Monday, 18 February 2013

Life. As We Know It.

Hanging out with Dr Nasuha at Chilli's. 
p/s: Lamb chop dan kek itu sangat sedap!

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Alhamdulillah. Cuti di Malaysia yang lepas, dapat dihabiskan dengan berjumpa rakan-rakan yang sangat rapat. Rapat sangat-sangat. Tinggal dengan mereka selama tiga tahun, membuatkan  diri tersangat bergantung dengan mereka. Rindu sangat dengan mereka. 

Banyak sangat nasihat yang diturunkan dari belajar bersungguh-sungguh hingga ke mencari jodoh di usia awal. Kesibukan yang terlampau apabila memasuki dunia pekerjaan memang tidak dapat dinafikan. Minggu pertama disibukkan dengan tagging dari jam 6 pagi hingga 10 malam. Waktu itulah kita akan belajar tentang semua perkara. 

Ia. Semua perkara kerana kadang-kandang, approach yang kita sibuk hafalkan di Russia tidak sama dengan cara mengendalikan penyakit di Malaysia. Macam perlu belajar semua dari mula. Hafal semua dari mula. Dan bersedia untuk peperiksaan Viva setiap tiga bulan. Exam! Memang menuntut ilmu takkan pernah habis dalam dunia perubatan dengan penambahan ilmu dari semasa ke semasa. 

Selepas tagging, kita akan disibukkan dengan kerja shift yang berbeza mengikut setiap hospital. Sebagai contoh, Hosital Manjung memberikan satu hari cuti setelah tamat shift 3 hari, manakala Hospital Tawau memberi cuti hanya separuh hari. Jadi, ia berbeza mengikut hospital yang kita pilih. 

Kehidupan. Memang penuh dengan stress jika kita tidak kuat untuk hadapi segalanya. Kenapa? Kita akan dimarah, dicaci, disuruh berbuat itu dan ini dengan banyak cara. Di sinilah perlunya kekuatan kita. Jika kita percaya dan yakin dengan tujuan kita bekerja, InsyaAllah segala usaha tidak akan mematahkan semangat kita. 

Duit. Gaji. Elaun. Memang waktu yang sangat gembira setelah sebulan penat bekerja adalah ketika menerima gaji. Namun demikin, untuk mendapatkan gaji itu adalah satu penyiksaan mental dan fizikal. Gaji doktor pada waktu ini mencecah RM4000. Tapi kadang-kadang, masa dan tenaga yang dihabiskan untuk bekerja selama yang ditetapkan tidak dapat dinilai dengan harga itu sahaja. Melainkan anda Ikhlas.
^_^

Rakan-rakan. Bulatan gembira. Sewaktu awal-awal pekerjaan, memang sangat tiada masa untuk berada bersama mereka. Inilah yang diperkatakan dalam post Angel Pakai Gucci yang terbaru. Kader-kader ini yang akan menjadi sangat lemah pada waktu ini. Tekanan yang kuat menyebabkan ramai yang tewas dalam medan dakwah ketika ini. 

Konklusi: Kuatkanlah diri Anda dari sekarang kerana cabaran di masa hadapan jauh lebih mencabar untuk kita hadapi. 

Me and Dr. Nadia Azmi. 
Just enjoying our time together.


Owh ya. Nak tunjuk gambar octopus comel kat sushi king!
Dan sakura sushi. 

Sekian sahaja buat sekarang. 
Moga perkongsian ini dapat menyediakan diri kita yang lebih cekal di masa hadapan.
InsyaAllah.

1 comment:

  1. Bestnyaaa gaji tinggi. Hihi. Doktor y sempoii ♥

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^