Wednesday, 28 December 2011

Already End of December...

Perhatian! Ini bukan meteor!
Ini hanyalah salji yang turun dengan lebatnya....

Assalamualaikum...
dan salam sejahtera semua.

Lama kiranya kita tidak bersua dalam alam maya ini. Dan terpaling semula melihat kalendar di desktop. Wah! Memang memang masa bergerak seperti air sungai yang deras dan tidak dapat dihentikan. 28 December 2011. Tiga hari lagi untuk menempuh tahun baru dalam kalendar masihi. Sudah bersediakah kita? Untuk menempuh tahun baru. Untuk menempuh cabaran baru.

Sebelum tu, apa kata kita reflect dulu diri masing2. Kadang2 kita sibuk nak buwat azam tahun baru. Tapi sering kali kita lupa akan azam tahun lepas yang tidak kita kecapi. Adakah azam itu sekadar tinggal azam tahun lepas?

Banyak nyer azam tahun lepas yang tak sempat nak buwat. Kata nak belajar rajin2. Kata nak banyak tolong ibu bapa waktu balek malaysia summer. Kata nak datang semua lecture dan takmo ponteng2 dah. Kata nak berusaha jaga hubungan dengan Allah. Kata nak khatam al-Quran di bulan Ramadhan.

Betapa manusia itu mudah lupa. Yup! Termasuk saya sendiri. I know. I realized. So much mistakes I'd done this year. Tapi Allah tu kan Maha Pengampun. Maha Pengasih. Maha Penyayang. Kita cuma perlu minta jer. InsyaAllah diperkenankan dan dipermudahkan urusan kita.

Doa!
that's the way it is done.
^_^

Tapi jangan lupe kawan2! Usaha tu perlu jugak. Kalau kita doa je tapi usaha takde, macam mane nak dapat result yang ohsem kan? So, kita jangan sesekali lupe untuk usaha. Walaupun jalan yang hendak dituju sangat jauh, usaha sangat perlu! Tapi usaha yang macam mana pulak nie?

Ikhlas!
then you wont feel tired...
^_^

Seriously. Ikhlas sangat indah. Ikhlas kerana Allah. Orang selalu cakap, nak cakap ikhlas dengan mulut senang tapi nak dapat dari hati kita yang bentuk heartshape dan kaler pink tu sangat payah. Macam nie, cuma pikir kalau kita nak bahagia, kita kene bahagiakan orang dulu. Kalau kita dapat buwat orang tu happy, mesti kita happy jugak!

So, mesti kita akan berusaha sungguh2 nak happy kan kawan kita tu kan. Sebab kita sendiri akan happy in the end. InsyaAllah kita akan usaha dengan ikhlas. Sama jugak masa beribadah! Masa solat, puasa, haji.. hey! Ibadah bukan tu saje larh. Belajar sungguh2 dengan niat yang betul, tolong orang, ziarah kawan2, rapatkan ukhuwah, perwatakan kita. Sume tu pun ibadah jugak larh... MasyaAllah. Besarnya skop ibadah tu. Semua bende pun ibadah tau sebenarnye!

Jadi kalau kita buat semua tu lillahi ta'ala, mesti best! dan rase ohsem je dalam diri... dan takde rase penat pun. Tapi kan... mesti ade orang akan judge kita. No worry! Sebab ikhlas seseorang tu hanya dapat dilihat oleh tuan pemilik badan dan Allah sahaja. Orang lain tak tahu pun! Ikhlas tu macam semut hitam di atas batu hitam di malam hari. Cari guna teropong pun belum tentu jumpe tau! So people, dont judge other people kindness randomly. You never know the truth behind one's heart.

And finally...

