Sunday, 11 November 2012

The Clock is Ticking...

The clock is ticking
And every second is precious...

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Hati terasa gelisah. Setiap detik dirasa menghantui sekiranya buku Anatomy yang berada di atas meja tidak dibelek. 'Ya Allah. How am I suppose to finish all this? I dont really know.' Masa semakin suntuk dan menjadikan setiap saat amat bermakna. Tetapi, momentum untuk bergerak itu TIADA.

Momentum untuk menolak kita ke hadapan itu seperti kehilangan. Masih di awang-awangan. Kadang-kala perasaan takut untuk menghadapi sesuatu itu menyebabkan kita terpaku di satu tapak agak lama. Kita terpaksi di satu anak tangga memikirkan perkara negatif yang bakal berlaku sedang tiada apa-apa yang terjadi lagi. 

Buang! Buang segala fikiran negatif itu! Dan bergeraklah dengan nafas baru. Dengan fikiran positif. Janganlah terlampau takut wahai diriku. Tenang.Tenangkan diri. Dan mulakan pergerakan itu. Think deeply in yourself. Allah dah tetapkan keputusan peperiksaan awak walau sebesar mana pun peperiksaan itu. Sedang  keputusan peperiksaan akhir di tahun enam pun sudah ditetapkan oleh Pencipta kita. 

Jadi, berusahalah! Kerana usaha itu yang bakal dipandang. Kerana usaha itu yang akan dinilai. Kerana usaha itu yang akan mendatangkan hasil pengetahuan kepada kita. Usah gelisah. Usah takut. Usah Gentar!

Jadikan setiap saat itu bermakna. Bukan untuk dipersiakan dengan ketakutan untuk menghadapi sesuatu. Bukan dipersiakan untuk perkara-perkara lain. Sungguh, kita berada dalam kerugian, melainkan....

'Demi masa. Sungguh, manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.' (Al-Asr:1-3)

Semoga kita jauh dari menjadi orang yang dalam kerugian. InsyaAllah.

Wasalam
-Schajar McFlurry-

Nota hari ini: Banyak membazir masa dengan memikirkan masa hadapan yang belum pasti. Tekunlah dengan waktu semasa yang ada ini. Masih banyak yang perlu dilakukan.

Nota hari esok: Istanbul aku datang dengan izin-Mu, ya Rabb!

1 comment:

  1. dah jadi mcm tipikal.hati selalu gelisah padahal benda tu belum jadi pun.ha'a,membuang masa dgn ketakutan at the end tidur.haha

    salam maal hijrah:)

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^