Wednesday, 7 November 2012

Kerana Terbiasa itu Racun dan Madu...


Assalamualaikum 
dan salam sejahtera....

Kerana TERBIASA itu satu RACUN. Racun yang akan memakan diri kita tanpa disedari. Racun yang membiak dalam saraf-saraf badan kita. Racun yang menjadi parasit pada peningkatan rohani kita. Racun yang menghakis potensi diri yang sebenarnya wujud dalam diri kita. 

Kerana TERBIASA itu juga satu MADU. Madu yang memaniskan hidup kita sesama muslim. Madu yang menambah perisa dalam setiap Ibadah yang dilakukan kerana Allah. Madu yang dapat maningkatkan prestasi kita dalam perlumbaan untuk mendapat redha Ilahi. Madu yang membolehkan kita berhujah pada hari akhirat kelak.

Namun, bagaimanakah satu perkataan TERBIASA boleh membawa kepada dua maksud yang berbeza? 

Kerana Terbiasa dengan Kemungkaran dan Kebaikan itu adalah perkara yang berbeza dan menjadi kontraindikasi antara satu sama lain.

Terbiasa Sebagai Racun
Apabila terbiasa dikategorikan sebagai racun, teramatlah susah untuk kita menghakis sikap-sikap tersebut dalam diri kita kerana hati kita telah dibius dengan perasaan biasa dan normal dalam sesuatu perkara. Dr. Muhaya pernah mengatakan bahawa sekiranya badan kita melakukan sesuatu perkara dalam masa 3 minggu, perkara tersebut akan menjadi rutin yang berterusan pada masa hadapan. 

Cuma 3 minggu masa yang diambil untuk kita biasakan diri dengan sesuatu perkara. Maksudnya cuma 3 minggu masa yang diambil untuk kita terbius dengan sesuatu perkara. Dan janganlah pandang ringan di sini, kerana sesuatu perkara yang dimaksudkan bukanlah kemungkaran semata-mata. 

Kadang-kala, perkara simple yang dapat menjauhkan kita dari fitrah sebenar kita juga adalah racun yang tersembunyi dalam diri kita. 

'Ala, biasa la tu, lepas exam mesti la tengok movie lama-lama. Nak ganti balik semua masa yang dah habis selama ini'

'Ala, biasa la tu, tengah sale ni. Beli barang murah sekarang. Tak pakai pun takpe. Asal murah'

'Ala, biasa la tu, kawan sekelas je pun. Memang dah biasa rapat macam adik-beradik'

'Ala, biasa la tu, orang baru balek kelas la. Tension kene marah dengan cikgu. Biar je la makcik tua tu berdiri dalam bus dan aku duduk sini. Buat-buat tido pun elok jugak'

'Ala, keje ni boleh tangguh esok, beberapa jam sebelum usrah pun boleh buat. Kerja Ruski lagi la, 30 minit sebelum kelas boleh buat'

Solusi...
Kerana Terbiasa itu satu Racun. Tingkatkan Keimanan Kita

Kerana Terbiasa itu satu Racun. Kemungkaran dan Keimanan tidak akan selari. Nouman Ali Khan: 'How can we improve our character? Step one: Do No Harm! Stop doing bad things. Dont talk about adding good deeds until you get rid of bad deeds. You can't talk about giving this patient a medicine until you stop the bleeding first. That doesn't make any sense....' 


Nah..... Solusi telah diberi! Masih mahu berlengah-lengah lagi?

Terbiasa Sebagai Madu
Apabila terbiasa dikategorikan sebagai madu, Indahnya dunia ini terasa. Tanpa paksaan. Tanpa keraguan. Tanpa kepayahan. Dengan penuh kerelaan dan rasa tanggungjawab, semua perkara dipandang sebagai Ibadah kepada Ilahi.  

Dan madu itu manis. Kemanisan iman dapat dirasa dengan segala perkara yang dilakukan. Ya Rabb, indahnya segalanya terasa dengan ketenangan yang Engkau berikan kepada orang beriman, Kurniakanlah yang sama kepadaku. 

Madu itu juga penawar. Penawar kepada penyakit-penyakit hati yang tersemat dalam hati setiap parajurit agama-Mu ini. Lakukan sesuatu kebaikan secara berterusan, InsyaAllah dapat perbaiki diri kita dan menjauhi dari penyakit yang mencengkam hati kita. 

Penutup
Kerana TERBIASA itu satu RACUN jika ia satu kemungkaran. Dan satu MADU jika ia satu kebaikan. #think

That's all for now.
Thank you for readin'

Nota hari ini: Maaf tertulis entry dengan panjangnya! Selesai sudah cycle obstetrics. Satu subjek yang menarik dan dapat menarik perhatian diri ini. Bakal menghadapi cycle Operative surgery yang memerlukan konsentrasi yang tinggi. Semoga dipermudahkan dengan exam yang bakal datang. 

Nota hari semalam: Sedang cuba perbaiki diri. Namun, hati manusia sangat mudah berubah, lagi pantas dari air yang menggelegak. #Beware

Nota hari-hari: Sentiasa menjaga perhubungan antara kita dengan Allah, dan jangan lupa akan hubungan kita dengan manusia. #self-reminder

1 comment:

  1. wah 3 minggu!! :) nak terbiasa bagai madu tu.. :D hehe

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^