Tawakal!
put everything to Allah.
^_^

Ingat! Result kita memang dah tertulis. Usaha kita tu yang lagi penting. Bile kita datang exam dan dapat result. Ingatlah. Allah dah tetapkan yang result kita itu yang terbaik untuk kita. Mungkin kita dapat result yang baik kerana Allah nak uji kita sama ada kita akan riak dan takbur tak dengan keputusan itu. Mungkin kita dapat result yang kurang cemerlang kerana Allah ingin menguji pergantungan kita padaNya selepas ujian yang diberikan sama ada kita akan putus asa atau terus berharap pada Allah.

In front of dean's office. the snow is all over the world.

Memandangkan sekarang musim peperiksaan. Tak kira larh dekat Malaysia atau Russia. Jadual exam kita dah same larh! Final exam is coming. Tadi baru lepas amek dorpus atau kebenaran untuk amek exam bulan satu nanti. Takut nyer! Nervousnyer! Nak bace balek apa yang kita dah belajar selama setahun. Banyaknyer! Ingat.. Apa yang penting usaha! Gambatte ne!

Dan masa nak amek dorpus tadi, ingatkan suhu +2 degree tu tak sesejuk mane. Jadi dengan berani nyer pakai jacket nipis untuk musim luruh. Fuh! Tertipu dengan weather forecast. Suhu memang lah 2 degree tapi angin tu kuat betol! Jeans pulak pakai yang nipis. Memang pandai betol larh kan. Sejuk nyerrrrr!!! Tunggu bus pulak rase nyer 25 minit kot. Dugaan dan dugaan. Turun dari bus terus jalan cepat2 sampai masuk dean's office. Tak tahan dah sejuk sangat.

Tapi tu baru permulaan sebenar nyer. Sebab keluar dari dean's office, ribut salji pulak menunggu kami. Didn't expect it that much for +2 degree weather. Sarung tangan pun pakai yang tak best punyer. Dah buang dalam tong sampah terus masa balek tadi. Dah rosak. But it is one of my favourite glove though. Dalam keadaan ribut2 salji tu, sempat jugak amek beberape gambar! Just for memories. Pengalaman hadapi ribut salji selepas dapat dorpus. hehe.

Then, here I am. Home Sweet Home.
p/s: rumah saya memang bau wangi tau! letak aromatherapy vanilla!
rase macam nak makan je! nyum3.

Thank you for reading
-Schajar Mcflurry-

Nota hari ini: Kene mula study microbiology nie. Jangan malas2! Usaha dengan ikhlas yuk...

Nota hari esok: Esok anniversary my abah and my umi larh! and i made some surprise for them. shhhhh.... dont tell them about it! ^.~

Nota hari-hari: Lagu nie best! Bagi semangat nak belajar. Dont give up yek kawan2...

10 comments:

  1. gud luk dear..:)
    same la kte, final exam jgk....

    ReplyDelete
  2. gud luck awak ! Usaha is the most important part so we won't feel reluctant in another day. heee

    ReplyDelete
  3. ganbatte to u dear
    auwwww lebatnyer yuki
    beku & kaku if ai di sana ngeee

    ReplyDelete
  4. go hajar ! we can do this :DD
    hajar g mane winter ? <3

    ReplyDelete
  5. thanx sume ^_^

    Aynn, hajar pegi italy cuti nie... tak sabar nak habes exam jer nie.. huhu..

    ReplyDelete
  6. bestnya main salji....

    gudluck yerrr..

    tak sangka kan,cepat je masa berlalu....

    dah nak 2012..macam2 hal terjadi.

    awak,header lawa la...nak buat cmnila..hehehehe :p

    ReplyDelete
  7. bestnye dpt main snow...remember last memory at beijing during winter...tp x dpt main snow mcm nie coz snow x turun...huhuhu...by the way,good luck for your exam... :)

    ReplyDelete
  8. fuyoo bestnya..sini kitaorang main hujan ja..hikhik

    aza aza fighting sis..sekurang-kurangnya kita dh berazam..

    selamat tahun baru..

    ReplyDelete
  9. uwaaaaaa nak maen salji jugak! T.T i maen salji pakai ais dlm peti tu je tau. sedey aaa camni sobsob

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^