Wednesday, 23 January 2013

Antara Durian Crepe dan Baklava


 
Flight out of Moscow, Russia.

Dua makanan berbeza dari dua buah negara berbeza. Durian crepe yang sangat terkenal di Malaysia sekarang, tapi bila kat Russia boleh buat pisang crepe je. Baklava yang terkenal dari negara-negara Arab tapi untuk spesifikasi waktu ini, Istanbul.

Keputusan yang drastik, pantas dan sebagainya. Saya sendiri pun terkejut pada waktu ini saya berada dalam flight Emirates Dubai to Kuala Lumpur. Lagi sejam nak jejak Malaysia. Tulis je dulu dalam flight, bila sampai rumah baru publish post. Kalau dalam kapal terbang nak guna wifi kena bayar dengan rate 5mb = US$2.36. Upload gambar je dah berapa megabytes. Jangan nak membazir sangat la!

Waiting for Aeroexpress. Alone.

Oke, cakap pasal pulang ke Malaysia. Ya Allah, tak tahulah. Hari ahad pukul 5 petang beli tiket kapal terbang dan train online. Pukul 6 lebih beli barang untuk bawa pulang kat Mega. Malam tu packing barang sampai nak dekat pagi. Kemas barang nak balik Malaysia kot! Mana tak lama. Esok pagi ambil visa kat pejabat dekan. Pukul 1 petang bermulalah perjalanan pulang ke Malaysia. 

Dan di sinilah saya berpijak sekarang. Malaysia. Entah kenapa, rasa nak balik rumah kuat sangat-sangat. Macam banyak sangat unfinished business to settle. Seriously! Kalau tak balik rumah, I don’t think I can pass second semester easily with the tough timetable. Real tough. Lepas satu cycle, masuk cycle exam. Lepas tu start satu cycle, cycle exam balek sampai bulan lima yang berakhir dengan Neurology. Oke. Subjek saya perlu perbaiki. 

Maaf. Buat rakan-rakan ke Turkey kerana tidak dapat nak teman kalian. Maaf, tinggalkan kalian di saat akhir. Maaf, sangat tak sanggup untuk hadapi kehidupan jika tidak pulang ke Malaysia. Maaf, perlukan nafas baru sebentar. Maaf, banyak sangat unsettled business yang perlu diselesaikan. Maaf, beribu kali maaf. Tapi saya tahu, berapa banyak kali maaf pun, saya tetap tinggalkan mereka. 

Makan baklava from Dubai pun boleh.

Entri yang saya sangka akan bermula dengan tajuk ‘Istanbul aku datang’ sama sekali tidak tercapai. Mungkin ada hikmahnya atas segala sesuatu yang berlaku. Jadi, terimalah apa sahaja yang telah ditetapkan oleh Allah dengan redha. 

Saat ini kapten kapal terbang sedang membicarakan tentang flight yang bakal mendarat dengan suhu 28 degree celcius. Pertama kali balik Malaysia waktu musim sejuk. Eksaited! Dari -7 ke 28 degree. Lets face that! Orang kata macam kena penampar sekali kat muka kalau keluar dari kapal terbang terus guna tangga dan naik bus ke airport. We’ll see.
^_^

Sekian sahaja buat sekarang 
Terima kasih sudi membaca!

Nota hari ini: Mana nak cari durian crepe malam-malam ni. Touchdown setengah jam dari sekarang jam 10.30 malam. P/s: Everything I need is My home rite now.

Nota hari esok: InsyaAllah ice skating dengan mereka di Sunway. Lusa bertolak ke lumut. Pantai! Everything is well planned. 

Nota hari-hari: Oh ya. Disebabkan balik hanya 10+ hari, compensate dengan harga ticket. Sehari anda bernilai Rm300. Use it wisely. Every minute is every penny you pay to be here. Use it wisely. 

4 comments:

  1. baklava tu nak sikitttt... hihihi.. nampak macam best!

    ReplyDelete
  2. Jyeahh ice skatinggg ! Lambat lagi la nk jumpe ko lps nie.wuwuwuwu

    ReplyDelete
  3. wee cam sedap je pos la ckit kakkkk :"D

    ReplyDelete
  4. sounds interesting.
    baru follow blog ni and i think i'll keep on blogwalking on this blog. :))

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^