Wednesday, 21 November 2012

Hari 'Asyura is Coming!

Jom puasa lusa dan tulat! 

Daripada Ibn Abbas r.a.
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).

Kelebihan

Daripada Abu Qatadah r.a. 
Bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. 
Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. 
(Riwayat Muslim)

Nota Penting

1. Berpuasa pada hari ‘Asyura dan 9 Muharram, ini yang paling afdhal.
2. Berpuasa pada hari ‘Asyura dan tanggal 11 Muharram, ini kurang pahalanya daripada yang pertama.
3. Berpuasa pada hari ‘Asyura saja, sebagian ulama memakruhkannya karena Nabi SAW memerintahkan untuk menyelisihi Yahudi, namun sebagian ulama yang lain memberi keringanan (tidak menganggapnya makhruh).


Pada hari tersebut juga, Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. 
Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran.

Ikut kalendar kat Nizhny Novgorod...
10 Muharram - 24 November 2012 (Sabtu)
Selamat Beramal semua!
^_^

Nota hari ini: Kalau nak tahu lebih tentang hari Asyura, mungkin boleh baca di sini

Nota hari lusa: Exam Operative Surgery jatuh pada hari jumaat. Selamat beramal dan selamat menjalani peperiksaan semua! Doakan kejayaan kami. 

Nota hari-hari: Makin nak exam, makin nak kemas bilik. #distractionsssss. Oh, lagi satu. Button kat  Owh so Muslim sangat comel! 

2 comments:

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^