Monday, 31 October 2011

Permulaan Zulhijjah =)


...Salam semua...

Sedar tak sedar tarikh hari adalah hari terakhir bulan oktober. Esok bakal menjelang 1 november. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru semalam bulan september dan baru sahaja datang ke bumi soviet ini untuk meneruskan perjuangan yang masih berbaki 4 tahun. Tapi dalam kesibukan kita, pernahkah kita terfikir tarikh hari ini dalam kalendar Islam? Bulan apakah sekarang?

Sering kali kita terleka. Sering kali kita lalai.
Dan terima kasih kawan2 kerana sering berada di sampingku untuk mengingatkan ku tatkala terleka sejenak. Hari ini telah masuk 4 zulhijjah 1432 Hijrah. Antara 10 hari terawal bulan zulhijjah merupakan hari2 yang dimuliakan oleh Allah s.w.t.

Dan salah satu cara yang dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada 1 hingga 9 zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari2 tersebut berbeza2 dan sangat menarik jika dilihat dengan teliti! Terlampau banyak kelebihan berpuasa pada 9 hari ini. Dan kemuncak nya adalah pada 9 zulhijjah...

*jom bace untuk 5 minit je dan share dengan rakan2 lain*

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda maksudnya...

1 Zulhijjah

Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 Zulhijjah

Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 Zulhijjah

Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.

4 Zulhijjah

Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barangsiapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat.

5 Zulhijjah

Nabi Musa a.s. dilahirkan, barangsiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 Zulhijjah

Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 Zulhijjah

Pintu neraka jahanam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barangsiapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 Zulhijjah

Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (Hari berfikir-fikir). Barangsiapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 Zulhijjah

Turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah Al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah Tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (Hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang

10 Zulhijjah

Adalah Hari Raya Aidil Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barangsiapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barangsiapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Copyright from daawah.com


Jadi, masih belum terlambat untuk kita sama2 mengambil peluang ini!
Bulan Zulhijjah datang sekali dalam setahun..
Let's grab the oppurtunity now!
Selamat beribadah semua
^_^

9 comments:

  1. hajar!!! thanks utk peringatan!! :D btw, lagu ape nie?? best bangat!

    ReplyDelete
  2. makaceh... lagu devotees - dalam sujud cintaku ^_^

    ReplyDelete
  3. jazakillah hajar...hum..bestnye ganjaran,,,jom kejar...nway sok akka exam,,,Doakan ea~ nyte dear:)

    ReplyDelete
  4. oke.. insyaAllah.. nyte kak farah =)

    ReplyDelete
  5. wah banyak kisah yang berlaku pada zulhijjah kan..thanks sharing caring..because i care about story..baca sampai habis eh..haaha

    ReplyDelete
  6. Akak dh buat n3 diet dulu
    http://ladychenta.blogspot.com/2011/10/diet-cara-ai.html?m=0

    Hope dpt la link ni sbb akak guna phone jer ni reply n copy (~_~;)😊😉

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^