Tuesday, 30 October 2012

Penyakit Wahan...


Penyakit Wahan? 

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; 
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. 

Maka salah seorang sahabat bertanya 
“Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” 

Nabi s.a.w. menjawab, 
“Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, 
“Apakah wahan itu hai Rasulullah?” 

Nabi kita menjawab, 
Cinta pada dunia dan takut pada mati.
(Riwayat Abu Daud)

Mungkin ramai yang tidak sedar bagaimana keadaan mereka sekarang. Mungkin mereka sedar tetapi masih sengaja melekakan diri dek membayangkan usia yang masih panjang. Mungkin ada yang tidak tahu apakah itu penyakit wahan. Di manakah kita?
#Today's self-reflection.

Nota hari ini: Untuk remaja di luar sana. Life is not just about getting married. This article maybe helpful for you.

Nota hari semalam: Tengok live labour for first time at Russia. Kat malaysia dah penah tengok dah last year. Giving birth is a miracle process. Appreciate your mother for who she is and what she had done to you. 

No comments:

Post a Comment

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^