Wednesday, 12 December 2012

Patah Seribu...

My Family. My friends. My life.
Missing them.

Patah Seribu Hatiku...
Walau orang nak kata tarikh hari ni cantik ke. Atau apa-apa sahaja. 
Tapi hari ini antara hari yang paling-paling sedih. 
Neurology class memang tough! 
Dengan diri ini yang memang kurang pandai dalam topik neurology...
Tiba-tiba Profesor neuro tambah lagi
"You know nothing!"
Sedangkan dah cuba untuk belajar dan faham sampai pukul 3 pagi. 
Rasa macam nak nangis on the spot. 
Tahan. Tahan. Dan terus bertahan. 
Pedih. Patah hati. Sakit.

Yes. Saya tak kuat. Saya tahu fakta itu. 

Tapi bila balik dan sampai rumah, tiba-tiba mak kesayangan message. 
Macam tahu-tahu je keadaan saya masa tu. 
Mak kata. Allah takkan bagi kesusahan itu kalau Dia tahu kita tak mampu.
Allah bagi sebab Dia Maha Mengetahui yang kita ni mampu hadapi cabaran ini.

Dan ingatlah...
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
Asy-Syarh: 5-6

Nota hari ini: Maaf, tiada info penting yang dapat disampaikan hari ini. Cuma luahan perasaan tatkala jari-jemari terasa ingin menulis. 

Nota hari esok: Neuro cycle ends in 5 days. Be strong! Jatuh sekali, terus bangkit. Jatuh lagi sekali, bangkit lagi. Just don't give up. 

1 comment:

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^