Friday, 20 January 2012

Here go My Höliday...

been here. done that!

Assalamualaikum
dan selamat sejahtera semua...
^.^

I'm currently at Berlin, Germany and updating my blog from here. Errr.. Its a bit different though since the keyboard is different from our usual one. I was looking for 'Y' letter and it was not there. Is it missing? Nope! it was located differently from the usual place.

Oke. Sangat susah nak taip! Sambung nanti je larh yek. Esok nak pegi Legoland centre dan pusing2 kota Berlin. Harap semuanya berjalan lancar. InshaAllah. Bai3...

Nota hari ini: Hostel Plus Berlin sangat best! Recommened to all people who's going to berlin. Ade sauna dan swimming pool lagi. Nice!

Nota hari esok: Semoga esok tak hujan macam hari nie. I need you sun!

Nota hari-hari: Seronok larh pegi jalan2 winter holiday nie. Wish it never end...

Saturday, 7 January 2012

Musim Ini...

'Do not disturb! I'm studying rite now..'

Assalamualaikum
dan salam sejahtera buat semua....

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Entry pertama untuk tahun ini. Tahun 2012. Menandakan bakal 21 tahun saya tinggal di bumi ini. Bumi yang tidak pernah penat berputar mengelilingi matahari kerana memang sunatullah mereka begitu. Bumi ini tidak pula merasa penat dan pada suatu hari merasa ingin berhenti dan lari dari peredarannya. Bumi ini tetap dengan tugasnya yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita sentiasa mengikut arahan dan perintah dari Allah?

Mungkin dah tiba masanya untuk kita merenung semula. Adakah kerana kita mempunyai kelebihan akal fikiran membuatkan kita boleh lari dari sunatullah yang telah ditetapkan oleh Allah? Adakah kerana kita mampu berfikir kita layak untuk menidakkan hukum Allah?

*cume sekadar renungan. tibe2 terpanjang pulak pendahuluan*
^_^

Musim ini. Musim sejuk ke? Bukanlah. Musim yang panasnya terasa walaupun kita di Malaysia tak pun di Russia. Musim peperiksaan! Exam in 4 days. Sempat lagi nak update blog kan. Tapi mungkin kerana akal ini juga perlu masa untuk berehat. Kalau asek di pressure dan di compress dengan ilmu2 microbiology, mungkin agak sukar untuk ia berfungsi dengan baik semula. Jadi, rehat itu sangatlah perlu!

Dan dalam musim ini, saya pasti ramai yang berada dalam keadaan yang resah gelisah. Termasuk diri yang menulis ini. Banyak persoalan dan tanda tanya dalam diri.

"Sempat tak nak habiskan bace ni ya Allah? Ada banyak topic lagi tapi masa semakin suntuk."

"Macam mana nak jawab dengan Professor nanti. Kalau dapat soalan susah macam mana pula? ya Allah, permudahkanlah segalanya."

"Nak kene call rumah ni. Besok exam, kene minta doa ibu bapa pula."

"Harap2 kene soalan yang sempat bace sebelum. Perlukan pertolongan dari Mu ya Allah."

Tapi sedar tak, makin nak dekat dengan exam, makin banyak kita panjatkan doa pada Allah agar dipermudahkan segalanya. Makin dekat kita dengan Pencipta diri kita ini. Makin banyak masalah kita mengadu pada diriNya di malam hari kerana kita tahu Allah sentiasa berada dekat dengan kita. Allah sentiasa mendengar. Allah is always there with you.

Jadi kali ni nak cakap pasal bersyukur.

Yup. Memang orang kata senang nak bersyukur. Cuma perlu sebut alhamdulillah dan lahirkannya dari hati yang ikhlas. Tapi kita kene ingat. Bersyukur itu bukan pada waktu senang sahaja. Waktu kita hadapi masalah pun kita kene bersyukur. Bersyukur pada Allah kerana diberi cabaran sehebat itu. Bersyukur pada Allah kerana Allah tahu kita mampu menerimanya. Bersyukur pada Allah kerana mungkin dengan cabaran itu kita dapat mendekatkan diri lagi pada Allah.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?"
Al-'ankabut: 2

Jadi, ingatlah yang nikmat dan ujian itu dari Allah. Memang seharusnya kita bersyukur dengan segala yang diberikan kepada kita. Betul. Nak cakap tu senang tapi nak praktikkan dalam kehidupan seharian amatlah susah bagi saya juga. Tapi kita boleh cuba kan. Jangan putus asa dan fikir yang exam ini pun telah ditetapkan sebagai ujian dari Allah dan dengan ujian ini, kita dapat dekatkan diri pada Allah. Alhamdulillah.
^_^

Dari Aisyah r.a katanya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.” (Muttafaqun ‘alaih)

Betapa tinggi tahap syukur Rasulullah s.a.w. Mungkin mulai tahun baru ini kita kene mula bersyukur dengan setiap sesuatu yang kita terima kot. Dengan itu, kita akan sentiasa merasa bahagia InsyaAllah.

that's all for now
thank you for readin'
-Schajar McFlurry-

Nota hari ini: Tengah makan cheese cake dari adek usrah saya! sedapnyer cake nie.. nyum3. Dan baru2 ni asek insomnia je. Tak dapat nak tido. Semalam berjaga sampai 27 jam tanpa tido. Mungkin kerana asek berfikir pasal exam je kut.

Nota hari esok: Harap2 jadual tido kembali normal. Selalu tido selepas subuh pkul 8 pagi dan berjaga all nite.

Nota setiap hari: Bace microb yuk! Dan lagu nie takde kene mengena dengan saya. Cume sedap didengar dan amek dari blog Dunia Sarah. Sangat sweet dan best crite dye! Kalau tak percaya try google '13 tahun mencari cinta'.