Sunday, 7 October 2012

This weekend!

Garage sale in Nizhny!
Follow me at instagram @schajar...

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera....

Yup.. Tadi baru je lepas diadakan garage sale di dewan hostel 3! Penuh yang teramat dan sangat sesak dengan pelajar-pelajar baru yang nak beli wintercoat dengan harga yang sangat berpatutan. Serius! Kalau nak beli wintercoat sekarang sangat la mahal. Kan untung kalau beli dari senior, dan beli yang baru waktu winter sale! Jimat sangat-sangat kalau difikirkan.. *Walaupun masa 1st year saya beli yang baru jugak*
=.=''

Garage sale ni bermula dari pukul 1 tengahari hingga 4 petang. Penat juga jadi jurujual ni sebenarnya. Sangatlah penat sampai tak sempat nak rehat pun. Iye larh, nak lariskan jualan semua coat. Tapi alhamdulillah, dengan usaha dan berkat dari Allah, dapat menjual kesemua yang dibawa! dan beli sepasang wedges and sweater warna pink! Suka sangat-sangat. Oke, sila sedar esok ada zachut Internal Medicine. Kene tungkus-lumus malam nie. Yosh!

Hectic moment during garage sale! Penuhnya orang...
credit pic to: Kak Maizatulasiah

Waktu pukul 2 petang, sangat-sangat lah hectic dengan ramai sangat orang yang membeli, tawar-menawar, dah macam pasar malam. But the moment is something to remember. 6th year student yang ramai jual barang sebab dah nak grad. Tapi sebab barang yang banyak sangat, saya pun tumpang sekaki sekali. Hehe... Tak nak update banyak-banyak. Nak kene belajar ni.. 

Sneak peak raya's event in Nizhny last week...
will update later... 

That's all for now...
Thanx for readin'
^_^

No comments:

Post a Comment

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^