Tuesday, 25 December 2012

150th Post...

Three and half years... 
And still standing.

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Time fly so fast, as is there are no walls and boundaries in the world that could stop it till our death. 
As for the life hereafter, there will be forever for us and never ending time.
Choose well your destiny.
-Schajar Mcflurry-

Satu benda yang paling senang kita hilang. Masa. Satu benda yang paling cepat berlalu. Masa. Satu benda yang tidak akan berhenti walau dengan apa cara sekali pun. Masa. Satu benda yang tidak boleh dibeli walau kita ada satu trillion sekali pun. Masa. 

Masa. Entah kenapa, selalu sangat berbicara tentang masa. Namun, masa juga yang dihabiskan dengan leka. Tapi mungkin kali ini tidak akan menulis panjang lebar tentang pembaziran masa secara berleluasa di kalangan pemuda-pemudi yang kononnya digelar sebagai Ar-Rijal zaman sekarang. Tapi tentang pergerakan masa dan penghargaan terhadap masa itu sendiri. 

*Kenapa tulis macam article pulak ni? Ini belog awak la hajar! =.=''

Christmas eve decoration in front of deans office in -25 degree celcius!
So cold.

Cepat sangat masa berlalu. Tak perasan pun dah nak akhir tahun 2012. Dah nak habis semester 7. Dah masuk empat tahun di bumi Russia. Tak perasaan dengan diri sendiri yang semakin hari semakin tua. Oke, mungkin bukan tua, tetapi matang dengan pengalaman yang diperolehi dalam jejak-jejak langkah yang telah diambil. 

Tapi. Bila kita sibuk dengan diri sendiri. Kita tak perasaan perubahan yang lain di sekeliling kita. Yes! Apa yang telah terjadi? Ramai kawan-kawan kita dah mula dengan majlis graduasi mereka. Ada yang telah memulakan alam pekerjaan. Ada yang masih berfikir-fikir untuk terus menyambung pelajaran. Ada yang bakal mendirikan rumah tangga. Dan mulalah mak ayah kat rumah berkata "Ada kad jemputan kawin kawan kakak dah sampai rumah ni. Kat Perak majlis dia, end of this year". Oke ma, need to congratulate dekat muka buku je la. 

Yes. Sekali lagi saya berbicara tentang kawan satu umur dengan saya. Bukan senior. Bukan junior. Tapi kawan satu sekolah yang dahulu main batu seremban, ice-cream soda, happy family, congkak bersama. Banyak sangat perubahan yang berlaku pada mereka. Dan saya masih di sini. 

Perkara yang sama berlaku dalam keluarga dan saudara-mara terdekat. Owh ya! I'm about to get two niece/nephew this summer. Yes! Two! Like I mean it! Peliknya perasaan bila cepat sangat perubahan berlaku. Kedua-dua abang telah mendirikan rumah tangga. Angah baru mendirikan rumah tangga september lepas. Kini bakal menimang cahaya mata pertama sewaktu cuti semester saya. 

Dan Safura, my lil niece, akan dapat adik baru cuti ini jugak. Dan Alan bakal masuk ke universiti untuk lanjutkan pelajaran lepas SPM. Like my brother is so big rite now! Rasa dulu bukan PMR je ke baru?!? Tinggal saya dan adik-adik sahaja di rumah sewaktu cuti musim panas nanti. Oke, takpe. I'll be a good sister. No worries. 

Time flies so fast and sometimes I feel like i couldn't catch up. Couldn't breath and digest the situation. 

Dan saya masih di sini. Di tapak yang sama. Bumi Nizhny Novgorod selama 4 tahun sudah. Its not a short time. You're getting older here. Okey, scary! Tapi bila fikir-fikir semula. Mungkin inilah yang terbaik untuk awak! Mungkin awak belum bersedia kalau dilepaskan di Malaysia pada waktu ini. Akan terumbang-ambing dengan diri sendiri tanpa kekuatan diri yang mantap. Mungkin awak tercampak kat kutub utara ini kerana sesuatu. Ada sebabnya. 

Positif hajar, Positif! What I can think rite now is to ease myself. And just appreaciate the moment you have now. Do something that you love. Be confident. Be proactive. 
And Dont let the surrounding change you. You change the surrounding.
(p/s: In a good way larh!) 

Covered by snow all over the place...

That's all for now.
Thank you for readin'

Nota hari ini: Sorry entry besepah kali ni. But this is basically in my mind lately. Couldn't get rid of it nowadays. Maybe this is what Kak Suha, Kak Eila, Kak Nad, and Kak Erna were thinking when they were in 4th year. 

Nota hari semalam: They said that I'm an open book. But actually I'm only an open book to those who know me best and whom I'm comfortable with. If you dont really know me, you wont rilly get a chances to know me. 

Nota hari esok: Rasa nak update pasal trip-trip travel sebelum ni. Banyak sangat tempat yang tak update. Will put that in my wish of things to do. 

5 comments:

  1. seronok nye dapat peluang belajar di luar negara ... Rusia pulak tu... good luck for next year .. :)

    ReplyDelete
  2. strong stronger strongest. Saya tahu awak boleh ! :D

    ReplyDelete
  3. -25 darjah ? huhu boleh tahan ek akak

    ReplyDelete
  4. you study dekat russia ? wow amazing. i wish i can be an excellent student macam awak :)

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya dalam pengajian awak. manfaatkan masa yang ada dgn pengalaman. lebih2 lagi di negeri orang. pengalaman yg jaraang2 org dapat. :) goodluck k..

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^