Tuesday, 16 June 2020

Adil

29 years old Me.
Act wiser.

Adil itu Redha.
Seringkali, manusia tertanya-tanya
Di mana adilnya Tuhan meletakkan kehidupan yang berbeda-beda untuk hambaNya

Ada yang dilahirkan megah dalam astana
Sedang di sudut lain bayi dilahirkan tanpa bapa

Ada yang dihidang dengan sudu emas
Segelintir yang lain hidup kais pagi makannya hanya pagi hari

Ada yang pelajarannya tinggi hingga ke PHD
Anak kecil yang lain tidak mampu memiliki sebatang pena

Ada yang diberi kerjaya yang gah di mata dunia
Tetapi masih ada yang terpaksa menjadi kupu-kupu malam

Ada yang diberi nikmat kekeluargaan
Yang lain hanya diberi peluang untuk melihat kebahagian yang lain

Ada yang dilahirkan perfect
Si cacat dan cela hanya mampu membayangkan dirinya sempurna

Sudah jatuh ditimpa tangga
Ombak kehidupan terus membedil tanpa kasihan
Dengan ujian yang terus mendatang
Lemah dan lemas
Hanyut dalam arus yang deras

Di mana Adilnya Tuhan dalam situasi di atas?

Kerana Adilnya Tuhan itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar
Manusia diberi kehidupan yang setimpal untuk dirinya
Yang sebenarnya mampu hanya untuk dirinya
Ujian yang dibentuk untuknya

Kerana maksud Adil pada manusia itu adalah REDHA
Terima dengan hati terbuka
Segala yang baik dan buruk yang diberi
Dan terus melangkah hingga ke hari tua
Kerana kehidupan di sini hanya sementara....

REDHA.
Kalau kau masih belum memahami, cuba...
Kerana segalanya telah tertulis di luh mahfiz
Apa yang untukmu, apa yang bukan untukmu
Semua telah termaktub di kitabmu

Tulus,
SHMF.

Monday, 30 December 2019

Two Thousand Nineteen

Two Thousand Twenty. Please. Please be Kinder.
Dont hurt me too much.

Sunday, 1 September 2019

Lesson 2.0

7th August 2019
Emerald Pool, Krabi, Thailand.

Cinta.
Sekiranya cinta itu bermaksud berkorban dan melepaskan.
Akulah pelajar yang paling setia dalam jurusan ini. 

Sekiranya ia bermaksud melebihi seseorang lebih dari diri sendiri.
Aku sentiasa mendahului.

Dan jika memberi sepenuh jiwa raga itu cinta
Aku telah merasainya.

Cinta, tidak semestinya memiliki. 
Cinta itu ikhlas. Demi kebahagiaan yang lain. 

Tulus.
SHMF.
1 Muharram 1441 hijrah.