baca. So, gambatte untuk esok!

Me, my lil sister Sarah, Farahin, dan Balqis...
Geng nakal time kat sekolah rendah. Asek kene rotan je. 

Sehari bersama Best Friends Forever! What a day! Seriously. Baru jejak kaki kat rumah kat Malaysia jam 12.00 malam. Terus makan Char kuew Teow. Durian crepe pun dapat makan malam tu jugak. Yey! Esoknya, terus keluar rumah pagi-pagi dan bergembira dengan kawan-kawan sampai malam. My dad already gave permission. Kalau hari pa dan ma kerja, boleh keluar pergi mana-mana pun. Kalau weekend dan cuti umum, lebih baik luangkan masa dengan family kan?

1st day Mission: RM300 is worth it (countdown flight ticket price).
Disebabkan memang lama sangat kami tak ber'chilling-out', jadi kami pun pergi ke Sunway Pyramid Ice Skating! Dari cuti semester bulan julai lepas lagi teringin nak bawa kawan-kawan dan adik comel main kat sini. Dapat juga main skating kat sini. One unfinished business was settled!

Kami. 

Inside the ice-skating ring. 

Best sangat hang-out ngan korunk!

Si kecil baru pertama kali main ice-skating.

Lepas dua jam setengah skating, semua orang pun dah lapar sangat! Perut dah berbunyi je masa tunggu pizza nak sampai. Oh ya. Kids meal percuma dekat Pizza hut. Baru perasan masa makan sekali lagi kat Pizza hut outlet lain dengan keluarga. Rugi dah belikan Sarah hari tu. Haih. Oke. Jom makan Pizza! Ittadakimas.

Beef Pepperoni! 
Mentang-mentang asek makan perisa cendawan je kat Russia punya. 

 Me and Balqis. 
Berbelas tahun dah kawan dan still standing. 

Beriadah bersama keluarga
Memang dari kecil, aktiviti ice-skating menjadi rutin tahunan dalam keluarga kami sejak kecil lagi. Dulu masih ingat lagi, pertama kali main semasa darjah tiga as a complimentary gift sebab dalam peperiksaan akhir tahun dapat nombor bawah lima. 

Dulu kalau peperiksaan dapat nombor bawah lima, dapat pilih sama ada nak pergi main ice-skating, sunway lagoon, mines wonderland atau bowling. Sekarang boleh add-up cosmo world timesquare, genting highlands, handphone baru, ipad. Lagi canggih. Rezeki adik-adik pula untuk rebut peluang tu semua. 

Jadi sekarang, pa dan ma dah tak larat nak main skating, kakak la pula ganti tempat bawa adik jalan-jalan kat tempat macam ni. Ajar main skating from zero, tolong pakaikan kasut diorang dan macam-macam lagi. Sehari sebelum fly balik, sempat lagi sekali main ice-skating dengan adik-adik dan kak Tini. Sarah skating kali kedua dan Alan pun skating kali kedua selepas masa kecil-kecil sekolah rendah.

Conclusion: Appreciate your family and friends for what they are. Cherish them. Love them. 

Kak Tini, Sarah, and Alan.  

In ice skating ring. Kak Tini skating for the first time! 

 And Sarah managed to find friends while skating!
Good girl.

That's all for today.
Thank you for readin'.

2 comments:

  1. eh i slalu kene rotan? tu bukan uolls je ke? *gediks* Hahahaha

    ReplyDelete
  2. waah bestnya skating. teringin sangat !

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^